14.2.12

::Cameron Highlands ~ Percutian Tamat, Jom Balik::

14.2.12,Tuesday, February 14, 2012
Awal2 lagi aku ngan hubby dah plan, nak turun dari CH awal pagi.... Dalam pukul 8, kami dah siap... Dah kemas barang semua, aku pun pg la kat Kaunter sebab nak check out... tengok2 takde orang... aku pun call la no yang ada kat kaunter.. xde orang jawab la pulak.... Adoi.. dah la nak gerak awal.... dekat sejam gak la kami tunggu... pastu, nasib baik ada sorang staff ni lalu.. aku tanya la dia.. rupa2nya, kaunter check out bukak pukul 10.00 pg..takkan la nak tunggu lagi sejam... nasib baik budak tu nak tolong... Lepas check out, aku suruh hubby singgah jap kat Pasar kat Pekan Brinchang.. aku nak shopping lagi...



Sementara tunggu kaunter bukak, bergambar la dulu.....

Sayang pulak nak tinggalkan CH.....
Sampai je kat Pasar, rupa2nya orang dah ramai.. ingatkan kitaorang je yang keluar awal pagi..... hubby tunggu dalam kereta je sebab tak ada parking... kat sini aku sempat lagi beli teh, cili, keledek, FM ngan benda yang paling aku nak sangat beli kat CH ni... Bantal Strawberi....


Cili yang sangat2 pedas..letak sikit je, dah berair mata aku ni.... kalau kat Sarawak, cili ni memang femes... kat Semenanjung susah nak cari.. bila dah jumpa, terus ambik.... 3 peket sepoloh hinggit......
Lepas dapat je semua barang yang aku nak, terus kitaorang balik KL.. Dalam perjalanan balik KL, aku suruh hubby berenti kat tepi jalan sebab nak beli petai kat Orang Asli.... Petai dia memang gemuk2..murah pulak tu.. kalau kat KL memang tak dapat camtu....

Alhamdulillah, percutian kali ni memang best sebab dapat spend time ngan hubby.... Sekarang ni tengah berkira-kira nak ajak hubby pg bercuti kat pantai pulak... ;)

3 comments:

  1. Best best!! Nanti ida nak try duduk sini pulak lak.. hehehehe

    ReplyDelete
  2. Eida...
    try la.. bilik dia pun bersih... puas hati la...

    ReplyDelete
  3. bercuti ke CH, singgah di Galeri BiGDee House of Magic Potions Taman Royal Lily, Tanah Rata. satu-satunya galeri nano microfungus aromaterapi di dunia!

    ReplyDelete