2.6.11

::Penangan Nora Elena::

2.6.11,Thursday, June 02, 2011



Sejak hubby outstation ni..
tiap2 petang gayut...
tapi, bukan citer aku rindu dia ke dia rindu aku...
tapi banyak citer ttg drama Nora Elena...
bila iklan jer hubby call sbb nak diskas pasal jalan citer..
dah macam pengkritik drama dah kami berdua....

Petang tadi, tgh aku syok2 tgk drama tu..
tetiba Astro x de signal...
nak hujan...
isk... geramnya....
dah la part yg diaorg tgh otw gi Cameron...
terus call hubby ngadu kat dia...
pastu hubby citer satu persatu jalan citer time tu..
Frust sgt...
walaupun hubby citer ttp x sama dgn aku tgk sendiri..

Aku cuba cabut astro pun still x dpt tgk sbb x der arial...
masuk dalam bilik, pastu pasang tv lagi satu pun tetap x dapat tgk..
Geram sangat...
sampaikan nak makan pun x de selera....
Gi solat dulu...

Pastu sambung bukak tv..
Alhamdulillah baru ok..
tapi dah dekat2 nak habis...
x per..
dapat gak tgk saat-saat diaorg berbaik...

Tapi aku rasa best sangat sbb episod hari ni Elena dah leh terima husband dia...
Sweet sangat..
pastu, saja2 la cakap kat hubby nak soh dia jd romantik camtu...

Tau aper hubby jawab....
"Terima la abg seadanya sayang... dah dekat 4 tahun kita kawin..xkan la awak x nampak yang abang ni romantik, tapi abg jarang nak tunjuk... cukupla kalau sayang tahu yang abang sayang sangat kat sayang"...
Kembang kuncup gak la aku bila hubby cakap camtu.. :)
Ye la abg...eyza nampak dan eyza terima abg seadanya... :)
Walau apapun.... Eyza sayang abg... (tolong, sesapa yang baca jgn muntah ijo lak ngan entry jiwang2 berkarat ni)... :)

Sinopsis:

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.


“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.


Kredit to: blog ini

Oh.. x sabar nak tunggu hubby balik esok...

Kalau nak duit lebih, jangan lupa klik kat sini yer...

2 comments:

  1. kite pon dah terjerat ngan citer ni...

    ReplyDelete
  2. InaAchik...
    a'ah la.. kalau terlepas satu episod cam x best jer rasanya.. kalau bole tiap2 petang nak balik awal... nak layan citer ni.. :)

    ReplyDelete