3.1.12

::Ash pilih Sherrie Merlis::

3.1.12,Tuesday, January 03, 2012


KL, 3 JAN 2012: Tanpa publisiti berlebihan pelakon Sherry Merlis selamat diijabkabulkan bersama vokalis kumpulan Gabba Gabba iaitu Ash, Ahad lalu.

Murai Batu dengar majlis tersebut selamat diadakan di Madrasah Islahiyah Addiniyah, Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur dan dihadiri hampir 100 orang tetamu. Lebih manis lagi pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Sherry sendiri iaitu Wan Zainal.

Pada majlis tersebut khabarnya pihak lelaki menyerahkan sejumlah wang hantaran dan mas kahwinRM 200 berserta tiga dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, cincin dan manisan.

Ia dibalas lima dulang hantaran oleh pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, sebuah kitab Al-Quran, manisan, cincin dan kek.

Hanya bercinta selama enam bulan, Murai Batu memujilah kedua-duanya kerana enggan melenggahkan untuk disatukan.

Perkahwinan tersebut merupakan yang kedua buat mereka, kerana sebelum ini Sherry pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon Esma Daniel manakala Ash juga pernah berkahwin bersama pengacara Melodi, Dira Abu Zahar.

Sumber: Murai.com

2 comments:

  1. nmpak sgt sherry pakai koset tu. hehe. nmpk perut pulak dia ;p

    ReplyDelete
  2. Yannie...
    Tu la.. terkantoi pulak kat situ.. :)

    ReplyDelete