5.7.12

:: Snogurt::

5.7.12,Thursday, July 05, 2012

Korang pernah dengar Snogurt tak?
Aku hari tu pun jumpa kedai Snogurt ni secara tak sengaja....

Adik aku yang bongsu tu sibuk sangat nak ajak gi makan kat ICE ROOM sebab masa kitaorang gi makan kat ICE ROOM Nilai dia kat kampung.... tak dapat la dia makan.... Bila dia datang sini, apa lagi.. dia tuntut la nak gi situ.... aku ngan hubby pun bawak la dia pg ICE ROOM Cawangan Shamelin...sebelah Kolej PolyTech Mara... itu yang paling hampir ngan umah aku...  Elok jer kitaorang sampai.... tengok2 kedai tu tutup... pastu banner besar terpampang kat depan kedai.. Rupa2nya, kedai tu dah pindah ke PD Waterfront... Frust la adik aku... Demi tak nak hampakan adik aku, aku pun search la kat tenet.. cari ICE ROOM Cawangan lain pulak... k, fine.. jumpa.. kat bangi n kajang..... nak pg bangi cam jauh.. kami pun decide la pg kat kajang... berpusing-pusing kitaorang kat kajang tu.. tanya orang sana sini.... macam2 arah yang orang tunjukkan.. akhirnya, kitaorang sampai kat Metro Point Kajang.. Hubby tanya la ngan budak kat situ... budak tu cakap ICE ROOM tak jd bukak kat kajang... betul ke tidak tak pasti la pulak....aku pun  dah malas dah nak cari.... aku ajak la adik2 aku gi Baskin Robbins jer... 

Tapi, masa pusing2 kat dalam Metro Kajang tu... ternampak la kedai Snogurt ni.. kalau tak silap aku kedai ni milik pelakon Raja Farah.... Konsep dia lebih kurang jer ngan TUTTI FRUTTI.... kami pun tak jadi lepak kat  BR, terus je lepak kat Snogurt ni... Snogurt ni ada banyak cawangan .. tapi kalau tak silap aku, sekarang ni cawangan-cawangan tu hanya ada kat area KL, Selangor ngan Johor jer.... Perisa untuk aiskrim yogurt ni pun ada pelbagai jenis... ada perisa Just Snogurt (yogurt asli) , Screaming Apple (Rasa Epal) , Shy Lychee , Wild Berries (yang ni memang sedap) , mango Passion , Choco Mint dan macam2 lagi la perisa yang sedap-sedap.... Pasni, bole la tukar2 angin pulak.. kalau dah boring makan kat Tutti Frutti, leh la lepak kat Snogurt pulak...

Tambahan:

Selepas aku google pasal Snogurt ni.. aku pun jumpa la data2 ni.. memang sahih Snogurt ni milik Raja Farah....



30 Disember 2011 merupakan detik penting dalam hidup dalam hidup pelakon Raja Farah apabila kedai ais krim yogurt’nya dengan rasminya membuka cawangan yang terletak di G-02, Ground Floor, MetroPoint Complex, Jalan Semenyih Kajang. Kedai ais krim yogurt (ala ala Tutti Frutti) di namakan Snogurt. Perniagaan keluarga yang dimulakan pada bulan Oktober 2010 ini juga mempunyai cawangan di No.9, SS17/7, Subang Jaya.
Apabila ditanya mengapa agak lama menyepi selepas berumahtangga, pelakon ini sebenarnya sedang sibuk menguruskan perniagaan keluarganya ni.
“Saya sedang menumpukan kepada perniagaan keluarga dan sebuah lagi cawangan kedai Snogurt telah dibuka dan dilancarkan di Metro Point Complex, Kajang pada 30 Disember lalu. Snogurt adalah produk tempatan dan kami memulakan perniagaan pada Oktober 2010. Kami masih dalam usaha untuk mengembangkan perniagaan ini di Malaysia dahulu sebelum membawa produk ini ke luar negara. Kami turut membuka francais bagi mengembangkan perniagaan tersebut di tempat lain dalam negara ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, para pembaca boleh layari www.snogurt.com.”
Farah yang bernikah dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada November 2010 mengakui belum mempunyai tanda-tanda kehamilan.
“Nampaknya saya belum mempunyai rezeki untuk hamil. Tetapi semuanya saya serahkan kepada Allah.”
Jom kita tengok sikit kedai milik Farah ni :





Kredit: Oh!Artis

4 comments:

  1. tak penah dgr lagi nih snogurt ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eyza rasa snogurt ni baru lagi... cawangan pun x banyak sangat.. tapi, bagi eyza, rasa lebih kurang jer ngan Tutti Frutti...

      Delete
  2. eyza..how about the price..kalo lagi murah dr tutti harus la tak pegi da tutti tu pasni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga dia lebih murah dari Tutti Frutti.. kalau x silap, 100 gm 4.90, kalau Tutti Frutti 5.30.. murah sikit la... cuba la try snogurt ni.. bg eyza rasa dia lebih kurang jer...

      Delete