19.7.13

Nukilan Dayana

19.7.13,Friday, July 19, 2013



"Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand "

Sungguh ! Beratnya memegang kasih dan cinta pada seorg suami ! Berdoa agar jodoh dia mmg milik aku seorang smpai mati dan sungguh ..andai jodoh dia tetap ada bersama org lain , aku akan terima dgn terbuka dan terus kuat mcm yg mami lakukan !!

Percaya pada jodoh ! Percaya pada ketentuan ! Menangis air mata darah pon kalau takdir dah begitu..kita ada dua pilihan, terima atau menarik diri !!!

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu

Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan..


Kredit : Sini


Tambahan :
Setelah aku masukkan entry ni..aku ada baca kat ROTIKAYA yang bagitau puisi ni bukan Dayana yang tulis....

UPDATE-1: Puisi yang sudah popular di laman sosial ini BUKAN hasil tulisan Noor Dayana sendiri. Seorang wanita tampil memberikan penjelasan seperti berikut.
bukandayana

sekarang ni tak tau mana satu yang betul.. walau apapun.. harap Dayana sabar dan tabah...


18.7.13

Bapa Mertua kesal Ashraf Muslim berkahwin sebelum Mahkamah buat keputusan

18.7.13,Thursday, July 18, 2013
Lokman Abdul Hamid, 52, bapa mertua Ashraf Muslim, mendakwa dia dan keluarga kesal dengan keputusan Ashraf berkahwin di Thailand sebelum mahkamah membuat keputusan berkenaan permohonannya untuk berpoligami.

Beliau yang ditemuramah oleh Harian Metro memberitahu, semua terkejut apabila Ashraf memberitahu tentang pernikahannya di mahkamah hari ini.
Dia tarik balik permohonannya kerana dia telah bernikah di Thailand pada Ahad lepas, 7 Julai.
Kami sekeluarga tersangat menyesal kerana kami mengharapkan perbicaraan ini dijalankan kerana jika mahkamah membenarkan dia berkahwin, kami redha. Kami akan hormat keputusan mahkamah. Ini belum lagi mahkamah buat keputusan, dia telah bernikah di Thailand.
Ini sesuatu yang kami kesali. Dia pergi ke Thailand pun tidak memberitahu isteri dia. Dia berbohong dengan mengatakan dia pergi ke Bangkok untuk business meeting.
Dia pulang ke sini pun tidak memberitahu dia telah berkahwin kepada isterinya.
Tambah Lokman, Noor Dayana, 26,  hanya mengetahui Asyraf, 32, telah bernikah dengan Wan Sakinah, 29, pada hari Selasa setelah berjumpa itinerari penerbangan Ashraf dalam beg kembaranya. Apabila ditanya oleh Dayana, barulah Ashraf mengaku dia telah menikah kali kedua (di Thailand). Bagi Lokman, ia bukan perkara yang elok.
Lokman turut memberitahu yang Ashraf telah memfailkan permohonan berpoligami pada April lepas, bagaimanapun perbicaraan ditangguh kerana Dayana tidak diwakili peguam.
Lokman juga mengesahkan yang Dayana tidak rela dimadukan, kerana itu dia menuntut perbicaraan di mahkamah.
Sukar juga memberi pendapat berkenaan perkara ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Diharap Dayana dapat bersabar dengan pilihan yang dibuat oleh Asyraf, semua pasti ada hikmahnya. 
kalau nak tau macam mana rupa isteri baru Ashraf.. ha.... klik sini...
Kredit: Beautifulnara
Notakaki : Walau apapun alasannya, aku rasa Ashraf x patut buat Dayana macam tu..kalau la alasan dia sbb anak, lagi la aku rasa sanggggggaaaattttttt marah.... pada aku yang masih blom boleh bagi zuriat pada hubby, aku amat2 rasa sedih bila dengar macam ni.. harap2 jangan la perkara ni terjadi pada aku.... kalaulah aku kat tempat dayana, tak taula apa yg aku nak buat...sedih giler....

12.7.13

Walk For Health 2013

12.7.13,Friday, July 12, 2013


Akhirnya..acara yang aku tunggu-tunggu datang jugak..hihihi.. Acara apa? ala.. Walk for Health... yang macam aku join tahun lepas... Lautan Merah..   aku tau ni pun dari Blog SetiaKekalAbadi @ Salmi Khairil.. Tahun lepas pun aku bole tau program ni melalui Blog Salmi ni jugak la...

Best woo join program ni... Macam2 acara.. kalau x caya.. Jom terjah masa aku join tahun lepas.. klik je kat sini..   Aku pun blom isi borang..baru nak kumpul geng..baru best gi ramai2... Acara ni percuma je tau.. jangan risau... siap dapat T-shirt lagi...

Macam mana nak join? Macam ni....

Hubungi Pihak Penganjur:

Sekretariat MICCOS 2013
Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
No. 15 Aras 6-13
Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62654 PUTRAJAYA
MALAYSIA
No. Tel: 603-8880 3300
Telefon Terus: 603-8887 8340 / +603-8880 3427
Faks603-8887 8341 / +603-8880 3441
Emel: miccos@mpic.gov.my 

atau cara yang paling senang...

Korang bole jer layari :

Facebook MICCOS :  https://www.facebook.com/Miccos2013
ataupun korang boleh gak layari laman web : www.miccos.com.myhttp://www.mpic.gov.my

Ha..klik jer kat situ...ada borang siap ngan info  lengkap lagi.. So, apa tunggu lagi..jom la kita join beramai-ramai...

pastu, ada yang laaagiiiii best... apa? haaaa.....

Hari ni pulak masa aku buat BW kat blog Salmi.. ada entry baru..Bole dapat hamper dari MICCOS. Nakkkkkk... ha..panjangnya nak tu kan.. hihihi... So, dah alang2 kita join..jom la kita try test tgk..mana la tau, ada rezeki dapat hamper ni...

Ha..ni la hampernya..bestkan...
kredit: Blog Salmikhairil

Ha..ni pulak bag Kenaf..
Kredit : Blog Salmikhairil


Caranya mudah jer... Jom kita follow step by step...

Cara nak Join:
1. Buat entry ringkas mengenai Program MICCOS & WALK FOR HEALTH 2013.
~ DONE (entry yg kat atas tu)


2. Pastikan link www.miccos.com.my  ,  www.mpic.gov.my  &
 www.facebook.com/miccos2013 dimasukkan dalam entry yang dibuat

~ DONE (ada gak dalam entry tu)

3. Sila tag link blog daku dalam entry tersebut.

~ DONE (dah tag)

4. Sila tinggalkan nama, emel dan link entry di ruangkan komen

~ Done (dah tgglkan)

5. Sekiranya terpilih anda akan dihubungi.

OK, TQ.



10.7.13

A Famosa Resort ~ part 3 (Akhir)

10.7.13,Wednesday, July 10, 2013
Mesti korang dah boring kan? Nak habiskan citer tentang A Famosa ni pun nak kena part by part..hihihi.. sori yer.. tuan tanah ni agak busy sekarang..
K, ni entry last.. pas ni aku citer tentang percutian ke Thailand pulak....
Lepas je kitaorang dah penat kat dalam Safari World..kitaorang terus gerak ke Water World pulak.. ala, x jauh pun.. sebelah je...

Kat pintu masuk nanti diaorang panggil suh bergambar...

Kitaorang xde pun amik gambar kat dakam sbb semua tgh syok mandi manda.. sorang pun x nak pgg kamera..hihihi...






Harga kalau beli kat sana..lebih baik amik pakej..murah sikit...

Dah puas mandi.. Jom kita gerak gi check in pulak...

Dah penat berjimba-jimba, baru la kita gerak ke apartment.. kitaorang amik studio jer.. tapi...sangat la puas hati sbb besar... macam stay kat apartment 2 bilik jer....

Katil kami yang sangat selesa...

Ruang tamu yang best gak sbb ada astro...

Ruang antara meja solek ngan bilik air... siap ada hair dryer kat depan bilik air...

Bilik air ada bath tub.. bole la berendam sakan...

Dapur.. siap ada yard kat blkg utk jemur baju...
Dah check in, solat..pastu kitaorang lepak2 dulu kat bilik... lepas maghrib baru kitaorang gerak gi Cowboy Town..Yiehaa...

Depan Pintu masuk...

Feeling2 kat Amirrika.  Amerika..hihihi..



Masa kitaorang sampai show baru start.. so, berpusu-pusu la semua gi tmpt show..mmg best la tempat ni..




Nampak x cik menti tgh berjalan kat atas tu...dia pun buat show gak...












Dah abis show,kitaorang jalan2 kat dalam tu.. naik train pusing satu town... dah settle,kitaorang main permainan yang macam kat fun fair tu.. xingat la harga token.. tapi, at least dapat la jugak patung kecik... dah puas kat dalam tu, baru rasa lapar...disebabkan kitaorang x amik pakej makan, kitaorang keluar cari makan kat kedai makan kat luar resort..jangan risau..kat luar ada jugak gerai makan..rasa dan harga pun ok la..not bad..dapat gak berjimat... dah kenyang balik hotel terus tido... esoknya,lepas check in gerak masuk bandar melaka pulak... membe aku teringin nak minum coconut shake kat klebang.. x sangka pulak ramai betul orang..beratur panjang... nasib baik dapat jugak.. pastu, kitaorang gerak gi pantai klebang..makan mee bandung muar... lepak tgk sunset baru gerak balik KL.



Walaupun letih, tapi trip ni memang best sangat....