2.10.11

Triffle

2.10.11,Sunday, October 02, 2011
Pandangan dr atas Triffle... nampak buah2an campur tu....
Aku ni memang suka sangat makan Triffle ni... tambah2 pulak, td kat NONA, ajar buat Triffle... tetiba lak rasa teringin nak makan... ingatkan aku je yg teringin, rupanya hubby pun sama... petang td, aku ngan hubby gigih gi kedai beli barang2 nak buat Triffle ni....

Meh sini aku share resepi yer...

Bahan2:
~ 1 tin susu cair
~ 2 sudu gula (kalau suka manis tambah lagi)
~ 4 sudu tepung kastard
~ 1 cawan air
~ kek gulung (ikut bekas, sebab kek ni kena potong dan susun dalam bekas bg padat)
~ buah2 campuran dalam tin (1 tin)
~ 1 peket jeli nona (aku suka perisa strawberi)
~ 2 cawan air panas @ 400 ml

Cara buat:
* susun kek yg telah dipotong ke dalam bekas...
* satukan air,susu cair, gula dan tepung kastard dalam periuk...kacau supaya tak berketul... lepas tu baru letakkan atas api yg kecil..kacau sampai kastard tu pekat.... ketepikan dan biar sejuk sikit...
* asingkan air buah dan buah dalam tin...
* amik air buah, dan siramkan atas kek yang telah disusun td....
* lepas tu, letakkan kastard yang telah pekat dan ratakan....
* letak buah2an campuran ke atas kastard...
* letak air panas (lebih kurang 2 cawan @ 400 ml) ke dalam mangkuk dan masukkan jeli nona..kacau sampai sebati...
* Tuang atas campuran buah... biar sejuk seketika dan simpan dalam peti ais... pastu bole makan... sedap....

Triffle yg telah dipotong.... 3 layer.....



Kalau nak duit lebih, jangan lupa klik kat sini yer...

3 comments:

  1. ni feveret me n hubby jugak...tapi selalunye buat untuk sponsor sedara mara punye wedding... tetiba rasa nak makan lak... esok la buat... semua bahan ade... tinggal nak beli swiss roll... yummy2...

    ReplyDelete
  2. Ayien...
    sedap kan? buat jangan tak buat..:)

    Cikcoklat...
    sedap... buat la... kejap je dah siap...

    ReplyDelete