26.3.13

::Xde Gaji::

26.3.13,Tuesday, March 26, 2013
Pejam celik pejam celik dah 6 bulan aku kerja kat tempat baru ni.. sebelum ni gaji aku dibayar oleh Hospital Ampang... bulan ni sepatutnya gaji aku dibayar oleh tempat baru.. memandangkan aku dah settlekan hal2 gaji kat tempat lama... aku pun rasa xde masalah la ngan gaji aku...

tapi, semalam time semua org dok hepi sebab dapat gaji..aku pulak xde gaji..rupanya gaji aku terputus.... Adoi..macam mana la bole jd macam ni... aku buat gaji sebelum ni,mmg aku tahu yang tarikh hantar Sijil gaji Akhir dah lama.. ntah macam mana pulak bole terputus ni.. aku pun terus call Unit Gaji sini, diaorang kata dah buat..k, fine.. maybe gaji aku masuk hujung bulan ni.. sabar je la.. Hujung bulan ni xpe la, jangan hujung bulan depan sudah... memandangkan aku xde gaji, terpaksa la aku kenyit-kenyit mata kat hubby..sebab nak mintak duit dia..hihihi..


25.3.13

::Berehat sekejap::

25.3.13,Monday, March 25, 2013
Dah lama aku x menulis... macam-macam yang terjadi... sekarang ni aku berehat dulu dari sebarang ubat dan rawatan kesuburan... dan alhamdulillah... dah 4 bulan period aku ok.. dari bulan 12 sampai la bulan 3 ni..tiap-tiap 22hb mesti period... walaupun usaha utk mengandung masih blom berjaya, tapi sekurang-kurangnya period aku yg ting tong dah ok sikit...lepas ni baru bole fokus balik... tahun ni aku ngan hubby berehat dulu dari sebarang treatment.. biarkan aje..kalau dah ditakdirkan rezeki aku ngan hubby, InsyaAllah..satu hari nnt kami akan jadi ibu dan ayah.. Amin...