9.5.14

Pembersih Peribadi Wanita jenama Safi

9.5.14,Friday, May 09, 2014
Korang pernah tak rasa kurang selesa bila period? ye la.. bila kita period kan.. mesti ada bau-bau yang kurang enak kan? selain daripada kita pakai Tuala Wanita Whisper Cottony Clean yang wangi tu.... kita kena jugak jaga miss V kita ni dengan Pembersih Peribadi Wanita.. :)

Ha.. meh sini aku nak cerita... hari tu, aku pergi Watson.. nampak Pembersih Peribadi Wanita jenama Safi ni... aku tak pernah try PPW jenama ni.. sebelum ni aku ada pakai satu jenama yang agak terkenal jugak la.. tapi... macam x berapa serasi jer... So, aku pun decide la nak tukar yang lain.. tu yang jumpa dengan PPW jenama Safi ni... Memula nampak macam.. Eh, nak try yang ni la.... So, aku pun terus beli.. kalau tak silap harganya dalam RM12.90 jer.. 


Ekstrak Manjakani..
PPW ni ada 3 jenis... Dengan Ekstrak Manjakani, Kacip Fatimah dengan Aloe Vera... aku pilih Dengan Ekstrak Manjakani.. adik aku pulak Dengan Ekstrak Aloe Vera....

Manjakani
 Dirumus khas dengan Ekstrak Manjakani untuk membersih secara lembut dan memelihara bahagian intim anda sambil mengetatkannya, juga membuatkan anda berasa segar, bersih dan sihat. Formulasi tanpa sabun dengan pH3.5 mengekalkan tahap pH seimbang bahagian intim dengan membersih secara lembut tanpa mengeringkannya.Sangat lembut untuk kegunaan harian, selesa sepanjang masa.

Kacip Fatimah
 Dirumus khas dengan Ekstrak Kacip Fatimah untuk membersih secara lembut, memelihara bahagian intim dan mengeratkan kesejahteraan keintiman. Formulasi tanpa sabun dengan pH3.5 mengekalkan pH seimbang bahagian intim dengan membersih secara lembut tanpa mengeringkannya.
Sesuai untuk kegunaan harian, selesa sepanjang masa.

Aloe Vera
Dirumus khas dengan Ekstrak Aloe Vera untuk membersih secara lembut dan nyaman bahagian intim disamping meningkatkan tahap keselesaannya, membuatkan anda berasa segar, bersih dan sihat. Formulasi tanpa sabun dengan pH3.5 mengekalkan pH seimbang bahagian intim dengan membersih secara lembut tanpa mengeringkannya.
Sesuai untuk kulit sensitif dan lembut untuk kegunaan harian.


Cantik packaging PPW Safi ni.. i like..
Cara nak guna pun senang jer...

pastikan tangan bersih.. basahkan tangan dan ..Picitkan ke tapak tangan...

Tengok.. kan dah keluar.. dia bukan cecair tau.. tapi buih... pastu cuci la kat Miss V anda..... 

Pastu bole pergi kerja dengan rasa confident dan happy ...
Bila dah cuba.. terus aku jatuh cinta dengan produk ni... rasa bersih dan selesa jer.. bau pun wangi...

Teringin nak cuba? ala.. bukan susah pun nak cari produk ni... semua tempat ada.. even kedai runcit Muthu sebelah rumah pun ada.. hihihi... Senang kan? Jom ramai-ramai pakat cuba...

1 comment:

  1. haritu masa g watson ada nampak brand safi ni gak. tp was was nk beli ke tak. lepas baca review ni excited pulak nak cuba! hehe. tq~

    ReplyDelete