31.12.12

::Promosi Alpha Lipid SD2::

31.12.12,Monday, December 31, 2012


Sekarang ni Produk Alpha Lipid SD2 memang tengah laris kat pasaran.. mula2 adik aku suruh minum SD2 ni, aku macam nak tak nak je.. bukan apa, sebab fikirkan harga.. macam mahal je setin RM 180.00. Pastu, BF aku minum, dan dalam masa seminggu, berat dia turun 2kg padahal dia langsung xde buat senaman. Terussss, aku pun terxcited nak cuba... Alhamdulillah, 2 hr aku ambik SD2 ni, badan rasa ringan dan selepas 3 hari, berat aku turun 1kg.... Bestnya.. mesti ade yg cakap.. ala, sekilo jer pun... takpe.. ni dah dikira permulaan yang baik sbb aku pun x buat apa2 senaman pun.. sebelum ni berat aku punyala payah nak turun...

Sekarang ni, adik aku tengah buat promosi akhir tahun utk SD2 ni... kalau ade sesapa yang berminat, klik LIKE page ni.. dan anda akan dapat harga yang sangat-sangat istimewa dan berbaloi-baloi....

1 tin SD2 + shaker + buku panduan + free postage = RM 165.00 (tambahan RM 5.00 utk postage Sabah/Sarawak)..

Sehingga 31 Disember je tau...

Murah kan? kalau kat luar, setin je dah RM 180.00..

So, tunggu apa lagi? cepat2 LIKE dan dapatkan harga istimewa...

Produk ni jugak bagus untuk mereka yang menghidap PCOS macam aku ni...

Yang ada masalah HORMON .. ketidakstabilan period .. sedang amik pil perancang .. suntikan implan ... PERNAH mengambil pil perancang/suntikan ... dan seangkatan dengannya .. MASIH ADA harapan utk anda ..

Anda juga boleh berjaya CUMA memerl
ukan KEKENTALAN yg lebih dari yang lain

Tak percaya?? Tengok bawah ni ...

Pn. Suraiya Hani yg telah berjaya membuktikan bahawa produk Alphalipid Sd2 memang betul2 power...walaupun beliau mempunyai masalah berkaitan hormon Polystict Ovarian Syindrom (PCOS) tetapi beliau tetap
berjaya menurunkan sbyk 14kg seperti yg telah disyorkan oleh doktor pakar beliau..... Memang mengambil masa yg agak lama iaitu selama 6 bulan, namun berkat kesungguhan dan kesabaran akhirnya beliau berjaya mengatasi masalah PCOS tersebut..

So .. pada semua yang berkenaan .. SEMANGAT!! SEMANGAT!!



apa la sangat RM165.00 tu jika dibandingkan dengan kesihatan dan kecantikan yang akan kita dapat.. so, sebelum terlambat.. Jom la kita bertindak..perangi obesiti habis-habisan... 

"Mencegah Lebih Baik dari Mengubati"


24.12.12

::Miss WLM 2012::

24.12.12,Monday, December 24, 2012
Lama betul aku x update blog... bukan malas sebenarnya (walaupun ade sikit penyakit M tu), tapi sbb Laptop aku buat hal..asyik 'hang' jer.. tu yg x bole update tu..fb pun jarang dah aku bukak.. susah.. setakat tgk kat BB hubby jer... Cerita terkini? Banyak.. x tau nak citer yang mana satu dulu.. Erm.. apa kata aku citer tentang benda yang baru jer jd kat aku..kira fresh jugak la, kalau nak dibandingkan ngan citer2 aku yang lain..peram dulu, baru nak citer...

Masa aku kat Hospital Ampang.. aku ade join satu program anjuran Puspanita.. kiranya ni program macam Biggest Loser la... tapi, yang ni dipanggil WLM (Weight Lost Management)... diaorang bagi masa 6 bulan untuk kitaorang (semua peserta) turun kan berat badan..Aku memang x diet langsung... tapi, bila pindah kat tempat baru... aku macam ade kesedaran sikit nak kurangkan berat badan.. Mula2 aku ambik SD2.. sambil2 tu aku kawal makan.... itu pun aku rasa mcm dah terlambat sbb masa hanya tinggal sebulan je kut untuk program ni tamat... mula2 ambik SD2, aku memang x bole tinggal nasik..tetap makan macam biasa... pastu, bila fikir balik..no point la aku beli SD2 yang harganya 1++ kalau aku still makan macam dulu... lepas tu, aku berubah sikit demi sikit.... aku mula kurangkan ambik nasik..nak tinggalkan terus memang susah... sambil2 tu aku sapu gak Fellina yang aku beli kat Fika..lepas seminggu macam tu, SD2 aku pun habis... stok pun xde lagi... tapi, Alhamdulillah.. aku dah bole kawal makan..langsung x ambik nasik... hanya makan sayur yg dimasak dengan olive oil atau masakan rebus jer.... Perut pun dah biasa.. aku bole teruskan amalan macam tu..ni pun sbb aku cuba SD2..kalau terus2 tak nak ambik nasik, memang x bole..bila kita dah minum SD2, sikit2 kita akan biasakan diri makan dengan kuantiti yang sikit... walaupun aku diet,aku still masak utk hubby..tp, aku x sentuh nasik..aku makan lauk jer.. sampai hubby naik risau..dia suruh gak aku ambik nasik sbb takut aku sakit... Alhamdulillah, aku kuat tahan godaan... aku rasa makin sihat dan badan pun makin ringan....

Sampaila, acara kemuncak untuk program tu.. diaorang buat Dinner kat Saloma Bistro untuk umumkan pemenang program ni.. sekaligus, jadi Miss WLM 2012...aku langsung x berangan nak menang..aku diet sbb aku nak sihat..aku nak ade anak... mana tahu kalau badan dah kurus sikit, usaha aku untuk dapat zuriat lebih mudah.... mula2 plan nak gi Majlis tu ngan hubby..tp, last minit hubby x dpt balik awal dr Johor..aku bwk la adik bongsu aku untuk temankan aku.... Niat asal cuma nak gi makan jer.. langsung x terfikir akan kemenangan sebab peserta yang lain pun nampak banyak sangat susut berat badan....

Rancangan asal, datang nak makan jer sbb dah lama x makan sedap..Diet...

Masa ni baru sampai...

Kami dapat meja no 6..

Ntah ape la yang aku dok bebel tu...


Bila diaorang cakap, ok! peserta berdiri kat luar sbb dah nak kena naik pentas..buat catwalk sikit yer sebelum diaorang umumkan saper menang... aku dah mula gelabah..seram sejuk jer tangan ni... MC tanya sorang2..mcm pertandingan ratu cantik....

Menunggu peserta lain naik ke pentas....
Nebes o time ni...
masa ni yang lain dah turun sbb kami bertiga yang paling banyak penurunan berat... Berdebar2 masa ni...
Aku ni kalau neves. semuanya aku nak bercakap.. dah x sempat fikir dah.. aku pun citer la..tentang berat permulaan..berat seminggu sebelum dan berat hari tersebut.. menggeletar tangan aku...

Alhamdulillah, akhirnya kemenangan berpihak pada aku dengan penurunan sebanyak 7.4 kg.. pemenang kedua turun 7kg dan pemenang ke3 turun 4 kg...... Saat aku dimahkotakan tu, rasa macam menang Miss World..hihihi..

Aku kena buat Catwalk pulak...

Aku dapat Gelaran Miss WLM 2012.. Syukur sangat..berbaloi usaha aku selama ni....

Masa ni aku kena menari Gangnam Style.. malu giler..
Dah mungkin rezeki aku kut malam tu, aku ngan adik aku, dua-dua dapat cabutan bertuah.. hepi giler.. sampaikan orang yang bagi hadiah tu cakap, "menang besar awak malam ni".. malu aku...
Habis jer majlis, macam biasa la, sesi bergambar....














The Best Moment in My Life!

12.12.12

12.12.12

12.12.12,Wednesday, December 12, 2012
Cantikkan tarikh ni? hari ni adalah hari last untuk kita jumpa tarikh yang sama mcm ni sbb tahun depan takkan ada tarikh 13.13.13..  so, kepada sesiapa yang nak abadikan kenangan terindah untuk tarikh cantik ni mesti x kisah kalau tarikh ni jatuh hari rabu.. ala, kalau nak nikah pun, kan bole buat malam kalau takut siang semua orang kerja..kan?

So, kepada sesiapa yang nikah hari ni.. Selamat Pengantin Baru... yang sambut Besday.. Selamat Hari Lahir.. dan x kisahlah sambut anniversary ke, dapat baby ke.. Semoga semuanya selamat dan bahagia selalu.. Amin..

p/s: Semoga tahun ini meninggalkan kenangan manis lebih banyak dari yang pahit...


5.12.12

::Blog aku kena serang ngan VIRUS::

5.12.12,Wednesday, December 05, 2012


Sampai je opis pagi ni, aku terus bukak blog...
tp, tengok2 tak boleh bukak...
Blog eyzamiel dah kena serang ngan VIRUS..
Ha... abis la... gelabah terus aku...
Tapi, tetiba teringat yang Blogger femes Kak Neena Anuar pun pernah kena...
cepat2 aku bukak blog dia...
Nasib baik la, kat ruangan komen ade orang tunjuk ajar macam mana nak buang MALWARE tu...
Thank's sangat2 pada niezzareena atas tunjuk ajar tu...
Alhamdulillah, blog ni dah kembali macam biasa....

Nak tau macam mana nak buat kalau blog kena VIRUS?
Ok, meh sini aku share....

bukak layout
klik kat edit blog list
padam right kat kotak icon
icon tu yang buat malware

pastu save

InsyaAllah, lepas tu blog kita akan ok balik...