4.7.14

Felixia Yeap @ Raisha Rania, Selamat Menjadi Saudara Baru

4.7.14,Friday, July 04, 2014

Semalam bersamaan dengan 5 Ramadan dan hari kelahiran beliau, Felixia Yeap telah selamat memeluk Islam.. Alhamdulillah.. Bertambah lagi saudara Islam kita..

Kat mana dan apa nama baru Felixia?.. Ha.. Baca sini..

Raisha Rania. Cantik nama itu. Berdasarkan pemeriksaan sebentar tadi, Raisha membawa maksud “pemimpin raja“, sementara Rania pula membawa maksud ‘mempersona‘. Kiranya gabungan nama Islam Felixia Yeap ini membawa maksud ‘pemimpin yang mempersona‘. Cantik. Sesuai dengan orangnya. Panggil Raisha pun sedap didengar, panggil Rania pun best jugak.
Seperti yang kita sedia maklum, Felixia Yeap telah pun selamat memeluk agama Islam semalam. Bertempat di sebuah masjid di TTDI, Felixia telah mengucap dua kalimah syahadah kira-kira jam 6.30 petang dengan ditemani oleh ahli keluarga dan rakan-rakan. Tiada media yang hadir kerana Felixia enggan mendapat liputan di hari penuh bersejarahnya itu.
Selamat datang diucapkan kepada Raisha Rania/Felixia Yeap. Selamat menikmati keindahan menjadi seorang muslimah. Jangan pedulikan kata-kata negatif orang ramai. Anda tahu pilihan ini adalah yang tepat. Selamat berpuasa sebagai seorang Muslimah buat pertama kali juga diucapkan kepada Felixia Yeap.


kredit : Beautifulnara

Semalam aku baca Blog Felixia... Sedih jugak la baca... harap Felixia Istiqamah dan lebih tenang selepas ini. Cuma satu jer, aku harap sangat Felixia @ Raisha Rania tukar header blog dia.. sebab gambar kat header tu still gambar seksi..

Selamat Datang Saudara Baruku..

4 comments:

  1. yup betul header blog tu dah nak kena tukar dah tu... selamat menjadi saudara baru dan semoga terus istiqomah...

    ReplyDelete
  2. semalam ada baca juga blog felixia..header masih gambar seksi..
    sayu baca luahan hati dia dan hasil tulisannya sangat baik..

    ReplyDelete
  3. Bertambah seorang lg umat Nabi...Aamiin..Semoga dia terus istiqomah

    ReplyDelete