19.7.12

::Ulangtahun Perkahwinan ke 5::

19.7.12,Thursday, July 19, 2012


Sekarang ni aku tgh mood Pengantin Baru...
Sebab apa?
Sebab...
Esok genaplah 5 tahun Usia Perkahwinan aku dan hubby ...
Alhamdulillah...

Orang kata, 5 tahun pertama penuh dengan pancaroba dalam perkahwinan..
Kalau dapat harungi 5 tahun ni dengan baik, InsyaAllah..
tahun-tahun yang berikutnya akan menjadi lebih mudah....
Sebab, masing-masing lebih memahami..
sejauh mana kebenaran ni..
Wallahualam..

Sepanjang 5 tahun aku bersama hubby sebagai suami isteri..
banyak yang telah kami kongsikan bersama..
dialah suami, kawan, kekasih dan segala-galanya dalam hidup aku....
Dia banyak bersabar dengan kerenah aku..
Aku ni pulak, jenis yang cepat naik angin..
Nasib baik la dapat suami yang cool jer...

Bila aku menangis, bahunya akan lencun dengan air mataku...
bila aku sedih, dialah yang paling banyak cuba untuk menggembirakanku..
Bila aku selalu menceritakan tentanag anak... dialah jugak yang selalu bagi semangat dan kata-kata perangsang untuk aku..
Tak pernah sekalipun dia menyalahkan aku bila berbicara tentang anak..
apa saja ikhtiar aku untuk mendapatkan zuriat, semuanya akan mendapat sokongan dari hubby...
mana saja aku ajak dia pg berubat, pasti dia akan ikut..
x pernah sekalipun dia merungut...
Bila ada orang yang selalu mempersoalkan tentang anak kepada kami berdua..
dia selalu ada untuk mempertahankan aku...
(air mata aku dah mengalir laju ketika tulis entry ni)..
Dialah segala-galanya untuk aku....

Abang,
eyza mintak maaf...
eyza belum boleh untuk memberi abang zuriat walaupun kita dah berkahwin selama 5 tahun... eyza harap sangat agar suatu hari nanti, eyza berkesempatan jugak untuk bagi abag zuriat.. darah daging kita berdua.... 
Terima kasih abang sebab abang sentiasa ada dan sentiasa menyokong eyza.. kalau x ada abang, dah lama eyza mengalah dengan kata-kata orang.... Walau apapun abang, eyza doakan agar perkahwinan kita berkekalan selamanya dan mendapat zuriat yang soleh dan solehah... eyza sayang abang sangat-sangat... Muah....


8 comments:

  1. Happy 5th anniversary!
    InsyaAllah ada rezeki yang hebat datang menanti..

    ReplyDelete
  2. Thank's...
    InsyaAllah... Amin...

    ReplyDelete
  3. Tahniah!selamat myambut ulang taun ke 5, semoga kekal bahagia dan di kurniakan cahaya mata. :)

    ReplyDelete
  4. SelamaT Ulang Tahun!!!!..Moga Bahagia Selamanya---:)

    ReplyDelete
  5. Happy 5th anniversary!

    sabar ya...InsyaAllah...akan tiba jua rezeki itu nnt...

    ReplyDelete