9.2.12

::Cameron Highlands ~ Antara tempat yang sempat kami pergi::

9.2.12,Thursday, February 09, 2012
Aku ni suka sangat peram cerita, kan? Bukannya tak nak update, tapi bengang ngan Broadband, asyik wat hal jer.. tu yg malas nak bukak internet...

Ok, berbalik tentang cerita kami kat CH.... Memandangkan jiwa hubby bukanlah tempat2 cam CH (hubby lebih suka kalau gi bercuti kat Pantai), kami x de la pg banyak tempat sangat.... hubby asyik nak lepak kat bilik jer.... Aku pun x kisah sangat sebab dah pernah pg pun CH sebelum ni.... Tapi, thank's jugak kat hubby, sebab sudi layan karenah bini dia ni... :)

Hari kedua~ Awal-awal pagi, aku dah ajak hubby keluar..bukannya apa, aku takut orang dah ramai.. nak pg mana2 pun susah nanti...

Destinasi pertama kami, Cactus Valley... Bayaran masuk sorang RM 4.00.. Aku tak berapa gemar sangat kaktus ni... tapi, bagi penggemar kaktus, mesti suka datang kat sini... macam-macam jenis kaktus ade.. yang kita tak pernah lihat pun banyak...

Unik jer bila dawai diaorang buat Motor Harley......

Posing dulu....

Hubby kalau bergambar, mesti senyum x ikhlas... maklumla, kena paksa bergambar ngan  bini dia ni..

Cantik gak bentuk kaktus camni....

Paksa lagi hubby bergambar....

Seminggu lepas CNY, banyak la tanglung kat situ....

Kasut hubby yang dia beli kat CH (macam la kat KL xde)....

Hijau daun tu cantik sangat.....
Dah penat berjalan kat Cactus Valley, kami gerak pulak ke Bee Farm... kat sini, masuk percuma... tak ada apa yang menarik sangat.. cuma ada replika2 Lebah dan kotak untuk lebah buat madu jer....

Lebah Besar....

Nasib baik ada orang lalu, apa lagi..terus aku suruh dia snap gambar kami berdua....
Lepas pusing2 kat dalam tu, kami terus pulak ke EQ Strawberry Farm... Masa kami sampai, buah Strawberi dah tak ada...maybe, masa CNY tu dah ramai yang petik kut..... so, tak dapat la nak petik..... tak pe la, hari tu masa aku gi CH aku dah petik pun... tapi, masa aku gi dulu, 1/2 kilo RM 20... tapi sekarang ni dah naik harga, 1/2 kilo RM 25.00...


Dah tak dapat petik Strawberi, bergambar je la kat situ....

Sempat la aku makan Strawberi coklat ngan yogurt strawberi.... sedap betul strawberi coklat tu...
Settle bab makan... kami pun terjah pulak ke MARDI... Bayaran masuk RM 3.00 seorang.... kat dalam ni banyak bunga-bungaan... kalau nak beli pun bole gak....







Aiskrim strawberi kat sini memang mabeles.. sebelom balik kami siap beli lagi 2 untuk buat bekalan makan kat hotel...



Dah penat berjalan-jalan kat situ, kami pun balik hotel... memandangkan depan Rumah Peranginan tu ada ladang Strawberi gak, kami pun singgah la dulu sebelum balik bilik... masa kami kat dalam tu, tetiba jer hujan turun lebat sangat2... terus hubby ajak balik bilik.. nasib baik dekat...

Malamnya, kami keluar gi Pasar Malam lagi...... kali ni kami x beli makanan banyak sangat.. takut membazir macam semalam... Masa kat Pasar Malam ni, hubby buat surprise kat aku....

Aku ni memang kalau jalan kat tempat yang sesak, aku suka jalan laju2.... tak lama pastu, baru aku perasan yang hubby xde kat belakang aku... aku pun call la dia.... dia kata dia kat belakang lagi.... aku pun singgah kat satu gerai ni, tunggu hubby... x lama pastu, aku nampak hubby datang... dia bawak bunga....Rupa2nya, dia singgah beli bunga untuk aku... terkejut aku... ye la, sepanjang dah dekat 11 tahun aku kenal hubby, ni adalah kali kedua aku dapat bunga fresh dr dia.. kali pertama masa aku konvo... maunya aku tak terkejut... tapi, aku suka.... senyum lebar jer aku.. hepi sangat2.... Walaupun bunga tu bukanlah sedozen, tapi aku tetap soka...


Ros Biru ~ hubby kata dia beli ros biru sebab dia kata, kalu ros merah tu dah biasa orang bagi...dia nak bg aku ros biru pulak sebab kaler peberet dia ialah biru.... Nasib baik aku pun suka Ros biru......

Lavender ~ hubby beli bunga ni sebab aku selalu cakap teringin nak pg ladang lavender yang kat dalam citer Dingin Lavenda.. walaupun tak dapat pg ladang tu, dapat bunga tu pun dah cukup.....
Dah habis shopping kat Pasar Malam, terus balik bilik... malam tu aku tido dengan bunga2 tu..kesian aku kan....  :) jadi jakun sekejap.. maklumla, dah lama x dapat bunga....


12 comments:

  1. kalau kat cameron mmg akan bantai makan strawberry n jagung dia.. sedap sangat2.. tapi if beli n bawak balik dah tak sedap kan.. mybe sbb dah jadi kurang fresh.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah la... memang kalau makan kat sana sedap.. maybe sebab sejuk kut... jagung pulak, kalau makan panas2 memang best.... kali ni, eyza langsung xde beli strawberi bawak balik... sebab bila turun bawah jer, dah x sedap.... rugi beli je... :)

      Delete
  2. leh jadikan blog eyza sbg reference bila nak g CH...eka dah menggedik gedik nak ke sana... lama betul tak pegi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole je Eka.. x per, cuti sekolah nanti eka bole pg... otw balik penang, singgah la dulu kat CH....

      Delete
  3. Wah..berbunga2 chinta la yer jadinya. Kat EQ tu ada eskren Mesia yg sedap banget. Kena g time tak byk cuti sekolah, baru buah stoberi buah byk. Kut tak org duk petik je kan. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala.. eyza tak try pulak eskrem malaysia kat situ.... tu la, ramai gak yg frust bila gi situ, sebab tak dapat petik buah strawberi.... ni pun, ingat cam nak pg lagi, tapi.. tak bole gi ngan hubby sebab dia dah xmo gi.. tak rock betul...:)

      Delete
  4. Replies
    1. eyza pun rasa nak pg lagi.. tak puas jalan2 kat sana...

      Delete
    2. ada satu lagi tempat yang tak kurang menarik dan pelik Gallery House of Magic Potions di Taman Royal Lily, Tanah Rata

      Delete
  5. ada satu lagi tempat yang tak kurang menarik dan pelik Gallery House of Magic Potions di Taman Royal Lily, Tanah Rata

    ReplyDelete
  6. ada satu lagi tempat yang tak kurang menarik dan pelik Gallery House of Magic Potions di Taman Royal Lily, Tanah Rata

    ReplyDelete
  7. ada satu lagi tempat yang tak kurang menarik dan pelik Gallery House of Magic Potions di Taman Royal Lily, Tanah Rata

    ReplyDelete