22.11.12

::Durian Crepe::

22.11.12,Thursday, November 22, 2012
Sana sini orang dok bercerita ttg DC ni.. aku pun dah lama mengidam nak makan.. sebelum ni tgk kat blog, ramai yg beli kat MidValley.. malas la aku nak pi sana semata-mata nak beli DC jer.... 
Tanya sana sini, akhirnya.. membe aku kat Hospital Ampang ade jual.. Yeay bestnya..terus aku order.. dia jual 4 RM 10.00... 





Puas hati aku dah dpt makan DC.. pasni macam nak cuba buat sendiri pulak la.. tapi, takut gak.. takut x jadi.. kalau x jadi, pasni beli jer la.. dah x payah nak buat-buat pandai..hihihi...

19.11.12

Tahniah! Diana Danielle Hamil...

19.11.12,Monday, November 19, 2012
Kredit: Beautifulnara

Tadi balik kerja, terus bukak fb.. ramai yang dok citer ttg Diana Danielle dah pregnant.. OMG.. bestnya.. rezeki dia cepat sungguh.. Moga Dee dan FK menjadi ibu dan ayah yang terbaik untuk anak2 mereka.. hepi sangat bila dengar berita ni... Semoga diaorang suksess selalu...

Kredit : Beautifulnara

15.11.12

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah

15.11.12,Thursday, November 15, 2012

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah....
Apa itu Tahun Baru Hijrah?
Selalunya, kita hanya akan rasa teruja bila nak sambut Tahun Baru Masihi..
Ramai yang x tahu pun, bila sebenarnya Tahun Baru Hijrah....

Berdasarkan Wikipedia, Tahun Baru Hijrah @ Awal Muharam ialah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.[1]
Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.


Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam....Semoga amal ibadah kita diperkenankan ILLAHI...Amin..(",)


Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X


Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):


Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya.

Kredit: Sini



Semoga dengan permulaan Tahun Baru ini, kita semua akan lebih memperbaiki diri utk menjadi orang yang lebih baik dan beramal soleh.. semoga hari ini lebih baik dari semalam..Amin...

13.11.12

::Elianto::

13.11.12,Tuesday, November 13, 2012

Ha.. ni la Blusher n berus yang aku beli dr Elianto tempohari... Cantik kan kaler dia.. aku memang suka blusher yang ada kombinasi warna mcm ni... sebelum ni aku beli jenama Nutrimetics yang ade 4 kaler tu.. tp, sejak Nutrimetics bergabung ngan tuppaware, dah susah sikit nak beli.... Blusher ni pun adik aku yg rekemen.... so far, aku suka ngan kombinasi ni... nampak natural... berus jenama elianto ni pun best..lembut jer bila kena muka.. x la macam berus aku sebelum ni.. keras sikit........... setakat ni aku mmg puas hati sangat ngan jenama ni... selain blusher,eye liner ngan eye shadow aku pun jenama ni... aku dah ada 10 kaler eye shadow jenama elianto...Pada sesapa yang nak try.. mmg aku syorkan sangat2.. sbb aku mmg puas hati ngan elianto... lagpun skrg ni elianto tgh buat sale... kalau beli 2 barang dapat diskaun 10% dan kalau beli 4 barang dapat diskaun 20%... So, apa tggu lagi..jom kita ramai2 gi serbu kaunter elianto...pasni, aku nak beli lip liner ngan maskara pulak... hihihi... i'm in love with elianto....

12.11.12

::Sambut Besday bersama yang tersayang::

12.11.12,Monday, November 12, 2012
Fuh!! Bersawang dah blog aku ni.... lama x update.. sebenarnya banyak citer.. cuma aku jer yang malas nak update... mood dah hilang ke mana ntah... Ha.. hari ni mood aku dah datang balik.. erm.. nak citer yang mana dulu yer.... ok, aku citer yang terkini dulu la.... Citer hari Sabtu tempohari....


Opss... lupa pulak nak bagitau.. hr Khamis hr tu, satu2nya adik lelaki aku mai KL... selama ni kalau aku suruh dia mai KL sorang2, pastu naik bas pulak... haram dia nak mai... kali ni, pas pujuk2.. sampai gak dia sorang2 kat umah aku... Memandangkan Jumaat aku kerja, tak dapat la nak bawak dia merayau..Sabtu la baru boleh.. sbb hubby pun sabtu tu dah sampai dari Johor... baru meriah sikit.. nak lagi best.. adik aku yg kerja PPUM tu pun ada... So, 3 orang la adik aku yg ada kat umah aku termasuk ngan yang belajar kat UiTM tu sbb dia tgh cuti sem.. mai umah aku.. kerja part time... tapi, sedih gak sebab mak, ayah ngan adik bongsu aku x dak.. kalau x, mmg lagi meriah...

Destinasi pertama kami.... Kaunter Tiket Bas Transnasional.... Mula2 kami gi kunter kat Bandar Baru Ampang..La.. tutup la pulak... nak pergi pudu malas.. last2.. kami gi Keramat... settle bab tiket... memandangkan kami dah kat area sana..kami pun decide nak gi Wangsa Walk sbb adik2 aku ngan hubby nak celebrate besday aku.. ha..lupa pulak.. membe aku, IDA pun join sekali...

Mula2 ingatkan nak tgk wayang.. pastu adik aku yg kerja PPUM tu bgtau yang dia kerja malam..la..x syok la..kalau tgk wayang..nnt dah buang masa kat situ jer sbb kitaorang keluar dr rumah pun dah pukul 2 lebih...

X jadi tengok wayang..bergambar jer kat sini...
Pastu, decide nak main bowling..ramai pulak orang..pun x jadi jugak... Then, ingatkan nak karaoke.. diaorg malu la pulak... last2 aku decide, gi makan la sbb dah lapar..kitaorg makan simple2 jer sbb ingatkan malam baru nak makan besar kat Kg. Baru...

Makanan ringan2 kami...

Minuman peberet aku..3 layer tea....

Fish n Chip kat sini tak sedap langsung...

Habis kitaorg kerjakan.. yg paling best kat sini ada Tako Tao yang macam kat JJ tu... kat sini murah sikit..5 biji RM 4.50..Bumbu dia pun banyak..org yang buat tu mmg x kedekut..puas ati la....
 Lepas lepak kat situ... gi solat Maghrib.. pastu kitaorang sempat la shopping sikit...  Habis tu, kitaorang berpecah... membe aku IDA kena balik dulu sebab ada hal.. so, plan nak makan kat kg baru tu terpaksa dibatalkan..lagipun, aku pulak kena gegas gi PPUM pulak sbb nak hantar adik aku kerja shift malam...  Balik dr PPUM, adik aku still nak celebrate jugak walaupun x cukup geng... singgah la pulak kat Secret Recipe... aku cakap la x payah beli banyak2..1 slice cukup la sbb dah malam... La.. bila diaorang keluar dr kedai..tgk2 diaorang beli sampai 5 slice..adoi..gemuk la aku camni...

SR Pandan Indah...
 Pas dah dapat kek..kitaorang gerak gi Satay Station pulak.... Nak celebrate kat sana...

Tukang sponsor kek....

Dapat gak sambut ngan hubby..walaupun 'Belated'..

Dah separuh baru teringat nak ambik gambar...


Brownies yg mabeles..


Tiramisu..aku x berapa suka sangat...

Mee Rebus.. Sedap.. 

Satay kat sini besar2 kan... banyak ni pun kitaorang x habis makan.... 

Kuah satay ni sedap sangat.. kacang besar2...

Dah habis makan... ingatkan nak lepak kat Bukit Ampang... tapi, semua macam dah penat... terus balik rumah... sampai jer terus tengok hadiah besday aku..... hihihi.. aku kan mmg dasar x sabar...


Hadiah besday dari aku untuk aku.....

Ni pulak hadiah dari Ida..

Cantik tudung ni..macam tau2 jer aku tengah cari tudung kaler oren...
 dan... last but not least.... hadiah dari  membe opis...


Hadiah ni x de jual kat mana2 kedai pun tau... aku mmg suka.. bantal peluk bentuk ubat...


Hadiah dari Hubby? Blom dapat lagi..hubby kata spesial... sebab tu lambat sikit... x sabar nak tau hadiah apa....hihihi...

5.11.12

Dah 30 tahun...

5.11.12,Monday, November 05, 2012

Alhamdulillah... Hari ni genaplah 30 tahun aku bernafas di atas muka bumi ni.. Sekejap jer masa berlalu... Tahun ni, aku tak dapat nak sambut besday ngan hubby sbb dia ada nun jauh di Johor.. takpe la, nak buat macam mana.. dah tuntutan kerja terpaksa la kami berjauhan....

Muka di awal pagi... mencecah 30 tahun...
Terima Kasih Ya Allah kerana mengurniakan aku keluarga, suami, kerja, kawan-kawan dan kesihatan yang baik... Semoga lepas ni, aku akan dikurniakan Zuriat yang baik pulak.. Amin.. Ya Rabbal Alamin...


3.11.12

Pernikahan Farid Kamil & Diana Danielle

3.11.12,Saturday, November 03, 2012
Alhamdulillah dan tahniah kepada Farid Kamil dan Diana Danielle.. dengan sekali lafaz, Diana sah menjadi milik Farid...

Kat bawah ni ada sikit gambar-gambar sekitar majlis Pernikahan mereka...

Kredit: OHBULAN

Kredit: OHBULAN

Kredit: OHBULAN

Kredit: OHBULAN

Kredit: OHBULAN

Kredit: OHBULAN

Kredit: OHBULAN

Kredit: OHBULAN

Kredit: OHBULAN

Kredit: OHBULAN

Kredit: Rotikaya

Kredit: OHBULAN

Cantik kan? Walaupun ringkas tapi meriah..

Notakaki: kalau korang tak puas tengok kat sini.. korang bole jugak terjah...
~OHBULAN
~ROTIKAYA

::Kenangan terakhir di Hospital Ampang::

,Saturday, November 03, 2012
Pejam celik pejam celik, dah 3 minggu aku bertugas kat tempat baru.Alhamdulillah. Sekarang ni baru aku sempat nak citer tentang Majlis Perpisahan kat Hospital Ampang. Lama giler tu terperap..hihihi...

Aku pg lapor diri ke JKWPKL&Putrajaya pada 1 Oktober hr tu.Bos lama mmg minta aku tangguh, dapat la 2 minggu.2hb tu aku balik la kerja kat Ampang. Kalau ikutkan 2hb tu membe2 opis nak buat makan2 untuk CC aku yang naik pangkat dan tukar ke JKNS, tp disebabkan kitaorg pun dapat tukar gak.. diaorang sekalikan majlis.. CC aku tu mmg x bg kami buat majlis perpisahan utk dia... tu yg kami rancang, buat makan2 secara santai kat McDonalds.. nasib baik depan opis jer...


Tengah agih2kan makanan masing2.....

Semua menanti dengan penuh sabar...

Bekas CC aku aka Apak...

Diaorang yg agihkan tu pun dah pening sebab banyak sangat...

Sebab aku yg diraikan, x payah buat apa2..duduk jer...

Tengok, siap ade tetamu jemputan lagi.....

Alip n Maklang....

Sesi ucapan.. aku pun kena gak..tapi gambar xde....

Yeay.. hadiah time.....

Membe aku ni sama-sama kat JKWP jugak...

Hadiah aku....

Cer teka apa kat dalam...


Kad Ucapan...

Pelan2 kita bukak yer...

Tara....... ada kain pasang dan kerongsang.. 

Dari kiri (hadiah yg aku dapat dr kengkawan) : Beg telekung dr Yati, Novel Projek Memikat Suami (Best sangat citer ni) dr Akmar dan yang last tu handag dinner dr Limi.. Tq yer kawan2....

Lepas majlis tu, aku masih lagi teruskan khidmat bakti kat Ampang sampailah 14hb adalah hari terakhir kat situ.. 13hb, aku datang opis.. settlekan apa yang patut dan angkat barang-barang...

Gambar terakhir aku kat tempat duduk yang paling aku sayang... dekat 6 tahun jugak aku duduk kat sini... Rindunya....

Buat Nota serah tugas... dan dengan rasminya, aku serahkan tugas kat membe aku Ida.. sian dia nak kena harung semua ni... 

13hb 10 2012 pukul 5.17 ptg adalah kali terakhir aku punch kat H.Ampang...


Selamat tinggal kawan-kawanku...kenangan bersama kalian semua adalah kenangan terindah yang takkan dapat aku lupakan... Luv u all... Muah....