8.5.12

::Salam Takziah::

8.5.12,Tuesday, May 08, 2012
Semalam kami semua kat opis dikejutkan dengan berita pemergian Abang dan kakak ipar membe opis... Memang kami semua terkejut sangat..
Pukul 5.45 pagi membe aku call untuk sampaikan berita sedih ni..
terus aku tergamam...
macam mana la tak tergamam....
aku memang kenal dengan abang dia..
aku ngan membe aku ni sama2 masuk kerja kat Hospital pada tarikh yang sama...
Banyak cerita-cerita family dia yang aku tau..
mak dia pun aku dah kenal...

Patut la semalam hujan mencurah-curah..
rupa-rupanya hujan yang turun tu bagi mengiringi berita sedih ni...
Abang dengan kakak ipar dia baru je kawin..
kalau x silap aku, bulan 2/2011 hari tu...
Meninggal eksiden kat Gambang....
Mujur la anak diaorang selamat..
itu la satu-satunya waris abang dia yang tinggal...

Dalam harian Metro hari ni ada cerita tentang kemalangan maut yang ragut nyawa abang ngan kakak ipar dia..... Nak tau cerita lebih lanjut... klik sini....

Limi, Tabah dan sabar menempuh semua dugaan dari Allah ini.... Semoga Roh Arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.... Amin.... Salam Takziah....

4.5.12

::Pernikahan Scha dan Awal::

4.5.12,Friday, May 04, 2012
Aku ni memang minat sangat ngan Scha...
Masa awal2 kemunculan dia dulu selepas menang Dewi Remaja aku tak minat pun..
tapi, start dia berlakon dalam Awan Dania, terus aku suka ngan dia...

Bila dapat tau dia couple ngan Awal..
Aku rasa best sangat..
Diaorang ni pasangan yang sepadan..
Walaupun aku ni bukan la peminat Awal, tapi aku tetap sokong ngan pilihan dia....

Bila tau diaorang nak kawen, lagi la aku xcited..
tambahan pulak bila Astro dah war-warkan yang pernikahan diaorang ni akan dibuat Live kat Astro...
Malam ni la.. 4 Mei..
Tapi, tunggu punya tunggu..
sampai sudah x tunjuk pernikahan diaorang..
frust betul aku...
geramnya aku ngan Astro..
kalau x dapat siar, tulis la kat situ..
ini x, asyik tulis akan disiarkan sebentar lagi....
bagi harapan palsu je kat aku....

Scha al-Yahya Sah Bergelar Isteri Awal Ashaari Dengan Sekali Lafaz








Alhamdulillah. Akhirnya Awal Ashaari atau nama sebenar Ahmad Awaluddin Ashaari & Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (Scha al-Yahya) selamat di’ijabkabulkan sekitar 9.20 malam ini di Putrajaya. Dengan sekali lafaz, Scha al-Yahya & Awal Ashaari selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis ringkas yang di’hadiri kira kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.
Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM2,050 manakala jumlah wang hantaran di’rahsiakan daripada pengetahuan umum. Scha al-Yahya menghantar 9 dulang hantaran berbalas 7 dulang.
Majlis pernikahan mereka malam ini berlangsung di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya manakala resepsi perkahwinan mereka bakal berlangsung pada 6 Mei ini di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Pasangan tersebut di’ijabkabulkan sendiri oleh bapa Scha al-Yahya iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya dengan disaksikan oleh jurunikah daripada Jabatan Wilayah Agama Islam (JAWI), Mohd Salman Idrus.

 Kredit: Rotikaya

lepas  frust tadi bila dapat tau Astro x tayangkan pun majlis Pernikahan Scha ngan Awal...
Aku pun search la kat Internet..
Alhamdulillah.... Rotikaya dah upload gambar2 nikah diaorang...
Terubat jugak la kekecewaan aku.....
Thank's Rotikaya...
Scha cantik sangat.. sweet....

Kepada Awal dan Scha... semoga Rumahtangga yang baru dibina ini Kekal sehingga ke Akhir Hayat... Amin....