23.6.14

Makan-makan di Restoran Murni Bandar Sri Permaisuri

23.6.14,Monday, June 23, 2014
Korang pernah dengar nama Restoran Murni? Membe aku kata kat sini famous dengan Mee Raja... Hari tu, aku tengok kat blog Eida.. Dia ada tulis tentang makanan kat sana.. nampak sedap jer.. Teringin gak nak cuba... Kedai ni dekat giler kut dengan rumah aku... tapi, tak pernah aku singgah...

Bila dah asyik dok lalu jer..pastu, tgk kalau malam..ramai giler orang kat situ...mesti la aku tertarik..tambah-tambah pulak bila baca review dari Eida.. lagi la aku rasa nak try...

First time aku try masa aku balik dari Yoga bersama Whisper..  lepas senaman kan lapar... otw adik ipar aku nak hantar aku balik.. aku ajak la dia makan kat situ..masa tu aku order Chicken Chop n adik Ipar aku order Spagethi Carbonara.. not bad.. sedap jugak la...

So, semalam hubby nak blanja aku n adik-adik aku makan kat luar.. dia srh decide nak makan kat mana.. tetiba, aku teringat yang hubby blom pernah makan kat situ... terus aku ajak hubby makan situ... Ya Ampun.. sampai je sana... punyala ramai orang..padahal masa tu dah pukul 10 malam...mula-mula ingat nak duduk kat bawah pokok... free air.. tapi, meja semua penuh...terpaksa menunggu lama gak la utk dapat meja..last2 adik aku masuk cari dalam kedai..nasib baik dapat...x pe la.. dalam kedai pun dalam kedai la... janji dapat makan...

Aku order 3 layer Tea, hubby order Barli Ais, Achik order Pink Panther dan Adik order I Miss u... Unik kan nama air kat sini...rasa pun sedap..




Untuk makanan pulak.. aku order Roti Hawai..malas nak makan nasi sebab dah lewat.. sedap.. ala-ala murtabak.. tapi ada daging cincang, hotdog dan cheese... Acik order Nasi Goreng Ayam Pandan...mula2 sampai tgk nasi dia macam x menarik.. tapi bila dah makan.. sedap jugak.. ayam pandan dia yang paling best... Adik pulak order Lamb Chop.. dia mmg penggemar kambing... Lamb Chop kat sini mmg sedap..daging lembut dan tak bau kambing....Dalam banyak2 order ni..paling kesian kat hubby.. sebab dia order Nasi Putih, TomYam dan Telur Dadar... Lambat sangat sampai... kitaorang dah habis makan baru sampai.. redha je la.. order dari Thailand kut.. sebab tu la lambat... hihihi..

Roti Hawai

Lamb Chop

Nasi Goreng Ayam Pandan

TomYam Campur
Banyak jugak kan yang kami makan... nak tau harga? jap ek... cuba tgk kat bawah ni..


Okla untuk makan 4 orang... Berbaloi sebab portion kat sini pun besar... lain kali aku nak datang makan lagi kat sini.. kali ni nak try yang lain pulak.. nak ambik western...

Untuk tahu detail tentang Restoran Murni ni bolehla masuk Facebook Restoran Murni...


No comments:

Post a Comment