28.7.12

::Thank's Zana Adieyza::

28.7.12,Saturday, July 28, 2012
Sekarang ni aku dah jarang-jarang on9..
tak kira la on9 blog atau fb...
tambah-tambah bulan posa ni..
cam malas jer nak on laptop...
letih rasanya..

Tapi, 
semalam bila aku on fb..
tengok ada mesej dari Zana...
Dia mintak alamat email...
Suspen jer Zana ni..
Berdebar-debar eyza dok fikir apa la yang zana nak bagi..

Pagi tadi, bukak email..
tengok-tengok Zana bagi signature...
Cantik Sangat-sangat..
Teruja i tau...


Cantik tak?
Pandai Zana pilih gambar..
eyza memang suka sangat..
Thank's Zana...
Eyza sangat2 hargai...
Muah...


19.7.12

::Ulangtahun Perkahwinan ke 5::

19.7.12,Thursday, July 19, 2012


Sekarang ni aku tgh mood Pengantin Baru...
Sebab apa?
Sebab...
Esok genaplah 5 tahun Usia Perkahwinan aku dan hubby ...
Alhamdulillah...

Orang kata, 5 tahun pertama penuh dengan pancaroba dalam perkahwinan..
Kalau dapat harungi 5 tahun ni dengan baik, InsyaAllah..
tahun-tahun yang berikutnya akan menjadi lebih mudah....
Sebab, masing-masing lebih memahami..
sejauh mana kebenaran ni..
Wallahualam..

Sepanjang 5 tahun aku bersama hubby sebagai suami isteri..
banyak yang telah kami kongsikan bersama..
dialah suami, kawan, kekasih dan segala-galanya dalam hidup aku....
Dia banyak bersabar dengan kerenah aku..
Aku ni pulak, jenis yang cepat naik angin..
Nasib baik la dapat suami yang cool jer...

Bila aku menangis, bahunya akan lencun dengan air mataku...
bila aku sedih, dialah yang paling banyak cuba untuk menggembirakanku..
Bila aku selalu menceritakan tentanag anak... dialah jugak yang selalu bagi semangat dan kata-kata perangsang untuk aku..
Tak pernah sekalipun dia menyalahkan aku bila berbicara tentang anak..
apa saja ikhtiar aku untuk mendapatkan zuriat, semuanya akan mendapat sokongan dari hubby...
mana saja aku ajak dia pg berubat, pasti dia akan ikut..
x pernah sekalipun dia merungut...
Bila ada orang yang selalu mempersoalkan tentang anak kepada kami berdua..
dia selalu ada untuk mempertahankan aku...
(air mata aku dah mengalir laju ketika tulis entry ni)..
Dialah segala-galanya untuk aku....

Abang,
eyza mintak maaf...
eyza belum boleh untuk memberi abang zuriat walaupun kita dah berkahwin selama 5 tahun... eyza harap sangat agar suatu hari nanti, eyza berkesempatan jugak untuk bagi abag zuriat.. darah daging kita berdua.... 
Terima kasih abang sebab abang sentiasa ada dan sentiasa menyokong eyza.. kalau x ada abang, dah lama eyza mengalah dengan kata-kata orang.... Walau apapun abang, eyza doakan agar perkahwinan kita berkekalan selamanya dan mendapat zuriat yang soleh dan solehah... eyza sayang abang sangat-sangat... Muah....


11.7.12

::Hari Bersama Mekdi::

11.7.12,Wednesday, July 11, 2012
Pagi tadi aku lambat gi kerja...
Hujan..
Apalagi, syok la tarik selimut...
sedar2 dah pukul 7.00..
subuh gajah la jawabnya...
memandangkan kereta aku still ada kat opis..
Hubby la yg kena hantar....
Kuar je dari umah..
tetiba teringin nak makan sarapan mekdi..
suh hubby Drive Thru..
Beli set breakfast...
aku satu set, hubby satu set..
ok, sampai opis kul 8...
lambat setengah jam..
Rilekla, nak buat camne..
mintak bos sign je la nanti...

Petangnya pulak....
hubby ambik aku..
pergi kat kereta..
dah tukar bateri pun, still takleh start...
ni mesti  bukan sebab bateri..
ada benda lain yang rosak...
dah la kereta kat tingkat 5..
camne nak bawak turun....
start pun tak boleh...
Nak tak nak, esok terpaksa la bawak mekanik panjat tingkat 5....
Balik dari tu..
aku dah stress...
duit lagi tu..
perut pulak rasa lapar..
hubby pulak nak gi jumpa kawan dia..
ada hal kerja...
aku pun apa lagi..
sebelum hantar aku balik nak beli makanan dulu...
sebab kat rumah lauk dah abis...
makanan yang paling cepat dan mudah..
Mekdi la lagi..
sebab kat depan opis aku jer...
Drive Thru lagi sekali...
Tamak..
Beli set yang besar...
dah dapat set tu hepi sbb ada gelas (tak pernah kumpul sebelum ni)..
Ni gelas pertama..
Tapi, dalam hepi...
Frust jugak sebab, orang Mekdi dah salah bagi..
Aku mintak Sundae Coklat, dia bagi Stoberi...
Takpe la, redha je la...
Sampai je umah...
rasa nak makan nasi..
terus mesej hubby..
suh beli ikan..
malam ni nak masak singgang..
Mekdi?
Makan jugak, alas perut sementara tunggu hubby bawak balik ikan...






Nota kaki: Diet aku masih tak berjaya lagi.. :)

9.7.12

Jamu Ratu Dara @ JRD

9.7.12,Monday, July 09, 2012


Korang pernah dengar Jamu Ratu Dara tak?
Bukan Jamu Mak Dara, ni Jamu Ratu Dara...
Aku dah lama tau tentang produk ni..
Aku tau masa aku dok aktif dalam Forum Ratuhati dulu...
Masa tu Jamu ni masih lagi dalam pack lama..
Sekarang ni dah buat cantik-cantik...

Mula-mula aku ingat nak try Jamu Mak Dara sebab ramai yang cakap Jamu tu best..
Aku dah pergi dah kedai jamu tu nak beli..
Tapi, takde stok pulak..
Aku pun balik je la....
Masa kat opis, membe aku ade cerita yang yang dia makan Jamu Ratu Dara ni...
dan dia kata banyak la perubahan yang dia rasa..
Aku macam tertarik la...
terus aku search kat Internet....

Antara khasiat Jamu Ratu Dara:
Sangat berkesan untuk merapatkan, mengetatkan serta menghangatkan lagi  bahagian keintiman  wanita.
Mengembalikan tenaga batin luaran & dalaman wanita.
Merawat keputihan dengan berkesan.
Melancarkan haid dan mengatasi sengugut.
Membantu mengatasi sakit pinggang & membuang angin dalam badan.
Memulihkan tenaga dan peredaran darah.
Mengecut & menguatkan rahim selepas bersalin.
Meningkatkan kesuburan wanita.
Membantu mendapatkan zuriat.
Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
Membantu menurunkan berat badan.
Mencegah barah payudara dan rahim.
Seri awet muda dan boleh mencantikkan kulit.



Bila tengok jer ada untuk melancarkan haid, meningkatkan kesuburan dan membantu mendapatkan zuriat, aku terus tertarik nak try....


JRD ni jugak dah ada kelulusan KKM.. sebab tu la aku berani nak try.....


Ni la rupa Jamu tu...
Ada 60 biji.. harga sebotol baru RM 30...
Aku baru try 2 hari...
Antara kesan yang aku rasa ialah asyik terkentut ngan asyik nak terkencing jer...
Yang lain-lain tu belum lagi la....

Kalau nak tau lebih lanjut tentang produk ni... korang bole masuk web ni..


Nota: Korang jangan salah sangka pulak... aku tak jual produk ni.... x de share pun ngan pengasas produk.. cuma aku nak inform jer apa yang aku tengah try untuk usaha aku dapatkan zuriat...berkesan atau tak, belum pasti lagi sebab aku pun baru makan 2 hari.. nnt kalau ada apa2 perubahan lain, aku story yer...

6.7.12

::Bahagia tengok orang pregnant::

6.7.12,Friday, July 06, 2012

Hari ni aku dapat berita, 3 orang kenalan aku pregnant...
Bestnya.. rasa bahagia sangat..
Alangkah bagusnya kalau aura tu terjangkit kat aku jugak.....
Pejam celik pejam celik dah nak sampai tarikh Anniversary aku...
Rasa sekejap je masa berlalu....
Kalau ada anak, dah besar pun... dah masuk tadika..
tapi, kita hanya mampu merancang...
Semuanya di tangan Allah....
Ada hikmahnya semua ni...
Mungkin Allah ada percaturan yg lebih baik untuk aku dan hubby....
Semoga kebahagian aku dan hubby kekal selamanya...
Amin.....


5.7.12

:: Snogurt::

5.7.12,Thursday, July 05, 2012

Korang pernah dengar Snogurt tak?
Aku hari tu pun jumpa kedai Snogurt ni secara tak sengaja....

Adik aku yang bongsu tu sibuk sangat nak ajak gi makan kat ICE ROOM sebab masa kitaorang gi makan kat ICE ROOM Nilai dia kat kampung.... tak dapat la dia makan.... Bila dia datang sini, apa lagi.. dia tuntut la nak gi situ.... aku ngan hubby pun bawak la dia pg ICE ROOM Cawangan Shamelin...sebelah Kolej PolyTech Mara... itu yang paling hampir ngan umah aku...  Elok jer kitaorang sampai.... tengok2 kedai tu tutup... pastu banner besar terpampang kat depan kedai.. Rupa2nya, kedai tu dah pindah ke PD Waterfront... Frust la adik aku... Demi tak nak hampakan adik aku, aku pun search la kat tenet.. cari ICE ROOM Cawangan lain pulak... k, fine.. jumpa.. kat bangi n kajang..... nak pg bangi cam jauh.. kami pun decide la pg kat kajang... berpusing-pusing kitaorang kat kajang tu.. tanya orang sana sini.... macam2 arah yang orang tunjukkan.. akhirnya, kitaorang sampai kat Metro Point Kajang.. Hubby tanya la ngan budak kat situ... budak tu cakap ICE ROOM tak jd bukak kat kajang... betul ke tidak tak pasti la pulak....aku pun  dah malas dah nak cari.... aku ajak la adik2 aku gi Baskin Robbins jer... 

Tapi, masa pusing2 kat dalam Metro Kajang tu... ternampak la kedai Snogurt ni.. kalau tak silap aku kedai ni milik pelakon Raja Farah.... Konsep dia lebih kurang jer ngan TUTTI FRUTTI.... kami pun tak jadi lepak kat  BR, terus je lepak kat Snogurt ni... Snogurt ni ada banyak cawangan .. tapi kalau tak silap aku, sekarang ni cawangan-cawangan tu hanya ada kat area KL, Selangor ngan Johor jer.... Perisa untuk aiskrim yogurt ni pun ada pelbagai jenis... ada perisa Just Snogurt (yogurt asli) , Screaming Apple (Rasa Epal) , Shy Lychee , Wild Berries (yang ni memang sedap) , mango Passion , Choco Mint dan macam2 lagi la perisa yang sedap-sedap.... Pasni, bole la tukar2 angin pulak.. kalau dah boring makan kat Tutti Frutti, leh la lepak kat Snogurt pulak...

Tambahan:

Selepas aku google pasal Snogurt ni.. aku pun jumpa la data2 ni.. memang sahih Snogurt ni milik Raja Farah....



30 Disember 2011 merupakan detik penting dalam hidup dalam hidup pelakon Raja Farah apabila kedai ais krim yogurt’nya dengan rasminya membuka cawangan yang terletak di G-02, Ground Floor, MetroPoint Complex, Jalan Semenyih Kajang. Kedai ais krim yogurt (ala ala Tutti Frutti) di namakan Snogurt. Perniagaan keluarga yang dimulakan pada bulan Oktober 2010 ini juga mempunyai cawangan di No.9, SS17/7, Subang Jaya.
Apabila ditanya mengapa agak lama menyepi selepas berumahtangga, pelakon ini sebenarnya sedang sibuk menguruskan perniagaan keluarganya ni.
“Saya sedang menumpukan kepada perniagaan keluarga dan sebuah lagi cawangan kedai Snogurt telah dibuka dan dilancarkan di Metro Point Complex, Kajang pada 30 Disember lalu. Snogurt adalah produk tempatan dan kami memulakan perniagaan pada Oktober 2010. Kami masih dalam usaha untuk mengembangkan perniagaan ini di Malaysia dahulu sebelum membawa produk ini ke luar negara. Kami turut membuka francais bagi mengembangkan perniagaan tersebut di tempat lain dalam negara ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, para pembaca boleh layari www.snogurt.com.”
Farah yang bernikah dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada November 2010 mengakui belum mempunyai tanda-tanda kehamilan.
“Nampaknya saya belum mempunyai rezeki untuk hamil. Tetapi semuanya saya serahkan kepada Allah.”
Jom kita tengok sikit kedai milik Farah ni :





Kredit: Oh!Artis