9.7.12

Jamu Ratu Dara @ JRD

9.7.12,Monday, July 09, 2012


Korang pernah dengar Jamu Ratu Dara tak?
Bukan Jamu Mak Dara, ni Jamu Ratu Dara...
Aku dah lama tau tentang produk ni..
Aku tau masa aku dok aktif dalam Forum Ratuhati dulu...
Masa tu Jamu ni masih lagi dalam pack lama..
Sekarang ni dah buat cantik-cantik...

Mula-mula aku ingat nak try Jamu Mak Dara sebab ramai yang cakap Jamu tu best..
Aku dah pergi dah kedai jamu tu nak beli..
Tapi, takde stok pulak..
Aku pun balik je la....
Masa kat opis, membe aku ade cerita yang yang dia makan Jamu Ratu Dara ni...
dan dia kata banyak la perubahan yang dia rasa..
Aku macam tertarik la...
terus aku search kat Internet....

Antara khasiat Jamu Ratu Dara:
Sangat berkesan untuk merapatkan, mengetatkan serta menghangatkan lagi  bahagian keintiman  wanita.
Mengembalikan tenaga batin luaran & dalaman wanita.
Merawat keputihan dengan berkesan.
Melancarkan haid dan mengatasi sengugut.
Membantu mengatasi sakit pinggang & membuang angin dalam badan.
Memulihkan tenaga dan peredaran darah.
Mengecut & menguatkan rahim selepas bersalin.
Meningkatkan kesuburan wanita.
Membantu mendapatkan zuriat.
Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
Membantu menurunkan berat badan.
Mencegah barah payudara dan rahim.
Seri awet muda dan boleh mencantikkan kulit.



Bila tengok jer ada untuk melancarkan haid, meningkatkan kesuburan dan membantu mendapatkan zuriat, aku terus tertarik nak try....


JRD ni jugak dah ada kelulusan KKM.. sebab tu la aku berani nak try.....


Ni la rupa Jamu tu...
Ada 60 biji.. harga sebotol baru RM 30...
Aku baru try 2 hari...
Antara kesan yang aku rasa ialah asyik terkentut ngan asyik nak terkencing jer...
Yang lain-lain tu belum lagi la....

Kalau nak tau lebih lanjut tentang produk ni... korang bole masuk web ni..


Nota: Korang jangan salah sangka pulak... aku tak jual produk ni.... x de share pun ngan pengasas produk.. cuma aku nak inform jer apa yang aku tengah try untuk usaha aku dapatkan zuriat...berkesan atau tak, belum pasti lagi sebab aku pun baru makan 2 hari.. nnt kalau ada apa2 perubahan lain, aku story yer...

12 comments:

  1. macam best jer... i pun tengah cari gak yang nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eyza pun br try.. so far ok la sbb dia x panas mcam JMD... cuba Mulan tgk kat kiosk yg jual jamu.. kat situ ada.. eyza beli kat Tesco Ampang, dapat RM27 sebotol..

      Delete
  2. salam...sy silent readers...xde blog sendiri tp suka baca blog org...klo x keberatan blh tak nak tau awak kawin dh berapa lama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.. saya dah kawen 5 tahun.. kenapa?

      Delete
  3. Assalam, so far mcm mana ps JRD ni?

    ReplyDelete
  4. ntahla.. saya dah habiskan sebotol.. tp cik p x jugak datang... saya dah stop dah pun..

    ReplyDelete
  5. So now cmna kak? Dah ada ke cik p tu? Saya ingat nak try JRD ni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak dah stop... lepas minum susu kambing al-khisbun.. br cik p dtg..

      Delete
  6. Salam, Sy ni brminat nk try JRD, nk tau, btul ke ada kelainan brsama suami lps mkn jamu ni? sbb byk bca dlm testimoni, Semua kta hubs puji. Tq

    ReplyDelete
  7. Salam, Sy berminat nk Cuba JRD, nk tnya akk, btol ke ada perubahan positif mcm dlm testimoni yg d siarkn? Tq

    ReplyDelete
  8. Hii..nak bagi cik p dtg senang jee wazzap abg N 0194176025 3hari jaa mkn pasti cik p dtg..huhuhu

    ReplyDelete
  9. Hii..nak bagi cik p dtg senang jee wazzap abg N 0194176025 3hari jaa mkn pasti cik p dtg..huhuhu

    ReplyDelete