24.1.12

::Ikan Bakar Parameswara::

24.1.12,Tuesday, January 24, 2012
Kat Melaka, Hubby tinggal kat Merlimau... Tak jauh la dari Tempat Ikan Bakar yg Femes kat Melaka... Umbai... Malam tu, hubby bawak gi makan kat Ikan Bakar Parameswara... Hubby pun tak pernah makan kat situ... Dia cakap, kalau sorang2 segan makan kat situ... Bila aku dah datang, dia pun bawak la aku pergi situ... Kat area Umbai tu banyak kedai makan.. semuanya ada ikan bakar.... Tapi, malam tu kami pilih Restoran Ikan Bakar Parameswara sebab tgk kedai dia happening.... orang ramai sangat.. orang kata, kalau kedai tu ramai orang, mesti makanan dia sedap...

Sampai je kat sana, tengok oranag dah ramai beratur untuk pilih seafood... Aku ngan hubby pun cepat2 la beratur gak...

Semua tengah kusyuk pilih Seafood..


Ada Udang (tapi malam tu udang dia nampak macam tak berapa fresh), ada sotong (yang ni best, fresh dan besar2 belaka), lala, siput sedut, ketam, siakap, jenahak ngan macam2 lagi la seafood yg best.

Awal2 lagi, hubby dah sambar seafood kegemaran dia.... Sutun....

Lepas dah pilih, bagitau kat diaorang nak masak apa, pastu diaorang akan bagi no dan kita bole pilih nak duduk kat meja mana, tapi kena bawak la no tu.. takut nnt pelayan tak dapat cari kat mana kita duduk... Kami dapat no 68......

Yang bestnya kat sini, sebab Restoran ni tepi sungai..... Bole pilih nak santai kat bawah bumbung, free air atau duduk dalam boat macam ni....

Disebabkan kami makan berdua jer, x de la banyak yang kami order.... Mula-mula sekali, sotong goreng tepung.... Memang terbaik.. rangup dan sedap.....

Ikan Jenahak Masak 3 Rasa... Ni pun Terbaik sebab ikan dia rangup... sos dia pun sedap....

Sayur campur..... Aku yang agak kurang makan sayur ni rasa sayur campur ni macam kurang kick, tapi hubby cakap sedap......
Apapun, aku ngan hubby memang puas hati la makan kat sini... sedap sangat....

Total kos semua: Sotong ~ Rm 16.00, Ikan Jenahak ~ Rm 49.50, Sayur Campur ~ Rm 9.00, Nasi putih 2 pinggan ~ Rm 2.40, Air-Fresh Oren + nescafe o ais + ais kosong ~ Rm 5.10 = RM 82.00

Bagi aku, harga dia sangat2 berbaloi dengan kesedapan dan servis kat sini.... InsyaAllah, pasni kalau gi sana nak makan kat sini lagi....

1 comment:

  1. malam ni baru nak try pekena ikan bakar umbai.
    hihihi

    ReplyDelete