1.12.11

::Lagi Gambar kahwin Zahiril dan Shera::

1.12.11,Thursday, December 01, 2011
Sejak dua menjak ni.. Traffic blog aku makin meningkat... bila aku selidik..rupa-rupanya sebab ramai yang cari gambar kawen zahiril dan shira... K, ni ade lagi gambar kawen diaorang yang aku nak share.. Harap2 peminat diaorang puas hati... :)















Kredit: Abg Nara dan JanggutTouch

Cantikkan gambar-gambar diaorang... kalau ade duit, semua bole kan?....

Rupa-rupanya Zahiril ni Romantik jugak..dia siap karangkan puisi untuk isteri tersayang...
Ni bait-bait ayat romantis dia....



Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
 
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.
 
Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala
Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.
 


Kredit: Irine

Zahiril jugak seorang blogger.... ada banyak lagi puisi-puisi lain kat blog dia.. kalau nak baca, masuk la blog ZAHIRIL...

No comments:

Post a Comment