13.2.14

Part 1: Hatyai,Thailand

13.2.14,Thursday, February 13, 2014
Sekian lama... akhirnya baru la aku nak tulih tentang percutian aku ke Hatyai.... tapi.... aku minta maaf sangat2 sebab segala perbelanjaan aku kat sana dah hilang.. aku dah tulis semua perbelanjaan aku kat sana atas kertas.. dari yang sebesar-besarnya sampaila gula2 kecik yang aku beli... aku dah cuba cari.. tapi x jumpa pulak.. maybe hilang masa pindah hari tu atau tersilap letak kat tempat lain... takpe la..aku citer je dulu... kalau jumpa nnt aku update.. yang mana aku ingat tu aku tulis la kat sini.. Maklumla dah lebih setengah tahun kut aku pg sana...mana la nak ingat semua perbelanjaan....

Ok, aku join rombongan ni ngan geng2 Puspanita Hospital Ampang... kalau x silap aku, bayar sorang RM 260.00 jer (Bas ngan penginapan).. memang berbaloi...Seminggu sebelum aku pg Hatyai, baru la aku n geng sibuk nak buat passport.. kalau buat kerja last minit ni mesti ada je masalah kan? sama la ngan aku... dah la passport yg paling penting... sebenarnya aku boleh je x pakai passport... buat jer Border Pass pun bole sebab aku kan anak Kedah.. mesti la nak masuk sana x payah passport... tapi mengenangkan yang aku ni pg rombongan, risau la pulak..mana tau, tetiba pulak ada masalah.. xke nnnt aku sorang2 jer kena tinggal kat pintu masuk tu..huhuhu.... Nak dijadikan cerita, 3 kali kut aku n geng berulang pg Imigresen kat UTC Puduraya tu semata-mata nak buat Passport.. tiap2 kali pergi offline... last2 terpaksa la pg UTC Sentul..nasib baik ok, cuma dia siap dalam masa 3 hari... nasib baik, lg 2 hari nak gerak ke sana, baru passport aku siap..hihihi..lain kali jangan buat kerja last minit macam i tau... yang bestnya, dah dapat passport, baru aku sibuk nak check senarai nama kat PTPTN. Bukan apa, takut la jugak kut2 nama aku ada kat dalam senarai hitam.. nasib baik lepas.... Duit pulak aku tukar kat Masjid India jer... survey kat semua Money Changer kat situ.. last2 aku tgk ada satu kedai jer yang macam berbaloi sikit kalau kita nak tukar... ok la, dah malas nak survey tempat lain... aku dapat RM 10.40 =  THB 100 . ala kalau korang pening nak convert2 bagai..korang buang jer 0 kat belakang.. contohnya THB 100 lebih kurang RM10 duit kita.. camtu je..aku buat camtu jer.. senang... hihihi... aku cuma tukar RM400 jer..

Masa mula2 aku cakap nak pg Hatyai, ramai yang macam bagi tanggapan negatif kat tempat ni.. aku pun google la... banyak jugak tempat menarik kat sini... aku tekad jer.. nak jugak pg... lantakla apa orang nak kata... janji aku pg sana bukan untuk buat benda bukan-bukan.. aku pg sana just nak melawat tempat orang jer.....

Kami gerak Jumaat malam (10 Mei 2013)... Hari bekerja.. balik jer kerja.. lepak jap kat rumah.. lepas Isyak baru gerak pg Hospital Ampang sebab kena berkumpul kat sana.... sampai je sana,tengok2.. la... x ramai pun lg.. aku jer yang terover xcited kut..hihihi.. dalam pukul 10 malam baru kami gerak menuju ke Utara...

Dalam Bas... dengan membe aku yang sekarang ni dah jadi adik ipar aku..
Alhamdulillah...kami sampai kat Bukit Kayu Hitam dalam pukul 5 pagi.. turun kat situ untuk mandi, solat subuh dan makan... kami x makan pun sebab semua penjual kat situ semua cina..macam was-was jer nak makan.... kat sini aku tukar lagi RM300 sebab rate kat sini lagi murah.... 100 Baht = RM 9.60 duit kita.. Best kan..banyak kut beza kat sini..macam menyesal tukar kat KL awai2... huhuhu.. kat sini, pemandu bas collect passport kami semua.. x tau la utk buat apa..




Lepas pihak bas settle urusan kat situ, kami pun terus kena naik bas semula..setiap sorang dapat balik passport ngan borang kemasukan ke Thailand.. kena isi.. sebab nnt kena tunjuk kat Imigresen Thailand.. x jauh pun.. keluar je dari Imigresen Malaysia, kami kena turun balik untuk check kat Imigresen Thailand pulak... kat sini kena bawak passport, borang tadi ngan selit seringgit utk bagi kat pegawai Imigresen Thailand.. Mula2 aku x nak bagi sebab kena charge rasuah.. tapi, aku tengok semua bagi.. aku pun bagi je la.. hihihi..


Dah settle kat Imigresen Thailand, kami terus jalan kaki untuk cari kedai makan..dekat jer.. x sampai 3 minit.. banyak kedai makanan halal kat situ...x payah was-was.. tips kat sana... kalau nak tau penjual tu Islam ke tak ialah samada dia pakai tudung atau kat kedai dia ada gambar bulan bintang... (ni kata kakak pemandu pelancong kami).. kat sana ketat sikit..kalau bukan islam pakai tudung atau letak bulan bintang... diaorang akan kena hukuman yang berat..

Lepak jap kat kedai makan...

Aku makan nasi ayam... tapi, aku tengok Pulut Ayam pun macam sedap gak kat situ...
Selesai makan.. naik balik bas... masa ni pemandu pelancong kitaorang pun ada sekali.. kakak ni orang thailand, tapi fasih cakap melayu... macam-macam la dia cerita... tempat pertama yang kami tuju ialah Nora Plaza.. kat sini banyak jual barang-barang kulit jer.. aku just beli gambar kat sini... kat sini, bila kita turun dari bas, diaorang tangkap gambar.. bila kita keluar nanti, cari la gambar kita.. nak beli xpe, x beli pun x per.. aku beli sebab cantik dan murah jer THB100.

gambar yang aku beli kat Nora Plaza.... THB100 je.


 Habis shopping kat situ, kami gerak pulak ke Kilang Kacang... macam-macam jenis.. rugi aku x beli banyak2 kat sini..ingatkan bila beli kat pekan lagi murah.. rupanya lagi mahal..huhuhu...

kredit : google

kat sini, diaorang buat demo megi tomyam... pastu bagi rasa.. sedap sangat... tapi, aku x beli pun..hihihi...
 Kat sini, aku cuma habis dalam THB 900.Beli kacang-kacang ngan keropok.

Ni la pemandu pelancong kami...

Aiskrim kelapa halal.. aku berani beli sebab pakcik tu pakai kopiah..... sedap sangat.. THB 20
 Settle kat situ, kami terus ke tempat proses madu lebah... diaorang bagi penerangan ngan rasa air madu.. sedap.. aku siap tapau lg 3 botol.. sebotol THB20.beli 3 botol THB50.Rupa-rupanya lebah kat sini hisap madu dari pokok popi.. pokok ganja tu kan? ke aku yang salah? patut la madu dia sedap semacam jer.. hihihi...

Kusyuk betul adik ni terangkan kat kami..
Settle kat sini, kami semua dibawa ke hotel.. Check in dulu.. mandi, solat rehat jap..pastu baru keluar balik sebab petang xde aktiviti berkumpulan..boleh buat hal masing2.. nak tau kami menginap kat hotel mana? Tunggu Part2 pulak yer...


2 comments:

  1. huwaaaaa mei2013 punya cerita, eyza citer feb2014? boleh laaaa.a. better late than never! hehehehheee.... best kan hatyaii. ida suka pergi hatyaii ;))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eida..
      Banyak sebenarnya citer tahun lepas... tapi sekarang baru nak citer..kuang..kuang..kuang.... eyza pun suka... tempat dia best..barang pun murah gak la compare sini.. rasa cam nak repeat lagi pg Floating Market..banyak makanan sedap...

      Delete