25.4.10

::award dr UmmiThaqif::

25.4.10,Sunday, April 25, 2010


comel x award tu? sebenarnya aku dapat award ni dari UmmiThaqif..... dah lama sebenarnya UmmiThaqif suruh ambik.. tapi aku asyik terlupa jer... sori kak tin..... comey macam thaqif bear ni....

aku pun nak bagi gak award ni kat semua follower aku.....

p/s: jgn lupa ambik tau.....

::x tahu nak kata apa utk org macam ni::

,Sunday, April 25, 2010
citer aku kali ni... bukan la nak mengata sesiapa.... tapi just nak share ttg sesuatu yg berlaku didepan aku...... mengenai seorg kenalan.....
biarlah aku kenalkan kakak ni sebagai kak A....

Kak A ni dah ada 4 org anak.... dan skrg ni dia tgh mengandungkan anak dia yg kelima.....
anak2 kak A ni setahun sorang..kiranya semuanya masih kecik2 lagi.....
masa dia mengandungkan anak yg ke4... mula2... dia nak rahsiakan dr semua org sebab dia kata dia malu.... bila perut dia dah nampak pun dia masih cuba nak sorok..... bila ramai yg tahu, kami nasihatkan dia... buat apa nak malu... sbb dia kawin... bukannya anak dia xde bapak..... baru la dia ok sikit... pastu dia merungut kata penat.... husband dia langsung x nak tolong.. mmg la kita kesian bila dgr citer dia... pastu dia kata dia dah nak berehat kejap dr pregnant lagi lepas dia bersalin anak ke4..... lepas dia dah lahirkan baby dia yg ke4.... dia kosong sekejap n sekarang dia tgh pregnant lagi...... aku x kisah kalau dia nak pregnant berapa kali pun.... tapi apa yg aku kisah ialah cara dia.... macam x menghargai kandungan dia..... pernah jgk dia call husband dia depan kawan2 n marah2 husband dia... kata sebab husband dia la dia pregnant... Ya Allah.... kenapa la dia sanggup malukan husband dia depan kawan2.... anak tu kan terjadi atasdasar suka sama suka.....kalaupun belum bersedia, ambil la langkah pencegahan dr awal..sekarang ni kan banyak alternatif... guna la k****m ke, pil perancang ker @ alat2 lain yg bole mencegah... bila dah ter'on'... nak marah2 pulak.. x faham aku.. ade jgk org yg macam ni.... aku ni lom ada rezeki lagi, teringin sgt nak anak.. kalau bole biarlah ramai... yang kak A ni pulak... x brani aku nak komen lebih2... bila dia dah peknen lagi ni.... sibuk la dia tanya sana sini...macam mana nak rancang keluarga dgn betulll.....
ntah la .... aku ni x layak nak bagi pandangan.. sbb bila aku bg cadangan.... mesti ada yg akan berkata.... "ko tu pandai2 jer nak bg nasihat, ko mana tau ko x der anak"... drpd hati aku terhiris...biarlah aku x masuk campur....

18.4.10

::nasi lemak kopi o::

18.4.10,Sunday, April 18, 2010
jgn salah faham yer... ni bukan ttg rancangan nasi lemak kopi o kat tv9 tu yer...hi...hi..hi...
sebenarnya pagi tadi aku x tahu nak masak apa utk sarapan.......
mula2.... ingatkan nak buat nasi bubur....
tapi tetiba teringin plak nak makan nasi lemak...
bila chck kat peti ais, bahan2 semua ada...
apa lagi.... sedia utk projek nasi lemak...
aku cuma buat sambal ikan bilis ngan telur rebus jer utk dikahwinkan dgn nasi lemak...
dah siap masak semua.....
tak tahu plak nak padankan nasi lemak ngan milo , kopi o @ teh o....
fikir punya fikir punya fikir (macam la banyak kali sgt fikir..hi..hi...)
aku buat keputusan nak padankan dgn kopi o...
baru la ngam....
akhirnya sarapan aku pagi ni....
NaSi LeMaK kOpI O.... hi...hi.....
sekian dari bilik berita pagi ini..... :)

17.4.10

::Love is you and me Contest::

17.4.10,Saturday, April 17, 2010

tadi masa aku buat blog walking.... aku ada baca kat blog azura ttg contest ni.... aku pun saja2 nak cuba.. mana la tau ade rezeki.....

meh aku citer sikit ttg pemilik contest ni.....
pemilik blog ni nama habibah... dia buat contest ni utk ulangtahun perkahwinan n besday husband dia...kiranya 2+1 la ni....... Habibah ni ada jual accessories.... sesapa yg berminat dgn accessories sabah bole la pg kat http://sabahaccessories.com/ .
Gerenti la penggemar accessories akan suka sbb harganya yang berpatutan dan cantik.. skrg ni tgh ada sale 10%-40% sampai 30.04.2010 dan yang paling best adalah Free Delivery.....

ni gambar yg aku pilih utk contest ni....

Align Center

aku pilih gambar ni sbb gambar ni diambil masa kami bercuti kat Sabah berdua-duaan saja.. x ada gangguan.... Happy sangat masa tu...... walaupun ini adalah honeymoon kali ke3...hi..hi.... still rasa macam zaman bercinta dulu-dulu......dan yang paling best , gambar kandid ni tau....... x sangka pulak pemandu pelancong kami akan amik gambar ni...hi..hi....

sesapa yg nak join contest ni, klik je kat sini...

::citer yang dah seminggu tertangguh::

,Saturday, April 17, 2010
sori la kengkawan.... aku lambat update pasal pertandingan bowling hari tu... dah seminggu baru la nak publish...hi..hi... sebenarnya, bukannya apa.... gambar x de kat aku.... kan dalam entry lepas aku pernah citer yg kamera aku rosak masa pg langkawi hari tu..so, terpaksa la menempel kat kamera kawan aku....
hari sabtu tu, pagi2 lagi dah hujan.... rasa macam malas jer nak pg... tapi bila mengenangkan team aku, baru la aku ada semangat sikit.... pas dah siap2 semua... aku drive gi opis jer, sbb aku tumpang membe gi Ampang Point.... disebabkan awal lagi, kitaorg pun lepak2 la dulu kat foodcourt....
lepas urusetia dah sampai, daftar nama n ambik makanan... nasib baik dapat makanan, sbb perut aku mmg dah berkeroncong time tu... nak makan kat FC pun x leh, sbb semua stall belum ready lagi makanan......
dalam kul 10.30 pg baru pertandingan bermula..... masa 1st round tu, balingan aku ok.... aku dapat 118 mata (ok la utk aku yg setahun sekali jer main...hi..hi..) pusingan ke-2 aku dah mula down.... x tau la naper... ade org jampi kut...hi..hi.....
masa pusingan pertama group kitaorg dapat no-3... tapi bila di campur dgn pusingan kedua.... hi..hi.... kitaorg dapat 3 ganda 2....... dapat no 6.....dari 17 pasukan...ok la tu kan....
nak buat macam mana... x de rezeki.... tapi tahun depan, insyaAllah... kitaorg nak jgk bawak balik piala tu.....
dah habis pertandingan, membe aku nak sambung main lagi... tapi aku ngan adik aku dah ade plan lain...... nak pg jalan TAR..... aku naik bas dr AP ke Ampang Park n dr situ kitaorg amik Putra LRT ke Masjid Jamek.....
aku ingatkan x ramai org...rupa2nya, diaorg lagi awal dr kami..hi..hi.... mula2 sekali aku pg Jakel... geram tgk harga kain yg murah2 tu.... diaorg siap buat Happy Hour lagi..... jual kain macam jual ikan kat pasar borong jer.... sempat la jgk aku memborong 2 pasang kain..... pastu jalan2 kat kedai2 n pasar malam.... nak beli tudung.... aku ada la berkenan ngan satu tudung ni... kat kedai lain semuanya jual 10 hinggit... bila aku jalan2 kat p.malam, akak tu bg 8 hinggit.... suka la aku sbb aku ingat dah murah..... bila aku jalan lagi depan.... rupa2nya 5 hinggit pun ade.... ha..ha..ha... Tipah tertipu la...... geram aku... last sekali gi MYdin sbb aku nak beli periuk (jauhnya aku beli periuk)......... aku cuma beli kain, tudung n periuk jer...... adik aku sempat lagi beli handbeg sampai 2..... aku x beli sbb budget dah lari maa.... hi..hi.....
balik tu dalam kul 5.30.... dah penat sgt... last2 aku cuma masak sup tulang jer....... nak masak lain dah x larat... tu la, shopping x ingat dunia...balik rumah baru la sakit bagai......

Korang layan jer la gambar2 sekitar pertandingan boling tu.......


Anak membe aku.... Adriana Qalesya... Comey kan?


wajah seseorg yg konon2nya juara..hi..hi...


Pungutan mata group aku.... I utk aku=iza (diaorg silap eja nama aku tu)


Kembar...sama x serupa... hi..hi....


adik aku x main, dia la yg kena jadi fotografer kitaorg.....


Team Kewangan 2010.... tiap2 tahun kitaorg bertiga (aku,azra-baju pepel light, ngan yanz-baju gelap) mmg akan wakil kewangan.... baju merah tu membe baru team kitaorg.... sapiya... tapi dia Unit Sumber Manusia.......


Kumpulan 8......


Piala2 tahun 2010....


Kusyuk mendengar taklimat.....




n

11.4.10

::nak mintak pendapat::

11.4.10,Sunday, April 11, 2010
mula2 aku ingat nak citer pasal pertandingan boling smlm... tapi ingat nak tangguh dulu la sbb gambar2 ada kat kawan aku... x best la plak citer tanpa gambar.....sok baru leh upload kut......

hari ni,aku sebenarnya nak mintak sgt pendapat korang ttg satu kes ni.....

kalau ade remaja dalam lingkungan umur 17 tahun... bawak motor, tapi x der lesen..... pastu x-cident... ade org langgar dia..... tapi org yg langgar dia tu meninggal..... dia plak cedera parah..... adakah dia akan dituduh membunuh tanpa niat atau macam mana?atau adakah dia akan dipenjarakan? aku nak sgt uolls tolong... kalau ade lawyer nak bgtau penyelesaiannya lagi ok...tolong yer uolls........

8.4.10

::citer besh & sedih::

8.4.10,Thursday, April 08, 2010
Semalam mak aku call...dia bgtau yg adik aku achik dapat uitm.. dia mmg nak sgt jadik cikgu.... pagi ni bila adik aku check kat laman web UiTM... rupa2nya adik aku dapat satu lagi tawaran... Diploma SeniReka Dalaman.. tapi course ni kena interview dulu... harap2 ada la rezeki dia.....

aku tanya la mak aku pasal adik bongsu aku..mak aku cakap dia tgh bersedih sbb membe sekelas dia baru jer meninggal sbb x-cident... Ya-Allah... kesiannya..... Mudah2an roh arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. Amin.... seharian adik aku bersedih..ye la... kawan rapat kan.... mesti la terasa sgt ketiadaannya.....

citer bab keja plak, biasa la... stress saja... macam mana la aku nak peknen macam ni..hi..hi... tapi nak buat macam mana, nama pun keja kan...Redah jer la..hi..hi....

7.4.10

::anak::

7.4.10,Wednesday, April 07, 2010

Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada
kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu,
mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga. Sering mereka
bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak
penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran
sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai ketawa anak-anak,
kadang-kadang tangisan nyaring.


Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini:

Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang
dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam catatan diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.


Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia
bakal menimang cahaya mata. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan ini, ucapan tahniah datang mencurah-curah.
Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang
mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumah itu.
Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya.
Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya.

Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi seperti lepas perang, kena penangan anak ini. Keadaan tidak terkawal, anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan. Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan sama sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap
ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.

Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak mengulanginya kembali.

"Mama, abang minta maaf ... Abang tak akan ulang lagi." Itulah ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat. Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata. Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan leteran dan bahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.

Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada tetamu yang bakal datang.


Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana.

"Abang ... mari sini!!" Jerit si ibu memanggil anaknya lebih kuat daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling kesabaran dan membakar rentung ladang hemahnya.

Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu mengejar dari belakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah.. Kaki anak melangkah keluar dari rumahdengan larian deras. Sesaat dia telah berada
di hadapan pagar.

Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku ... Alangkah terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran
longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah darah anaknya.

Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah ada di mana-mana,
dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, terdengar bunyi rengekan menahan sembilu kesakitan yang amat. Tanpa berlengah dia terus memandu
keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.

"Ya Allah ... tolonglah selamatkan anakku ini." Doanya dalam raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta laluan daripada pemandu lain.


"Ya Allah ... aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang baik tetapi aku memohon sekali ini ... Ya Allah selamatkanlah anakku ini."

Air matanya bercucuran dengan deras menitis, tumpah dan bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga
telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan kesakitan, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah bercucuran keluar.

Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis semahunya.

"Mama maafkan abang ..." Ungkapannya sukar ... tersekat-sekat
kerana kesakitan itu.

"... Abang janji tak akan buat lagi."

Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah. Ibu memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu dengar.

Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian kecemasan. Ibu menunggu di luar, dia membuat panggilan kepada suami dan mengurus segala prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa
merasa malu pada orang sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya.

"Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu yang baik, aku sedar akan kesalahanku ..."


"Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini ..."


Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan setulus-tulusnya kepada tuhan.


Setelah lama menunggu, tiba-tiba doktor keluar. Bebola
matanya merenung penuh pengharapan pada doktor.
"Puan, maafkan ... Kami telah cuba melakukan yang terbaik." Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah.


"Anak puan ... Telah meninggal dunia."


Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap sukar untuk menjelaskannya kepada ibu ini.
Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras ke dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun
kepalanya. Alangkah sakitnya hakikat ini. Dalam tangisan berderai, dia meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat, kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat selama-lamanya.

"Anak ... Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan di sepanjang perjalanan pendekmu ini ..."

Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku, dingin sekali.


Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna. Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi, ibu keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah
semalam mencari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamu rumahnya penuh koyakan kertas yang ditaburkan.

Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu berkata, "Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari di sepanjang hidup ini."

"Ibu rindu kepadamu ... Ibu rindu kepada nakalmu ... Ibu rindu pada koyakan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?"

Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi. Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila.


**********


Benar, sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, kerana itu
nikmati dan syukurilah, bersyukurlah sentiasa.


Amat malang kerana kita selalu sedar dan menghargai sesuatu,
hanya selepas nikmat itu terlerai daripada genggaman.

6.4.10

::kejam tul diaorg ni::

6.4.10,Tuesday, April 06, 2010
masa lunch tadi tetiba jer tangan aku gatal nak bukak HMetro on9.. x tau pun citer ape yg best hari ni... tetiba aku terbaca citer yg rumah arwah Pak Din aka Din Beramboi tu dimasuki pencuri..Ya Allah.... sampai hati diaorg... dah la family dia tgh bersedih, tergamak pencuri tu ambik barang2 kenangan arwah utk anak2 dia.....
x per... Allah tu Maha Esa... satu hari nanti diaorg akan dapat pembalasan yg setimpal......

P/s: Woi pencuri..Ko xkan selamat dunia akhirat!

3.4.10

::jamuan besday kat opis::

3.4.10,Saturday, April 03, 2010
hari khamis bersamaan1 april aka april fool hari tu department aku buat jamuan sempena besday 4 org membe opis.... kitaorg buat makan2 biasa jer.... korang layan jer la gambar2 yg x banyak kat bawah ni.....