6.1.13

::Happy "Belated" Tahun Baru::

6.1.13,Sunday, January 06, 2013
Sekejap jer masa berlalu..Pejam celik pejam celik, dah masuk tahun baru.. Tahun 2013... Bertambah lagi setahun umur aku ni... Erm.. tahun ni aku dah 31 tahun... orang lain dah berderet pun anak.. aku? masih berdua... Moga tahun 2013 ni memberi rezeki anak kepada aku dan suami... tahun ni jugak, kami akan sambung treatment balik (InsyaAllah kalau hubby dah x duduk jauh ngan aku).. sekarang ni agak susah nak buat treatment.. sebab aku kat KL, hubby pulak kat Johor... kalau kena time subur, hubby selalu jer x dpt balik.. tu yang agak susah...

Tahun 2012 banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis utk aku... yang pahit, x mau la aku kenang lagi.. biarlah semuanya jadi lipatan sejarah untuk aku... Kenangan manis? Tak la banyak sangat, tapi yang paling best sekali bila aku dimahkotakan sebagai MISS WLM 2012... Alhamdulillah.. satu lagi, aku dapat bertukar tempat kerja.. merasa suasana baru.. dan suasana kerja kat Ibu Pejabat memang berbeza sangat dengan kerja kat Hospital.. Best.. apapun, setiap tempat meninggalkan banyak pengalaman yang berharga untuk aku...

Akhir kata, Walaupun dah agak terlambat nak wish.. aku tetap jugak nak kata..
"SELAMAT TAHUN BARU 2013"  untuk semua dan untuk Geng-geng TTC.. Moga tahun ni memberikan kita sinar yang kita semua inginkan dalam Rumahtangga... Amin...



2 comments:

  1. Selamat tahun baru. Wish u all the best along this year. Semoga semua usaha awak dipermudahkan olehNya dan membuahkan hasil. Amin

    ReplyDelete
  2. Auw~ nak sign................. Happy belated new year jugakkk ;p

    ReplyDelete