10.5.13

::Passport & Imigresen::

10.5.13,Friday, May 10, 2013
Kredit to Pakcik Gugel
2, 3 hari ni aku agak kalut sebab asyik dok ulang alik imigresen...maunya tak kalut, tggl lg seminggu je aku nak gi bercuti..tapi, passport lom gak buat..

Hari Jumaat minggu lepas, aku pun pg la Imigresen UTC Puduraya nak buat passport.Masa kat bawah UTC tu, aku dah tangkap gambar siap-siap. sekarang ni, kalau nk buat passport, dah x bole guna gambar yg background biru, kena guna background putih.Jangan risau, kat UTC banyak kedai gambar yang dah tau prosedur Imigresen ni.Diaorang dah sediakan sekali borang permohonan passport.Isi je kat situ sementara tunggu gambar siap.

Lepas dah dapat gambar, aku n geng pun gegas-gegas la ke pejabat Imigresen. Lengang. La..rupa-rupanya sistem tgh off line. Dah satu hal.orang imigresen tu srh gi buat kat sentul.tapi, kitaorang ni malas la nak gi sana sbb x bawak kereta. Gi pudu pun naik train.Kitaorang rancang, esoknya nak datang lagi.

Esoknya, pagi-pagi aku ngan membe aku dah tercongok depan Imigresen UTC Pudu. Mak ai..Ramainya orang... Rupa2nya.. sistem masih lagi off line... terus kitaorang pg UTC Sentul.Malas la nak tunggu sampai sistem ok..Kitaorang redah je cari UTC Sentul Nasib baik jumpa. Sampai sana, pun ramai orang. Nasib baik masih ada no.Kitaorang sampai pukul 9.40 pagi pun dapat no 1141... tunggu punya tunggu, sempat la gi makan dulu... Dalam pukul 1 lebih baru kitaorang dipanggil ke kaunter.Rupanya, proses nak buat kejap je.Dalam 5 minit camtu. Memandangkan ini sistem baru, passport cuma akan siap dalam masa 3 hari...
terpaksa la datang balik hari Rabu.

Alhamdulillah, hari Rabu tu dah dapat passport. Tapi... Passport baru ni gambar hitam putih..La..nape mcm tu..penat aku mekap ngan cari tudung 2 tone sbb nak bagi nampak cantik dalam gambar..hihihi.. last2, gambar hitam putih yang keluar.. Takpe la, hitam putih pun hitam putih la...janji ada passport... Settle satu bab.. pastu, kitaorang terus gerak gi Jalan TAR sebab nak tukar duit. setakat yg kitaorang survey, kat sana la yang paling murah. terus tukar. Akhirnya settle bab2 tu.. Cuma tunggu nak bertolak je malam ni... Nak gi Mana? hahaha.. Tunggu...........

2 comments:

  1. hitam putih dah? since bila? rasa ida baru je renew.. huhhu.. haaaaa nak g mane lewtewwww ;p

    happy holiday!

    ReplyDelete
  2. Eida... Since 22 April hari tu.. x cantik hitam putih..hihihi.. gi mana? tggu nest entry..tapi tak tau la bila rajin nak tulis...hihihi

    ReplyDelete