25.3.14

Pernikahan Hairi Safwan (Anak Wayang) dengan Fara Afiza

25.3.14,Tuesday, March 25, 2014
Jumaat hari tu... lepas balik kerja... aku terus balik kampung.. aku balik ngan adik ngan adik ipar aku jer... hubby tak ikut.. dia kerja.... aku balik sebab ada hal nak urus kat kampung... lagipun jiran selang sebuah rumah aku nikah hari Sabtu tu... Fara Afiza ataupun kami panggil dia Jaja... Jaja ni Best Friend adik aku... tapi, sayang adik aku tak dapat pergi nikah dia sebab adik aku ada kelas dari pagi sampai petang... So, aku cuma pergi ngan Mak, adik bongsu ngan adik ipar aku je la... Jaja nikah dengan pelakon Hairi Safwan.. Hairi ni selalu berlakon watak jahat... takpun watak Ustaz.. memang menjadi lakonan dia... yang paling aku suka watak dia sebagai ustaz dalam Ular Emas dan watak jahat dia dalam drama Ameera...

kredit : murai.com
Cerita cinta diaorang pun unik.. diaorang berkenalan sekejap jer sebelum bertunang.. baguslah macam tu.. bercinta lama-lama pun tak elok jugak... kalau nak tau kisah percintaan diaorang... klik jer murai.com...

waktu diaorang bertunang.... simple tapi cantik...
Masa diaorang bertunang aku tak balik... tu yang bila dia nikah... aku cuba jugak balik... Majlis nikah dibuat di masjid biru.. Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas.... Nak tau lagi detail tentang majlis nikah... klik jer MStar.com.my...

Cantik sangat Jaja di hari pernikahan..
Simple & sweet..
Majlis hanya dihadiri oleh saudara dan kawan-kawan terdekat...




Hantaran..
dari pihak perempuan...
Dari pihak lelaki...
Alhamdulillah... dengan sekali lafaz... Jaja sah menjadi milik Hairi...

Walaupun dah biasa berlakon, tapi bila realiti tetap menggigil...
Sarung cincin... dari Hairi untuk Jaja..
Dari Jaja untuk Hairi..
Mas Kahwin... seutas Gelang tangan..

Ciuman kasih dari suami buat isteri...

Apa la yang pengantin baru ni dok sembang...hihihi...

Wajah hepi sebab semuanya dah selesai...

Sama cantik..sama padan...
Nak jugak interprem.. hahaha...
Me with pengantin yang tak berapa baru... :)
With mama tersayang...
Kami dengan pengantin...
Rombongan pihak lelaki..
Rombongan pihak perempuan...
Jaja ni bakal Cikgu dan model sambilan (muslimah)... Dua-dua pun sepadan... Bagai pinang dibelah dua... Untuk Hairi dan Jaja... Semoga perkahwinan yang dibina diserikan dengan kehadiran cahayamata yang comel-comel dan bahagia hingga ke akhir hayat.. Amin...


No comments:

Post a Comment