29.1.14

Sering Diasak Soalan Sensitif Mengenai Kehamilan, Lisa Surihani Akui Kecil Hati

29.1.14,Wednesday, January 29, 2014
By:

Baru-baru ini, rakan baik Lisa Surihani,Scha Al Yahya telah pun mengumumkan kehamilannya . Selaku seorang isteri, Lisa juga kini sedang berharap agar gilirannya akan tiba jua untuk bergelar seorang ibu. Namun sehingga ke hari ini, masih belum ada rezeki buat dirinya dan suami, Yusry. Untuk makluman, Lisa dan Yusry sudah pun berkahwin kira-kira 2 tahun.
lisa surihani hamil

Adat pasangan yang dah berkahwin, pastinya sering diasak dengan soalan mengenai kehamilan. Lisa Surihani juga tidak terkecuali. Tidak kisah dengan soalan-soalan biasa seperti “bila lagi?”, Lisa mengakui yang dirinya kecil hati apabila ada pihak yang bertanyakan soalan-soalan sensitif. Kata Lisa kepadaMalaysianDigest :-
Saya tak kisah kalau orang kerap bertanya, bila lagi, bila lagi…? Ini semua kuasa Allah. Mungkin belum rezeki kami. Tapi saya tak boleh terima bila ada soalan-soalan daripada orang sekeliling yang sampaikan menyentuh hal yang terlalu peribadi.

 Saya tak faham kenapa mereka tak sensitif dan tak menjaga perasaan orang lain. Cubalah mereka letakkan diri mereka dalam situasi saya. Bukan kami tak berusaha, tapi tidaklah sampai kami perlu berkongsi tentang perkara itu pada umum.
Disebabkan soalan-soalan yang sensitif itu, membuatkan saya asyik terfikir walhal saya dan suami, kami okay saja. Sebab itu saya luahkan rasa kesal dengan sikap beberapa pihak itu di Instagram baru-baru ni, mujur ramai yang menyokong saya dan saya rasa lega.

lisa surihani hamil

Betul kata Lisa Surihani itu. Takkanlah hal dalam kelambu pun nak kena beritahu orang ramai. Abang Nara pasti Lisa dan Yusry adalah orang yang paling teruja dan berusaha keras untuk mendapatkan cahaya mata. Selaku peminat, kita boleh “concern” tapi janganlah sampai menyinggung perasaan orang lain. Insya Allah kalau kita doakan, mana tahu ada berita baik untuk pasangan ini. Buat Lisa dan Yusry, bersabarlah. Insya Allah akan ada rezeki anda suatu hari nanti.

kredit : Abang Nara

Nota kaki : x paham kenapa ramai sangat yang busy body.... kalau yang ambik berat takpe, ni kkdg ada yang bertanya lepas tu siap cakap benda yang bukan2 sampai kita stress..
Harap Lisa sabar..pedulikanlah cakap orang... hanya kita yang alami je yg tahu macam mana perasaan tu...
Moga kita semua akan mendapat perkhabaran yang gembira untuk tahun 2014 ni... Sayang Lisa.

No comments:

Post a Comment