4.6.14

Projek Iqra' : shopping Raya 2014

4.6.14,Wednesday, June 04, 2014

Tadi aku jalan-jalan blog Peeja.. Nampak Projek Iqra' 2014 ni....  projek ni adalah projek amal bersama anak yatim.. projek membeli baju raya...  nak tau detail? ha.. meh sini aku share citer sikit..

Shopping Raya adalah acara tahunan yang dilaksanakan bagi memberi peluang kepada orang ramai menyumbang untuk  membeli persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk anak anak yatim , fakir miskin dan asnaf dibawah jagaan rumah kebajikan yang menyertai.
Shopping Raya 2014 adalah kesinambungan projek yang telah berlangsung selama 4 tahun, ini menjadikan Shopping Raya adalah satu aktiviti wajib bagi PROJEK IQRA.

Aktiviti ini adalah bertujuan untuk membawa anak-anak yatim bersama-sama dengan para sukarelawan pergi membeli belah pakaian sempena sambutan Syawal Eidul Fitri.
Selain memberi anak-anak yatim ini merasai kemeriahan membeli persiapan berhari raya, program ini membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti kerja amal.

Bermula dengan sebuah rumah pada tahun 2010 dan 2011, 2 buah rumah anak yatim pada tahun 2012 dan 6 rumah anak yatim pada 2013, PROJEK IQRA’ merancang memperluaskan kepada 7 rumah anak yatim bagi 7 buah negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Kedah, Johor, Pahang dan Pulau Pinang untk 2014.

Senarai Pertubuhan Anak-Anak Yatim yang menyertai Shopping Raya 2014:
a)    Pertubuhan Asuhan dan Didikan Anak Yatim Daerah Sik (ADIK/ Rumah GEMILANG)
b)    Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi, Kuala Lumpur
c)    Pertubuhan Kebajikan Dan Bimbingan At Taqwa
d)    Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak
e)    Sebuah rumah anak yatim di Penang (akan dimaklumkan)
f)     Sebuah rumah anak yatim di Johor (akan dimaklumkan)
g)     Sebuah rumah anak yatim di Pahang (akan dimaklumkan)


kalau tak dapat nak sumbangkan wang ringgit, jangan risau.. sebab korang jugak boleh sumbangkan tenaga dengan menjadi sukarelawan...
kalau nak tau lebih detail tentang projek ni, bole masuk Blog Peeja.. kat sana lebih detail..

p/s: harap sangat projek ni mendapat sambutan.. Amin...

No comments:

Post a Comment