3.4.14

Suraya Seafood, Kampung Baru

3.4.14,Thursday, April 03, 2014
Macam yang semua orang tau... kat KL ni.. kalau sebut je Kg. Baru mesti terbayangkan kedai makan yang berlambak-lambak tu... pilih  je yang mana korang nak makan... Aku kalau pergi sana time siang mesti makan kat kedai Pak Lang Gerak 21... kalau malam pulak aku suka lepak kat Suraya seafood....

Suraya Seafood ni agak femes la.. sebab... kalau kau pergi malam.. dan tambah-tambah kalau malam minggu... memang kena menunggu meja kosong la.. duduk la kat luar tu... kat sini ada macam-macam makanan yang best... Yang Palingggg best bagi aku ialan Pulut Mangga, Mee Celop ngan bubur berlauk... memang mabeles la...

Pulut mangga yang sedap... tapi tetap pulut mangga Hatyai lagi best...hihihi...
Dulu aku dah pernah cerita tentang pulut mangga kat suraya seafood ni... klik je sini kalau nak baca...

Aku ngan hubby memang suka sangat makan kat sini... minggu lepas, balik kerja rasa macam malas je nak masak... pastu, roger hubby makan kat sini... aku sampai pukul 6.30 petang.. pulut mangga dah habis... agak frust jugak la.. lain kali kalau nak beli kena dtg awal... sedap sangat tu yg habis cepat... tapi sekarang ni harga dah naik sikit... sebekas RM5... ok la.. orang akan tetap beli jugak sebab sedappp....




Antara menu yang ada... Harga? bagi aku masih murah... sebab.. banyak kedai dah naikkan sup ekor RM 10 semangkuk.. sini masih RM 8.. kira murah la tu...

Aku pergi bertiga... aku + hubby + adik aku....

Air sirap bandung utk aku, limau ais utk adik aku n sirap utk hubby...
 Memandangkan tengahari aku tak makan kat opis... kami decide nak makan nasi jer... kami order... Keng Som ikan bawal , kerabu kaki ayam,kangkung ikan masin, sotong goreng tepung,telur dadar 3, nasi putih 3 pinggan , sambal belacan , air sirap bandung, sirap ngan limau ais... nak tau total berapa? kami makan bertiga baru RM58.00.. kira ok la kan... sebab ikan bawal tu besar jugak.. tak habis, siap tapau bawak balik lagi....



Ni la Keng Som....

Tiap-tiap kali makan kat sini, hubby mesti request nak makan keng som ikan bawal.... favourite dia... kat tempat lain dia x suka sebab dia kata sini yang terbaik...

So, bagi warga KL, kalau dah tak tau nak makan kat mana... cuba la try makan kat sini pulak... senang jer nak cari kedai ni... masuk je kat pintu gerbang kg. baru.. jalan terus ke depan... kedai ni sebelah kanan sebelum simpang 3... jangan lupa.. cari Suraya Seafood tau..

Notakaki : aku tak kenal pun ngan owner kedai ni.. aku promote sebab sepanjang aku makan kat sana sedap.. aku tak dapat apa-apa benefit pun..just nak share ngan korang jer.. :)

11 comments:

  1. Keng som tu da lama tak makan.. :)

    Pulut mangga - MJ tak pernah makan..ehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. MJ nnt datang KL try Pulut Mangga kat sini. Sedap

      Delete
  2. PULUT MANGGA KAT SURAYA SEAFOOD NI MMG TERBAIK. AIN SELALU P MAKAN SITU... KALAU PAGI KUL 1 KEATAS ADE PLAK PULUT AYAM... PUN BEST TAU....

    ReplyDelete
    Replies
    1. eyza tak pernah try lagi pulut ayam kat situ...nanti nak try la.. :)

      Delete
  3. ade contact num x??

    ReplyDelete
  4. kak nak tnya, suraya tomyam tu bukak dari pukul brapa smpai pukul brapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak x sure pkl berapa. yang pastinya petang. maybe dalam pkl 5. tapi ada 1 lg cawangan Suraya buka siang, kat sebelah Masjid kg. baru. Kat situ tghr mmg meriah.

      Delete
  5. salam kak,

    ada x no. telefon restoran ni?

    ReplyDelete
  6. Keng som tu rasa mcm mana dear? pedas or masam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa pedas2 masam... tapi sedap..

      Delete