30.4.09

:::xde mood nak update:::

30.4.09,Thursday, April 30, 2009
mggu ni aku x brapa ade mood nak update sbb keje bertimbun.... sakit kepala aku..... so...utk entri rumah ngan keta baru tu terpaksa la aku KIV jap sbb gambar lom masuk dlm pc.... tggu bila aku free sikit yer.....

27.4.09

::izan's wedding::

27.4.09,Monday, April 27, 2009

25.4.09

:::Radix Fried Chicken:::

25.4.09,Saturday, April 25, 2009
balik kg ari tu aku sempat la merasa makan RFC...RFC ni kalau x silap aku ade kat area Utara je..rasanya kat tmpt lain belum bukak.... RFC ni under HPA.... ayam dia sedap la jugak...x berminyak...kering jer.... aku makan RFC yg kat area Sg. Petani..... mmg x rugi la beli....yummy....


semua tgh sibuk bahagi-bahagikan ayam..aku sibuk nak bergambar...


hot n spicy....


favourite aku ni.....


abg J tgh sedap menikmati ayam goreng.....


berebut aku amik peha ayam ni..takut org lain ambik dulu...hi..hi..bertuah punya along....


apa yang penting...halal.......


segar...organik.....halal.....


time ni aku dah nak balik dah....pandangan dari luar restoran.... time ni org mmg ramai giler... kena beratur panjang...nasib baik kitaorg dah abis... semua dah kekenyangan...kena rushing balik penang plak time ni sbb pak jang aku nak dtg umah..... yg jadik mangsa bwk keta..mestila abg J sbb aku dah mengantuk...hi...

::aku x dapat baucer KFC!:: MySpace

,Saturday, April 25, 2009
semalam aku berkobar-kobar la pg isi minyak kat Petronas (sebelum ni aku isi SHELL) sbb nakkan baucer KFC yg mcm moyang tinie dapat tu... tapi pas je aku dah bayar... dia bole cakap "sori la kak, baucer KFC dah abis dr hari Isnin hari tu" ala...nape x cakap awai2..... kalau tau dah abis dr hari isnin, letak la kat depan tu... "Baucer KFC dah abis"..xla aku marah..... (emo sekejap aku ni..ntah nape ntah jdk camni... padahal bukan ape sgt pun baucer tu...mgkn sebab aku dah beria-ia kut)nak x nak aku buh jgk la minyak... pastu sampai je kat rm49.45 sen dia berenti... aik..pehal plak ni... aku bg duit td 50 hengget...nak kata penuh tank, blom lgk.... bila aku cuba tekan lagi sekali dah x bole.... aku fed-up la.... last2 aku tutup tempat minyak tu terus jalan... malas la nak tanya budak2 tu mana lagi minyak aku rm55 sen..... kalau 5 hengget mmg aku tanya...... tapi walau apapun... walau xde baucer KFC... aku akan makan KFC gak ptg ni.... kalau kat kg leh la aku makan Radix Fried Chicken..... next entry aku citer pasak RFC lak yer.....

24.4.09

geram + sakit hati + bengang........

24.4.09,Friday, April 24, 2009
geram...benci.. sakit hati... semua bercampur baur dah skrg ni....... aku tgh panas hati ngan sorg Dr kat opis aku ni.. suka hati je dia arahkan aku soh mintak EA Form dia dr tempat lama dia keje dulu...masalahnya tu bukan keje aku. dia yg nak bayar income tax, dia la yg mintak...pastu, kalau mintak baik2 xpe la jgk..ni marah2 aku ikut suka hati dier je.... berapi la aku.... maunya aku x melawan... sori sikit...ingat dia Dr, dia dah 'besar' sgt ker...... Benci...benci...benci.......

MySpace

:: Award::

,Friday, April 24, 2009
aku dah ambik award dr blog kak eranazeera.... anda bila lagi? hi..hi.....



member-memberku semua...jangan lupa yer ambik award ni........

21.4.09

kenal diri melalui warna....

21.4.09,Tuesday, April 21, 2009
sebenarnya aku dah lama dapat email ni dari membe aku kak nur tp baru hari ni sempat aku baca... jom kita check sesama warna2 kelahiran kita....

Sebenarnya banyak rahsia boleh diungkapkan hanya dengan mengetahui
tarikh lahir seseorang itu. Ha..kali ini selidik personaliti seseorang
itu berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir.
Malah sikap diri sendiripun boleh kamu kenali dengan mudahkan? Jadi,
sekiranya tarikh lahir kamu jatuh pada 24hb Februari, bermakna kamu
mewakili warna Kuning.
Setelah kenal pasti warna kamu, bolehlah melihat keperibadian
diri kamu menerusi warna tersebut.
tapi jgnla pula terlalu percaya!!!
23 hingga 1hb Disember - Merah
2 hingga 11hb Januari - Oren
12 hingga 24hb Januari - Kuning
25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 28hb Februari - Perang
1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac - Lime
21hb Mac - Hitam
22 hingga 31hb Mac - Ungu
1 hingga 10hb April - Biru
11 hingga 20hb April - Perak
21 hingga 30hb April - Putih
2 hingga 14hb Mei - Biru
15 hingga24hb Mei - Emas
25 hingga 3hb Jun - Krim
4 hingga13hb Jun - Kelabu
14 hingga 23hb Jun - Maroon
24hb Jun - Kelabu
25 hingga 4hb Julai - Merah
5 hingga 14hb Julai - Oren
15 hingga 25hb Julai - Kuning
26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos - Biru
14 hingga 23hb Ogos - Hijau
24hb Ogos 2hb September - Perang
3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23hb September - Olive
24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
4 hingga 13 Oktober - Biru
14 hingga 23hb Oktober - Perak
24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
12 hingga 21hb November - Emas
22hb November hingga 1hb Disember - Krim
2 hingga 11hb Disember - Kelabu
12 hingga 21hb Disember - Maroon
22hb Disember - Teal Merah

Merah

Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang
comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu
juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu
badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak
berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan
dengan mereka.

Krim

Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu
ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga
bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan.
Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih!
Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai
seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari
segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta
dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang
benar benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama
untuk melafazkan sayang!

Teal (warna kayu)

Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan, terlalu
menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu
sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu
yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam
memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih
yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain
menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah
membuatkan diri kamu punya ramai teman.

Merah Jambu

Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa
juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu
tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi
keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.
Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan
keindahan semata.

Hijau

Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan
diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang
tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang
lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu
disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya
mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis
yang benar benar sesuai untuk dirinya!

Emas
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan
silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan
ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa.
Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar benar kamu
sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu
saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali
yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

Kuning

Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai
oleh orang orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga
lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.
Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia!
Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang
jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga
orangnya. Sentiasa saja berminta hal hal yang romantik bersama si dia.
Alahai!

Maroon
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang
bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka
melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa
pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi
masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu
buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia
kamu dalam perhubungan!

Oren

Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas
tiap perbuatan yang kamu lakukan. Bagulah macam tu. Kata orang, berani
buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di
sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya
matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini
dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu
sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila
kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga
dalam
perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

Ungu
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat
mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai.
Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah
terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan
peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa
gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi
diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu
lebih cenderung untuk memilih mereka yang punya kedudukan dan agak
stabil
kewangan mereka.

Warna buah limau (Lime)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai.
Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah.
Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara
kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti
tersendiri
yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu.
Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?

Perak
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah
kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau
bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga
namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan
keadaan. Bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat
sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka
bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan
hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan
tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati
juga suatu hari nanti.

Hitam
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan
apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang
ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />cuba mencabar kamu
kerana
kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan
mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar
untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan
perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan.
Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!

Warna buah Zaiton (Olive)
Bagi">Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati
dan
suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan.
Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan
kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang
yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu
percayakan orang lain mem**** buta. Dalam soal cinta, kamu cukup
menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

Perang
Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai
aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang
teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain.
Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh
sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh
cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat
putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu
perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia.
Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?

Kelabu
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik
orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan
menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh
sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga
perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu oleh
bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati
orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

Biru
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu
pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang
harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri.
Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu
berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan
dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat
jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain
bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai
si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan
itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

Biru Laut
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala galanya.
Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu
juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian
ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi
berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada
seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang
lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya,
ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada
melakukan kesilapan!

Putih

Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk
mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi
terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam
pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya
dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan
cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si
dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu
buta namanya!

Biru kehijauan (Aqua)
Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu
berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan.
Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri
melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman.
Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari
segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah
percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam
bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak
temakan diri!

17.4.09

aku di tag lagi....

17.4.09,Friday, April 17, 2009
kali ni aku telah di tag oleh Mama Adam Haikal ngan Erlyda... mula2 aku jawab tag dari Mama Adam Haikal dulu yer....

Nama Timangan anda:

Hubby panggil :~ adeng @ deng (katanya panggilan sayang dlm bhs melayu sarawak, mula2 pelik..tp skrg rs cam best lak sbb jarang dengar org lain pggl..hi..hi...)
Family ngan sedara panggil:~along (bukan along yg iklan kat tv tu tau ::saya bukan along, saya cuma nak tolong:: :)
membe2 rapat panggil:~are-rha
membe kolej, blog ngan opis panggil:~eyza
org2 kampung panggil:~nora

Anda seorang yang:
susah nak mulakan perbualan dgn seseorg yg baru kenal.tp bila dah berborak, susah nak berenti. sorang yg sensitif. kakak yg penyayang. cepat tersentuh kalau tgk citer sedih @ org buang baby~rasa cam nak cincang2 je org yg buang baby tu~

Insan teristimewa??Describekan dia terlalu Istimewa di mata anda:

My Hubby n family~sebab mereka syg aku dan terima aku seadanya,selalu sokong ape yg aku buat n paling penting mereka limpahkan aku dengan kasih sayang yg banyak.

Lagu kesukaan anda:
semua lagu aku suka... lebih2 lagi lagu nabila huda (x ingat tajuk la pulak)....

Makanan kesukaan anda:
Semua yg mak aku masak......

Warna kesukaan anda:
Pink,Coklat, Silver, Orange n Black.

Tiga benda mesti ada dlm beg anda:
purse, kunci kereta n handfon.

Kali terakhir masa anda menangis & kenapa:
masa balik kg hari tu.... sbb tercerita benda sedih ngan hubby.....


Tag rakan anda:
Cik Puan yanz
Cik Puan Hartini
kak yan
sape2 je la yg nak buat... dipersilakan.....


...............................................................................................................................................
sambungan......

kali ni aku nak jawab tag dr Erlyda plak.... sori erlyda sbb lambat jawab... busy sikit....... aku jawab yg ni je sbb yg lagi satu aku dah jawab (yg kat atas tu)

What were you doing 5 years ago?
-aku masih lagi keja kat Lawyer Firm di Ampang...
-masih lagi bercintan-cintun ngan hubby (masa 2 masih lagi pakwe...)
-menyewa bilik di taman permata
-selalu lepak kat Giant tmn Permata ngan membe2
-yg penting...badan aku x 'bolat' cam skrg..hi..hi....

What were the five things on your to do list today?
-buat changes (nak hantar ke AG hari Rabu ni)
-jawab tag
-makan roti canai kat Bistro
-pg perpustakaan ~hantar buku criter
-balik umah nnt kena masak.... (hubby aku x suka makan kat luar)

What are 5 snacks that you enjoy?
-potato chips
-coklat cadbury
-popcorn
-asam taik hidung (ha..ha..ha...~dengar cam geli je kan..tp sedap)
-roti canai (bole kira snacks ke...jgn mare)

What are the 5 jobs you've had?
-keja aku skrg..
-tukang masak ~ utk laki aku ngan family je...
-kerani akaun utk laki aku~tiap2 bulan aku kena kira 'claim' dia...
-driver~kena drive sendirik gi keja....
-penyanyi~bila aku bosan dan melalak kat dapur....

tag 5 person and who are they?
-g
-kak tin
-yanz
-kak yan
-mama adam haikal
(sesape je yg baca bole buat, bg yg aku dah suruh buat ni...kalau dah buat..abaikan je la....)

16.4.09

majlis perpisahan + besday....

16.4.09,Thursday, April 16, 2009
hari ni department aku buat majlis perpisahan utk penolong akauntan kami yg dinaikkan pangkat ke W41... sedih kitaorg ..... Pn. Latifah ni baik dan lembut orgnya...



Antara makanan yg ade.... semua org bawak sorang sikit.... aku cuma bawak buah tembikai je..siap aku yg tolong potong tau..kira ok la tu kan... hi..hi....


model makanan... hi..hi... si syawal ni sukarela nak jadik model utk promote makanan.


kek untuk besday girl... 2 org sambut serentak.....


besday gurl'z.... nurul n akmar


aku pun nak gak jadik model makanan ni...hi..hi....


ex boss aku-Pn. Latifah...


Penyerahan cenderahati oleh Cik Rebecca....


Kewangan team... ni la antara org2 kuat kewangan kat opis aku.... lepas ni Pn. Latifah akan keja kat tmpat baru... x tau la bos yg akan gantikan dia nnt camne...harap2 ok la... kalau x? hi..hi...kita tggu dan lihat.......

13.4.09

Thank's........

13.4.09,Monday, April 13, 2009
dengan jayanya...blog aku telah dilawati sebanyak......




Tarikh: 13 April 2009
Masa : 04.32 ptg.

hutang yg belum dijelas....

,Monday, April 13, 2009
ha...bukan hutang aper pun...hutang jawab tag ngan erlyda.... thanks erlyda sbb menge'tag' eyza.... jawapannya ialah........

*1. He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?

apalagi kalau bukan sport...x kisah la sport aper pun...tp yg paling dia layan mesti la footbal ngan badminton......

*2. You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
dia jenis x kisah..kalau sos saje pun x per.....

*3. What’s one food he doesn’t like?
kuih muih.... dr dulu lagi dia x suka.... (selamat aku, x yah buat kuih....ha..ha..ha....)

*4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
paling favourite.... sup ayam @ tomyam campur.... kalau minuman dia suka teh ais....

*5. Where did he go to high school?
SMK Muara Tuang, Kota Samarahan....

*6. What size shoes does he wear?-
Kalau x silap 9 @ 10...sowi abg..bukan lupa tp x pasti.....

*7. If he was to collect anything, what would it be?
x tau la ni dikira dia collect ke x...duit syiling... sbb tetiap kali balik keja dia mesti letak syiling kat almari solek....dia x suka ada syiling dalam purse... berat..... aku la tukang simpan dalam tabung....(x pe, bila x de duit nnt dapat la aku korek..hi..hi..hi)

*8. What is his favorite type of sandwich?
x kisah... semua dia makan....... senang aku...kkdg buat sanwich telur je....

*9. What would this person eat every day if he could?
Nasi Ayam... x kira la kat mana dia pergi pun...mesti nak cr kedai nasik ayam...kalau gi tesco ampang tu...kedai nasi ayam Linda Onn la yg dituju.... sampai aku naik muak... sesekali aku nak gak makan kat Kluang station ke..... Jm beriani ke.....

*10. What is his favorite cereal?
cereal? dia x suka makan cereal la... kalau boleh dia asyik nak makan nasi..dan nasi... dan nasi......

*11. What would he never wear?
yg pasti jgn bg sesuatu yg berwarna oren pinang masak @ pink... dia xkan pakai walau dipujuk rayu.....

*12. What is his favorite sports team?
~Kipas susah mati~ team Manchester United ni...

*13. Who did he vote for?-
kalau undi Af ke Mentor ke @ ape2 yg berkaitan hiburan rasanya dia x penah undi...tp kalu politik... undi dia adalah rahsia..hi..hi......

*14. Who is his best friend?
1st mestila Me`the dearest wife'....hi...hi.... ye ke abg?..... n member kampung dia yg sama2 dok kat Kl...... kahok..... Nen.... Mat.....(yg lain2 x ingat nama..sowi abg)

*15. What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
melawan dia..... hi..hi..... aku ni kuat membangkang ..... selalu dia ckp.. cuba la dgr cakap abg ni.....

*16. What is his heritage?-
Melayu sarawak...Anak jati Kuching ni......

*17. What is his favorite colour?
Blue and black.

*18. What is his habit?
picit jerawat aku.... kkdg sampai nangis2 aku..... sbb dia akan paksa......

*19. What is he proud of?
Dapat kawen ngan aku kut..hi..hi... prasannya..... dapat bg duit utk mak ngan ayah dia pg haji..Alhamdulillah.....

*20. Lastly, do you think he will read this?
no... sbb dia keje site... x de masa nak bc blog aku... tp x tau la kalau dia bc senyap2...hi..hi...

ok..dah abis hutang..... aku nak semua isteri2 yg baca blog aku ni jawab tag ni yer..... Wajib tau......

10.4.09

balik kg.....

10.4.09,Friday, April 10, 2009
lately ni aku busy sgt.... sampaikan nak update blog pun x sempat... lantikan baru berlambak-lambak kat opis.... letih aku nak buat gaji diaorg.... lambat nnt komplen plak.... sabor je la..... yg bestnya minggu ni sbb esok aku akan balik ke kg halaman terchenta.... ho..ho...ho... balik kampung..... ho..ho...ho... balik kampung......hati girang.....(nyanyi cam gaya arwah sudirman)..... aku balik sbb dah windu banget ngan family aku n nak amik keta aku yg dah keluar tu........ sukenya...... balik nnt kita berblogging lagi.... bye....... chau...chin... chau.....

9.4.09

tolong saya........

9.4.09,Thursday, April 09, 2009
kalau nak tukar background, nak buat camne ye supaya data2 kat blog x hilang?tolong ye bgtau camne nak save. saya budak baru blajar..... tolong2 la ajar.... ;)

7.4.09

'jambu addict'...

7.4.09,Tuesday, April 07, 2009
skrg ni aku dah mcm kena sindrom 'jambu addict'... kalau boleh tiap2 hari aku nak makan jambu pak chu @ jambu muar.. ala... jambu yg skrg ni tgh famous di merata2 tempat. mana2 pg je mesti jumpa org jual... aku suka sgt air jambu tu letak asam boi... ermmmm.. yummy... sambil menaip ni, teringin pulak mkn jambu.... balik nnt nak kena beli ni.. kalau kat tmpt lain air dia rm 1.50 tp kat umah aku kalau letak asam boi pun dia jual rm 1.00.. disebabkan selalu sgt beli, sampai akak yg jual 2 pun dah kenal aku...



4.4.09

4.4.09,Saturday, April 04, 2009


finally, dah ada 100 org yg menjengah blog aku ni.
tarikh: 3 april 2009
masa : 04.45 ptg

tahniah untuk aku.... kuang..kuang...kuang..... ye aje aku ni... pe2 pun thanks utk semua pelawat2 di blog ni... suke sgt......

3.4.09

happy + frust

3.4.09,Friday, April 03, 2009
semalam aku dapat call dr adik aku bgtau yg kereta yg aku tempah dah bole ambik.xcited la. tapi yg frustnya bila dia bgtau yg kaler grey metalic yg aku nak x de. mmg la masa aku isi borang tempahan tu aku tulis grey pilihan pertama n hitam pilihan kedua, tp apa yg buat aku frust sbb mula2 org proton 2 kata kaler grey ade stok. 2 yg aku happy sgt. bila keta dah kluar, lain plak citer. kena ambik kaler hitam. sbb kaler itam je yg ader stok. rasa nak marah je. tp sabar.... sabar.... walau apapun aku kena bersyukur gak, akhirnya kereta dah kluar. la..la..la... lepas ni x pyh susahkan hubby utk hantar aku gi keja.... nnt aku tepek gambar keta 2. x sabar nak pg amik..

2.4.09

ApRiL FoOl!

2.4.09,Thursday, April 02, 2009



Dah ade yg terkena ke hari ni? Moga2 aku x terkena..... tp aku rasa cam nak kenakan org.ok x? muah..ha..ha....

org baru....

,Thursday, April 02, 2009
Alhamdulillah... semalam membe aku dah selamat lahirkan baby pompuan. comey sgt... geram.... bila la aku akan menyusul.... hanya berusaha & tawakal kpd Allah... Amin.....

P/s~Doakan aku ye... moga2 impian jadik ibu termakbul....