15.5.14

Dah lama baru nak update tentang Wedding Angah

15.5.14,Thursday, May 15, 2014
Dah dekat 4 bulan adik aku kawen... sekarang ni baru la aku nak update... bukannya apa.. hr tu, aku dok tunggu gambar kenduri sebelah perempuan.. tapi, sampai sekarang x siap lagi... gambar-gambar yang aku ambik, habis hilang semuanya.. sayang sangat.. aku tak tahu yang komputer aku tu dah masuk virus... bila masuk memori kad untuk pindahkan gambar, semua gambar hilang... tragis sungguh.. dah la banyak momen-momen penting kat dalam tu.. gambar kenduri la.. gambar konvo adik aku la...rasa nak menangis jer.. tapi, nak buat macam mana.. dah salah sendiri... redha je la... menangis pun, gambar-gambar tu tetap x bole ada... aku dah minta budak I.T kat tempat aku ni buat pun tak bole jugak.. terpaksa la format balik memori kad tu..bila format..dah sah-sah la hilang semuanya....

Nasib baik adik aku ambik jugak Photographer.. ikut perancangan mula-mula tak nak ambik.. nak tangkap sendiri jer.. last minit baru kami decide nak amik Photographer.. kalau tak, lagi menangis tak berlagu la jawabnya....

Angah nikah 25/1/2014, sanding belah perempuan 26/1/2014. So, sebelah aku buat 1/2/2014.Tarikh tu kami pilih sebab Tahun Baru Cina dengan Birthday pengantin perempuan. Mak aku kalau buat kenduri mmg tunggu Tahun Baru Cina, sebab dia bole cuti berniaga lama sikit...

Rezeki Angah, aku sponsor Bunga telur (buat sendiri bunga tisu) 400 batang, alang sponsor telor, hubby pulak sponsor kek kahwin ngan kek coklat untuk tetamu.... coklat faountain , barang2 kat Candy Buffet dgn photobooth aku ngan acik sponsor..  yang lain2 kitaorang adik beradik tolong sikit-sikit.. ada gak yang jiran-jiran ngan adik beradik sponsor... yang paling banyak sponsor, dah tentu la Angah... termasuk duit hantaran ngan kenduri dekat 30k jugak la duit dia habis untuk kawen ni..

Kalau ikutkan perancangan hari tu, alang kena bawak angah pg Butik pengantin. Aku pulak kena pg cari bunga ros sebab nak buat surprise untuk Ida (Pengantin Perempuan).. sebab hari tu kan besday dia.. nak la buat kejutan.... tapi.... disebabkan hari tu kan Chinese New Year... Semua kedai Bunga tutup... tahu je la kat Penang ni, kebanyakan kedai bunga mesti Chinese yang punya.. merata-rata kami cari.. semua tutup... ada jumpa 1 kedai melayu ni.... tapi bunga ros xde sebab katanya pembekal tak hantar.. cuti jugak... Nak tak nak, kena la balik dengan kehampaan...

Banner ni masa kenduri rumah pengantin perempuan.. tema purple.. kita pakai balik jer.. tak nak membazir... tepi khemah tu ada PhotoBooth , Guest Book dengan Wishtree... 1st time kat kampung aku ada orang buat ni... so, ramai yang macam tak tahu lagi nak buat apa... yang lawaknya, ramai budak2 tulis ucapan, lepas tu ambik prop bawak balik.. diaorang ingatkan souvenir... blom sampai petang, props semua dah hilang.. mengamuk adik aku yang bongsu tu.. lawak2.... tapi, takpe la.. kenduri kan... mana kita bole kawal semuanya....

Pengantin sepatutnya sampai pukul 2 ptg... tapi, lewat sikit sebab pengantin tunggu pengapit tak datang2.. ni pun lawak jugak.. selalunya pengapit tunggu pengantin.. ni terbalik pulak...

Pengantin dah sampai... adik aku pakai baju Merah + Mustard... Cantik sangat baju ni.. I like...

Pengapit lelaki tu la yang lambat....Rafi nama dia.. tu Best Friend angah... pengapit Ida pulak, adik aku yang bongsu....

Masa aku dulu, momen ni la yang paling taouching aku rasa...

Kitaorang x buat bersanding... just makan beradap dengan ambik gambar dengan family jer...

Ramai tetamu yang datang.. maklum la ayah aku tu ramai kawan.. Alhamdulillah, katering yang kitaorang ambik ni pun best... dia mmg selalu bagi lauk lebih.. kami order untuk 1200 orang... katering siap bagi untuk 1400 orang... Murah rezeki Pak Haji Hassan ni.. Untuk B2B belah Utara, aku memang rekemen katering Haji Hassan ni..Servis terbaik..makan pun sedap...
Aku suruh DJ umumkan Acara potong kek dan Besday Pengantin Perempuan.. Pastu, terus je dia mainkan lagu Happy Besday dengan Ucapan untuk pengantin perempuan.. best sangat time ni.. sayang bunga tak ada pulak..kalau tak, mesti lagi best....

Angah yang pilih kek ni... Dia tak nak kek yang sama design.. dia nak lain2.. layan jer.. diakan raja hari tu...

Keluarga Pengantin perempuan..
 Dah habis acara makan beradap dengan potong kek, pengantin terus masuk dalam rumah untuk bergambar dalam bilik tidur pulak.. kalau buat kenduri kat kampung, memang selalu akan ada acara bergambar atas katil.. tapi, takde la macam gambar Che Ta ngan Zain tu..hihihi..

Bilik pengantin, dekorasi idea aku.. tapi, kami adik beradik gotong royong buat.. kan dah jimat.. tak payah sewa kat butik.. kalau buat sendiri, sampai dah beranak pinak pun still kat situ kalau kita tak ubah, kan?

tempat lilin dan tempat tisu beli kat IKEA.. Frame gambar kat kedai 5 ringgit... Nasib baik sempat jugak la cuci sekeping gambar belah perempuan...

Ni la bilik yang kami adik beradik gotong royong.. simple jer.... sepatutnya tempat sejadah tu kat belakang pintu, sapa pulak la ubah ke situ.. dah masuk sekali dalam gambar pulak..
 Habis bergambar dalam bilik, pengantin keluar balik sebab katering dah ubah meja makan beradap dan buat pelamin untuk bergambar....


Bersama Keluarga Pengantin Perempuan..

With Family Aku n Makjang.. Family yang lain2 semua tak tau pg mana...
Dah settle semua, pengantin pg OutDoor pulak..mula2 ingat nak ikut tapi tak jadi sebab kenduri kat rumah aku ni kalau ikutkan sampai pukul 6...tapi dah biasa sampai malam pun masih ada orang yang datang...aku kena la tolong mak aku apa yang patut...

OutDoor kat Sawah Padi..

Kat Politeknik Seberang Perai... Sebenarnya, Angah ngan Ida ni, dua-dua pernah belajar kat sini.. Ida ambik Akaun, angah pulak Kejuruteraan Elektrik.. masa belajar kat sini diaorang tak pernah jumpa... last-last jumpa dan jatuh cinta kat KL... tu yg diaorang nak buat outdoor kat sini..kenangan katanya...

Untuk Angah dengan Ida... Semoga Berbahagia dan berkekalan hingga Jannah... Ada anak nanti, jangan lupa bagi along jadi mak angkat diaorang tau... Sayang korang berdua.. Muah..

1 comment:

  1. TQ Along..luv u 2..from us ~angah & ida~ :)

    ReplyDelete