12.4.13

::Baru rasa kerja kat KL::

12.4.13,Friday, April 12, 2013
Sesapa yang dok KL mesti tau kan tentang hujan lebat 2 hari lepas... Lebat sangat-sangat..kebetulan pulak petang tu aku ada meeting..lambat la balik...abis meeting pun dah kul 5.45 ptg.. masa tengah meeting tu aku dah risau sbb tengok kat luar hujan lebat ngan kilat lagi.. macam mana nak gi kat parking dalam hujan lebat cam tu.. kebetulan pulak, aku x bawak payung.. abis je meeting, aku lepak jap kat opis nak tunggu hujan reda.. tunggu punya tunggu x juga reda.. dlm kul 6 lebih tu, aku terpaksa jugak la redah hujan..basah la jugak.. x pe la.. nak balik punya pasal...

Dah selamat masuk dalam kereta, aku pun start enjin..masa tu risau gak la sbb kilat dok berdentum dentam lagi walau hujan dah x selebat mula-mula... elok je aku keluar dari parking terus  nampak pokok tumbang..melintang tengah jalan.. langsung xde laluan.. terpaksa la semua kereta patah balik... masuk ikut Masjid Negara... Masa ni jalan memang jammed giler.. start dr depan Masjid Negara... Alhamdulillah, jalan ke Sg. Besi x jammed.. nasib baik aku ikut jalan tu... masa tu aku dah rasa lapar sangat.. aku pun masuk ikut Bulatan Kampung Pandan sbb ingat nak Drive Thru Burger King kat Tesco Ampang... Ingatkan jalan yang aku ikut dah selamat dari Banjir.. Rupa-rupanya depan Petronas Tesco tu air dah banyak naik... aku dah risau.. nak undur takut air masuk dalam ekzos.. terpaksa jugak la redah..masa tu dah ada kereta yang tersangkut dalam air... lagi la aku cuak.. Alhamdulillah kereta aku lepas... dapat la aku drive thru kat Burger King.. dah dapat Burger.. sangkut plak jammed kat MRR2, perut dah lapar... apalagi, terpaksa la aku makan dalam kereta..masa ni baru la aku terasa yang aku ni kerja kat KL.. sbb aku x pernah lagi sangkut jammed begini teruk sampai terpaksa makan burger dalam kereta.. dalam 45 minit gak la aku tersangkut dalam jammed.. Sampai je rumah, terus rasa lega yang amat..awal aku tido malam tu... penat sangat..

1 comment:

  1. ida smlm sampai umah kul 8pm.pengsan!!! muahhahaa

    ReplyDelete