20.6.14

Diana Danielle cemburu kat Nora Danish?

20.6.14,Friday, June 20, 2014


Diana Danielle meluahkan rasa CEMBURU dengan Nora  Danish - Terkejut juga kami membaca kenyataan terbaru Diana Danielle yang ditulis melalui Instagram beliau malam ini. 
Ada nada kurang berpuas hati dengan satu tindakan Nora Danish memuat naik gambar untuk promosi filem terbaru Pengantin Malam.
Menerusi nota dalam Instagram itu, Diana Danielle mempersoal kenapa dalam banyak banyak gambar untuk promosi filem tersebut yang ada tetapi gambar Nora Danish memegang tangan suaminya, Farid Kamil yang dimuat naik ke laman sosial.
“Banyak lagi gambar yang lebih elok boleh di’upload untuk promosi filem kamu, gambar pegang tangan suami saya juga nak dikongsi. Oh faham, mungkin itu akan membuat orang teruja untuk tengok filem kamu. Hati of hati, sabarlah,” luah Diana Danielle.
kredit: sini
Pendapat aku: 
Diana tu pelakon.. bukan tak biasa benda-benda macam ni... Memang la tu hak Diana sebagai isteri.. tapi Farid tu pelakon jugak.. kan dah biasa pegang2 camtu.. kalau tak nak pegang.. tak payah jadi pelakon.. berenti jer.. senang... Tapi... pelakon kita ni pun satu.. sikit2 nak pegang... mungkin juga publisiti dan kontroversi kena ada untuk sesuatu filem untuk lariskan lagi filem tu...Ntah la.. aku tak sokong sapa2 dalam hal ni.. masing2 dah besar..masing2 dah matang...tak payah cipta kontroversi.. dunia filem kita ni kecik jer..pusing-pusing jumpa muka yang sama gak nanti..tak payah la nak update rasa cemburu tu kat laman sosial.. suami balik rumah, bincang je dari hati ke hati.. lagi senang.. FULL STOP!

No comments:

Post a Comment