18.8.12

::Bukan Rezeki::

18.8.12,Saturday, August 18, 2012
Semua dah shopping raya? Aku? Tahun ni x berapa semangat sangat nak shopping raya...sebab raya pertama, aku raya kat KL je...1st time, sepanjang 12 tahun aku tinggal kat KL ni...aku akan beraya kat KL..selama ni tak kira la raya puasa @ raya haji.. aku mesti balik kampung..kalau x kampung aku, mesti kampung hubby...ni semua gara2 hubby yang tangguh2 beli tiket flight..o.. Actually, tahun ni giliran rumah hubby kat Sarawak..Masa awal tahun tu, aku dah beria-ia nak beli..tapi, hubby cakap awal lg..tak payah beli sebab lom pasti jadi ke tak nak balik Sarawak tahun ni...Ok la.. Tangguh punya tangguh...tetiba, masa minggu kedua Ramadan, baru hubby cakap cornfirm balik sebab dia dapat cuti raya seminggu...Adoi.. time2 darurat camni, kalau cr tiket cornfirm abis..Kalau ada pun..mesti harga mahal giler.....

Dah hubby cakap cornfirm... baru la aku berani nak survey2... tgk2, tiket Airasia dah abis bermula 13hb8 sampai la 18 hb... MAS pulak 14hb sampai 18hb dah abis jugak.. Adoi.. pening kepala dok fikir... Pastu, kitaorang ingat nak la naik flight dr KL ke Bintulu , pastu amik bas dr Bintulu ke Kuching.. tapi, bila risik2 ngan EKA... rupanya makan masa berjam-jam jugak dr Bintulu ke Kuching kalau naik bas... terus kami x jadi nak amik risiko.. Nak tak nak, terpaksa la kami decide, raya kedua baru balik....Nasib baik dapat tiket.... takpe la... nak buat macam mana... salah sendiri....

Dah settle bab tiket, baru bole gi shopping... aku ngan hubby memang suka shopping kat AEON (dulu Jaya Jusco).... bukan sebab apa, sebab aku suka kumpul point... macam hari tu, aku dapat baucer seratus ringgit... berbaloi-baloi shopping kat sini....

Kad Aeon Baru....
Balik kerja semalam, rehat jap.. lepas Asar siap-siap nak gi Aeon Wangsa Maju... Aku memang suka pg AEON Wangsa Maju sebab aku dah tau selok belok kat situ.... tapi, bila keluar dari rumah tengok MRR2 dah start jammed dr Pandan Indah... kitaorg terus tukar plan ke AEON Maluri... dekat sikit..pastu x jammed..... Sampai jer sana... terus gi food court dulu... cari tempat.. takut berbuka nnt xde tempat... elok kitaorang sampai jer.. Fourt Court pun dah penuh... terpaksa la tunggu kat tepi meja cina2 yang sedang makan... dengan harapan, diaorg akan bangun nnt... bila ada yang bangun jer, terus aku cepat2 ambik meja tu... nasib baik dapat... lepas jer berbuka, terus dengan penuh semangat menuju ke tempat shopping..

Mula-mula, cari baju hubby dulu.. sebab hubby kalau bab beli baju memang lama.. kat bawah ada Men's Fair.. tapi, kitaorang terus naik tingkat dua sebab hubby memang x berapa suka bersesak-sesak ngan manusia yang ramai... Naik atas, dapat la 2 helai T-shirt hubby... Ok, Done... hubby cakap tinggal dia nak beli 2 helai jeans ngan 2 helai T-shirt lagi jer.. pastu leh gi cari baju ngan kasut aku... cari2 lagi kat tingkat atas, hubby macam x berapa berkenan..
turun la kat Men's Fair tu.... Ok, hubby dah dapat 2 seluar Jeans ngan 2 lagi T-shirt... hubby bg duit suruh aku gi bayar... masa aku tengah beratur tu, hubby tanya aku... mana plastik baju yang dia beli kat atas td.? Ha.. sudah..kat mana pulak hubby tinggal.. sebab, plastik tu memang dia yang pegang.. dah la baju2 tu yang last ada size dia.... Ya Allah, aku dah mula rasa x best.. .. Hubby pun pusing2 balik kat tempat dia amik jeans nga T-shirt.. tak jumpa pun.. dia pun dah lupa kat mana dia letak... Aku dah mula la rasa hilang mood... ye la, rasa ralat sangat... terbang seratus lebih macam tu jer..... aku cuba try gi tanya cina yg jual jeans tu, dia kata x nampak.... last2 aku cuba pujuk diri... x baik salahkan hubby.. semua yang terjadi mesti ada hikmah... dah tertulis bukan rezeki kami, nak buat camne.... tapi kesian jugak ngan hubby... dua2 tu baju yang memang dia nak sangat... pg lagi sekali nak beli baju yang sama, dah xde saiz hubby.... Nak tak nak terpaksa la kami cari baju lain.... dapat la ganti, tapi dah x sama dengan yang mula2 tadi... Dah habis tu, cari baju aku.... aku dah x semangat nak shopping.... aku just beli satu je blouse jer... nak tengok kasut pun dah x semangat bila jd camtu... terus aku ajak hubby balik...

Hasil shoppingan.. tinggal 2 beg jer... 1 dah 'sedekah' kat orang....

Tengok, baju hubby punya la banyak, baju aku 1 jer.... gara2 merajuk punya pasal....
Bila dah balik rumah, rasa menyesal pulak tak nak shopping lagi....... Dah.. pasni dah xmo merajuk.. hari ni nak ajak hubby sambung shopping... tapi, kali ni aku yang akan bawak semua plastik sebab takut hubby tinggalkan lagi....

Last but Not Least... Selamat Hari Raya.. Maafkan eyza andainya sepanjang penulisan ini ada mengguris perasaan sesiapa... 0-0 yer...


Nota: Ampunkan eyza yer abang sebab semalam dah xmo shopping lagi... hari ni kita sambung shopping yer...

12.8.12

::Hubby punya pasal, tak jd nak gi Pasar::

12.8.12,Sunday, August 12, 2012
Semalam aku ngan hubby dah plan nak pg Pasar Pudu hari ni....
Aku pun xcited la...
td lepas subuh hubby cakap dia nak baring jap sementara kul 7 pg...
konon2nya nak gerak dari rumah dalam kul 7.30 la...
tapi, bila jer pukul 7, aku kejut hubby dia x nak bangun....
nak tido lagi katanya..
aku pun dah malas la nak kejut....
aku dah merajuk ni...
last-last kul 11.30 baru hubby bangun....
Hubby tanya, nak gi pasar x?
dah dekat kul 12 baru nak tanya nak gi pasar ke tak...
dah x de mood la aku nak gi....
Jenuh la hubby pujuk aku...
Malas la..
kalau pg time2 macam ni, silap2 orang jual ikan tu pun dah balik....
Nak tak nak, kena la jugak gi cari barang dapur ptg ni....
kalau tak dapat gi pasar malam..
terpaksa la pg kedai runcit..
Ish..geramnya kat hubby...

Nota: Seronok tengok Chinta gi Pasar Borong tadi... Semuanya segar2...



::Dah cash out duit Nuffnang::

,Sunday, August 12, 2012
Dah lama jugak aku x bukak Nuffnang...
Alih-alih bila bukak dah tukar rupa...
makin cantik..

Mula-mula aku buka blog..
aku tak pernah tahu pun tentang Nuffnang...
Tapi bila aku baca blog kawan-kawan lain, semua dok bercerita tentang tu...
Aku pun try la daftar..
Kalu x silap, aku start blogging tahun 2009 dan start pasang iklan nuffnang tahun 2010 ke 2011 camtu..
dah x berapa ingat...
Aku pulak jenis yang sekejap update kejap tak..
Jarang la nak dapat BE...
Tapi, sekarang...
berkat kumpul sikit2..
Akhirnya, aku dah dapat cash outkan duit nuffnang...
Yeay...
Suka sangat...
Walaupun x banyak mana..
tapi bole la top up aku nak beli handbag Carlo Rino...
Alhamdulillah sangat.....


Dah kosong selepas aku Cash Outkan....

Pasni, bersabar jer tunggu cek sampai kat Rumah.... Yahoo....