30.10.11

::Cerita Hari Ini::

30.10.11,Sunday, October 30, 2011
Hari ni sepatutnya adalah hari untuk kami laki bini bersantai jer kat umah.... tapi,belum tengahari dah rasa boring pulak.. Ye la, aku pandang hubby, hubby pandang aku... kalau ade anak lain citer... nak tengok tv pun citer tak best jer..... Aku pun tanya hubby "Abang, jom kita gi tengok Baby Kak tini nak tak?".. Hubby pun balas "ok, siap la kalau nak gi"..... Aku pun siap2 la.. memang x bgtau lagi kat Kak Tini kata nak pegi umah dia.. lagipun, hari tu dah tanya, dia kata pantang kat Rawang..... Ingat lepas makan tengahari baru nak gerak gi sana....
Masa turun dari rumah nak ke kereta.. nampak la sorang brother ni tengah jual aiskrim... Macam best jer... aku pun beli la aiskrim roti... Lama tak makan aiskrim ni...

3 Perisa yang sedap..
Hubby pun suka makan aiskrim  ni....
Aiskrim aku....
Dah settle makan aiskrim dalam keta, barulah kitaorg gerak gi Lunch...kami gi makan makanan Arab kat Restoran Saba.... Restoran ni dekat je ngan LRT Setiawangsa... 1st time aku nak try makan kat situ...

Restoran ni terletak kat Dataran Jelatek......
Tengok Menu Dulu...
Hubby Punya... Kabsah Chicken (Quater)....
Aku Punya... Mandi Chicken (Quater)
Makanan arab kan saiz hidangan dia besar... hubby yang kuat makan pun makan tak abis.... Nasi dia memang sedap.. kalau xde lauk pun still rasa sedap sangat.... Harga pun berpatutan...Tapi, ada satu hal yang aku ngan hubby agak tak puas hati... Kitaorang dah lama abis makan, air masih tak sampai-sampai... aku rasa macam dah nak tercekik.... aku bagitau kat sorang pelayan ni.. dia angguk... aku ingatkan dia pg amik air, rupanya still x sampai gak.... ikutkan hati nak je aku kanselkan air, pastu beli je kat Speedmart (tingkat bawah)... tapi hubby suh aku sabar dulu.... elok aku pun dah rasa 'panas' jer.. baru la air nak sampai....

Ni la air yang kami pesan....bukan kena bancuh pun... hubby amik perisa Rasberi, aku pulak amik perisa Madu.....   
Nasib baik air ni sedap... dapat la mengubat hati aku yang tengah panas....
Dah habis makan, kitaorang gerak ke JJ Wangsa Maju.... Nak beli hadiah untuk baby.... Hubby sempat lagi shopping baju ngan kasut sukan..... Aku? cuma tukar Baucer JJ jer.. Tak nak guna lagi..ingat nak guna kat JJ Perda nanti... ;)

Hubby tengah kusyuk pilih baju...
Masa tengah shopping tu, hubby dapat call... kawan dia nak datang rumah.. Alamak, camne nak pg Rawang ni.... Fikir punya fikir... Kansel gi Rawang.. Maybe pas raya nanti baru gi....
Sebelum balik tu, kami singgah Kassis (dekat Giant Taman Permata) sebab aku nak beli....

Tabung! sebab nak lawan ngan hubby.. tabung dia dah penuh.. jeles aku.....
Dah alang-alang kat situ... masuklah ke Giant sebab aku nak makan cendol yang sedap tu kat food court dia... Tapi, rasanya dah x sebest dulu.. tak tau la kalau dah tukar owner...Masuk dalam pasaraya, beli barang-barang nak buat koay teow goreng... Ingatkan nak jamu kawan hubby makan Koay teow goreng jer... elok sampai je umah, kawan hubby call bgtau x jd datang sebab hujan lebat... Geramnya.. agenda aku kansel sebab dia.. last2 tak datang pulak... tapi memang pun hujan lebat  kat rumah aku... Disebabkan barang-barang pun dah beli.. aku masak la jugak Koay Teow goreng... takde rezeki kawan hubby, tapi jadi rezeki untuk makan malam kami....

2 comments:

  1. tak penah lagi makan kedai arab. Sbb portion dia banyak kan. Kompem la akak makan tak abis. huhu

    ReplyDelete
  2. Kekda..
    eyza pun 1st time makan kat situ... lain kali kena order 1, pastu kongsi.. tapi takut pulak orang kata kedekut.. :)

    ReplyDelete