26.3.09

sambungan kisah semalam.....

26.3.09,Thursday, March 26, 2009
kan semalam aku ade bgtau yg Tuan Hj. Azmil dtg buat ceramah kat opis aku.. nasib baik aku balik awal dr AG.. so, sempat la aku gi.. elok2 aku sampai kat auditorium, nasyid pun belum mula. aku ape lagi, join la diaorg nasyid sbb sepatutnya aku mmg masuk nasyid. tp takut x sempat sampai opis awal, aku tarik diri. nasib baik sempat. Tn. Hj. Azmil 2 ceramah mmg best. ttg kisah dia dulu dan skrg. hidup dia kat negara org n mcm2 la. langsung x rasa bosan. rasa cam nak dgr lg je.... Alhamdulillah... dah sampai hidayah utk dia berubah......

p/s:~ gambar yg aku tangkap kabur la sbb dr jauh... malas la nak letak kat sini....

25.3.09

makan tgh malam....

25.3.09,Wednesday, March 25, 2009
ntah kenapa semalam kul 12 tgh malam, perut aku berbunyi lak. lapar tul. yg peliknya kul 8 tu aku dah makan nasik. byk lak tu. nape lapar lgk ni? mgkn sbb smlm sejuk, perut aku ni berbunyi je la (cewah~alasanku..hi..hi..hi...) at last, dah x tahan sgt, aku pun jalan slow2 terus gi dapur n panaskan lauk. time aku bawak lauk gi ruang tamu je, tetiba ternampak la 1 makhluk yg dah siap2 tggu kat meja makan. la... my hubby rupanya. dia pun lapar gak. aku ingat aku sorg je, camne la kami ber2 ni x bolat.. selesai 'bersantap', barula bole tido ngan aman.. pagi ni malas lak nak bgn....

..........................................................................................................................................................................
aku tension..........

pg tadik keta aku rosak.... bengangnya... dah la aku dah lambat nak gi opis ni. husband cakap bateri dah 'kong'... at last, aku tumpang membe gi keja... hubby gi keja lambat la sbb dia kena gi beli bateri dulu... aku sampai opis kul 8.05 hari ni. nasib baik lewat 5 minit je.... sorok2 aku masuk opis, takut cc nampak... fuh.... selamat aku..... dah la hari ni ade sambutan maulidur rasul kat opis. penceramahnya tn hj. azmil mustafa (pelakon filem ali setan 2) xcited la aku, last2 aku kena gi AG plak hari ni. kena ambik cek gaji org bermasalah... bengangnya aku......

24.3.09

aktiviti penghilang boring aku...

24.3.09,Tuesday, March 24, 2009
aku ni xde la kreatif sgt pun, tp kalau membe2 dah mintak tolong kena la aku cuba2 mengkreatifkan tangan aku yg dah keras. masa membe aku yanz bertunang bulan 5 thn lepas, dia mintak aku tlg buatkan hantaran pihak laki utk bagi kat pihak pompuan. ni antara hantaran aku buat. simple jer....







kenangan..

,Tuesday, March 24, 2009


bila aku tgk gambar ni cam x caya je dulu aku kurus . bila la aku nak kembali kurus. dapat ke impian ni jd kenyataan? :) (x ingat thn bila, kalau x silap thn 2002)


aku dah berisi sikit time ni. (2007)


aku sekarang. tembam kan? (2008)

23.3.09

dah pindah....

23.3.09,Monday, March 23, 2009
finally, aku dah pindah ahad ari 2. tp aku still x dpt nak snap gambar umah baru (berselerak x henggat donia).. malu lak aku nak letak kat sini. tggu kemas sikit nnt aku letak. aktiviti sabtu ahad aku hanyalah mengemas barang. letih tul. tp x pe. bersusah dahulu bersenang kemudian. poyo je ek... hi..hi...

18.3.09

Abg J masak...

18.3.09,Wednesday, March 18, 2009


kotak apakah ini?


tara.... inilah lobster... tp aku beli yg kecik je. kalau lagi besar lagi mahal.

disebabkan aku x pernah masak lobster ni, so tugas memasak diserahkan pada my hubby la. seumur hidup x pernah lagi aku makan ni. ada la alasan aku nak ngelat tuk masak benda ni. nak x nak, kena la my hubby masak.


lobster yg belum dipotong.


cara 'membelah' perut..




goreng dengan mentega..

jeng..jeng..jeng.... dah siap.... lobster goreng mentega...


siap... selamat menjamu selera....
senang je kan. selamat mencuba. mcm rancangan masakan plak. ada lagi satu lobster berkeju tp aku x sempat snap gambar. dah terliur sgt. terus je ngap. isi dia mmg kental tul. patut la harga dia mahal. aku pun setakat nak rasa je kalau nak beli selalu, habis la budget aku..

17.3.09

sabah lagi...

17.3.09,Tuesday, March 17, 2009
disebabkan sekarang ni aku free sikit, leh la aku story pasal aktiviti aku kat sabah...

1st day (6hb):~
ambik teksi dari rumah sampai kl sentral, pastu naik skybus ke LCCT sbb aku dah beli tiket bas online so senang la sikit.check in awal. org mmg ramai tul, x tau diorg ni sume nak gi mana. tp yg pasti pelancong lebih byk dr org kita.dr kl ke kk lebih kurang 2 jam lebih. sampai je sana, jam dah kul 6. amik teksi terus gi hotel. disebabkan org keja opis dah balik, so terpaksa la bergelut ngan jammed. sampai hotel, check-in, mandi & solat, terus je gi 1 borneo (sbb hotel yg aku dok ni dalam hypermall 2) cari mknn. lapar woo.. x tau nak mkn ape. last2 abg J pilih nak makan kat The Chicken Rice Shop. pas makan ape lagi balik hotel terus je tido.

2nd day (7hb):~
kat sana kalau kul 6 dah terang benderang. so, aku ngan abg J x tau nak buat ape hari ni, jd kitaorg pun tipon la travel agen. so, diaorg cdgkan kami ambik pakej kinabalu. aku ngan hubby setuju je la sbb nak gi sendiri pun susah gak. bayaran rm 320.00 ( sorg 160.00). tp mmg berbaloi la sbb pemandu pelancong kitaorg best sgt. mula2 kitaorg pg ranau, kundasang, pekan nabalu, poring hot spring and last skali gunung kinabalu la. x rugi woo. rasa cam nak gi lg. damai je kat sana. balik hotel kul 5.30.mandi, solat, pastu gi makan. malam ni kitaorg nak cuba mkn kat food court dalam 1 borneo gak. ok gak la makanan kat situ. dah kenyang terus balik hotel.

3rd day (8hb):~
disebabkan kitaorg rasa cam dah tahu sikit jln2 kat sini, kitaorg terus ambik shuttle 1 borneo ke bandar kk. kat bandar kk ni, kalau hari ahad ada tamu (mcm pasar tani kalau kat tmpt kita), dah habis ronda2 kat situ masuk plak ke pasar philipine. rambang mata aku tgk kristal ngan mutiara yg murah2. byak gak la yg aku shopping kat sini. antaranya:


kuih cincin



semua brg2 kering



cenderahati utk kwn2


kristal ngan mutiara

dah habis shoping, cousin abg J call bgtau yg dia pun ada kat kk. jumpa dia kat warisan squre. dia ngan tunang pun bwk la kitaorg gi pantai tanjung aru. Actually dia polis kat labuan. dr labuan ke kk kena naik feri lebih kurang 3 jam. then, diaorg hantar kitaorg balik hotel. kebetulan time 2 stacy AF buat pelancaran album dia kat 1 borneo, ramai la manusia kat situ. malas aku nak gi tgk, sesak sgt. malamnya kitaorg makan TCRS lagi.

4th day (9hb):~
pg lagi aku ngan abg J amik shuttle terus ke city. then ambik cab ke jetty. kitaorg ambik pakej ke Pulau Manukan. naik speed boat lg. teruja aku tgk air laut dia yg jernih amat. bila kita mandi, ikan2 akan dtg dekat ngan kita. mmg x rugi pg pulau kat sini. kul 4 kitaorg gerak balik dr sana. hujan lak time tu, aku ngan hubby x henti2 mengucap sbb bot dah terumbang ambing. mcm2 aku fikir. tp Alhamdulillah aku selamat sampai kat jetty. ambik cab terus balik hotel. malamnya kitaorg cuba makan steamboat kat sini. murah je. satu kepala rm 20.00. mcm2 pilihan. balik 2 Mr. J bungkuskan TCRS utk makan kat hotel. dia x boleh kalau x mkn nasik.

5th day (10hb):~
check-out hotel. gi sarapan. then tggu teksi ambik kat hotel utk gi terminal 2 Kota Kinabalu. awal sampai sana. flight plak delay. so, aku ngan abg. J gi jalan2 ang mkn kat food court. sempat lagi kitaorg beli Lobster kat airport. ok gak la harga dia. sampai kl kul 7 lebih.hujan lebat tuk. dekat kul 9 baru sampai rumah. syukur alhamdulillah.

16.3.09

percutian di Sabah...

16.3.09,Monday, March 16, 2009
seperti yg aku janji ari tu.. ni aku letakkan sebahagian gambar2 masa aku kat sabah.. bila aku tgk gambar2 ni, br la aku perasan yg aku dah semakin 'comei' hua..hua..hua....


Dlm skybus nak ke LCCT



pekan nabalu (kraftangan kat sini murah2 je)



nyaman je kat sini



poring hot spring



Jambatan sungai mamut


Kolam mandi terbuka (poring hot spring)gambar yg seksi 2 abaikan je ye..




kaki gunung kinabalu



kabus tebal.. sejuk tul time ni..



pasangan 'bolat'..kuang..kuang..kuang....



pemandu pelancong kami.. hensem x?



pantai tanjung aru



on the way gi pulau


Welcome 2 Pulau manukan



cantik kan?



Jetty



macam serangga lak aku n hubby ni...



dalam flight..otw balik kl... (teruknya muka aku time ni)

13.3.09

sELAMAT hARI lAHIR aCHIK...

13.3.09,Friday, March 13, 2009

hari ni besday adik aku yg ke-3... achik... selamat Hari Lahir achik.. dah besar adik aku yg sorg ni... rasa cam baru je mak lahirkan dia... pejam celik..pejam celik.. dah 17 thn... dah jd anak dara sunti pun.. Sempena besday achik yg ke 17 thn ni, along wish agar achik berjaya dalam ape yg achik buat, panjang umur n dapat result yg gempak utk spm thn ni.... Best of Luck... Sayang Achik....

12.3.09

Aku dah selamat sampai umah...

12.3.09,Thursday, March 12, 2009
Alhamdulillah... setelah bermcm dugaan (flight delay, driver teksi lambat n hujan lebat bila sampai kl), akhirnya aku selamat sampai kat umah. leganya dapat tido kat tilam sendirik. dah 3 hari aku x msk opis, keja aku dah bertimbun. camne nak cuti lama ni. malam td gi amik adik aku kat pekeliling. jammed giler. bila aku free nnt aku upload gambar2 kat sabah ye. now teramat la busy. k, chow chin chow....

5.3.09

Cuti2 Malaysia..

5.3.09,Thursday, March 05, 2009
Pejam celik pejam celik dah nak 6 mac.Apa yg istimewanya 6 Mac ni? sok aku akan terbang ke Sabah. Saje je jalan2 + honeymoon buat kali yg ke 2.. so, aku x dapat la hapdet blog ni utk 5 hari. tapi balik nnt, aku letak gambar2 kat sana, k.. Doa2kan aku selamat pergi dan balik ye...

3.3.09

Wedding Limie @ Batu Kurau

3.3.09,Tuesday, March 03, 2009







Kewangan Team

















Pengantin lelaki sampai






gambar2 sekitar persandingan sebelah pihak perempuan. Semoga Kekal selamanya.