14.7.14

Percutian 2 Hari 1 Malam di Morib

14.7.14,Monday, July 14, 2014
Alhamdulillah... Masa besday hubby hari tu..Dia tak nak hadiah.. dia cuma nak aku sponsor gi bercuti sambil rehatkan fikiran..tapi, nak percutian yang dekat dan tempat yang dia tak pernah menginap lagi... sebab dia kata, sekarang ni kerja dia makin banyak dan stress...tak bole nak cuti lama-lama.. OK, Fine.. lagi senang kerja aku.. tak payah aku dok fikir nak beli apa kat dia.. Maka, aku sebagai isteri yang menurut perintah, terus buat percutian 2 hari 1 malam ni... Mula-mula aku plan nak pergi Melaka atau PD, tapi hubby tak nak sebab dia dah selalu pergi..boring katanya.. Cari punya cari.. aku pun suggest la Morib.. Hubby kata ok sebab dekat jer dengan KL.. tak jauh sangat...  Bila hubby dah kata ok..aku pun terus cari tempat nak menginap... mula2 ingat nak duduk kat Gold Coast Morib Resort... tapi, tak jadi sebab ingat nak bawak family aku join sekali.. aku pun cari la tempat yang bole BBQ bagai.. tapi, last-last family aku tak dapat join sebab ada hal lain... takpe la.. chalet pun dah tempah.. aku pergi je la berdua ngan hubby..

Kami gerak dari KL lewat sikit.. dalam pukul 11 lebih macam tu... Sampai sana blom pukul 2.. tak dapat la nak check in lagi.. so, kami pun jalan-jalan la dulu kat Pantai Morib...


Kat sini, ada satu gerai ni jual Takoyaki.. aku beli 2 bekas perisa sotong.. sedap.. berbaloi la beli sebab besar.. 4 ketul RM 5 kalau tak salah aku..

Hubby pulak lapar, dia makan nasi ayam.. aku cuma minum cendol  ngan makan Tako jer... kat sini cendol dia macam lain sikit sebab x guna santan.. tapi guna susu cair.. rasa ok, cuma kurang manis jer...


Hubby pulak order air Coke.. comel jer botol coke ni.. dah lama rasanya tak dapat air bergas dalam botol kaca macam ni..


 Habis makan..ingat nak tapau makanan sikit untuk kudap-kudap dalam bilik.... Orang kata kalau dah datang Morib, wajib try Sotong Bakar Morib.. apa lagi.. Jom la kita try...


Selain dari Sotong Bakar, kat sini jugak ada Tauhu Bakar...


Aku beli Sotong Bakar 1 bekas (RM 10.00) ngan Tauhu Bakar (RM 5.00)..


Pastu, kami pun jalan2 n bergambar dulu kat situ... Kat Morib ni Pantai dia tak cantik.. Kalau nak mandi, memang tak digalakkan la..

Tapi, kat sini memang meriah.. ada banyak kedai jual macam-macam.. ada baju, kraftangan, makanan.. pendek kata.. tak boring la jalan kat sini...


Hari kami sampai kat sana.. ada perlawanan Bola Sepak Pantai..meriah gak la kat situ.. 



Ada jugak orang main kereta kecik ni.. orang panggil apa ek? Kereta Tamiya ke? hihihi...



Dah penat jalan-jalan dan posing kat situ..kami pun gerak ke Chalet.. Nak tau kat mana kami menginap? Ha.. yang tu next entry aku citer yer...

Dah check in.. rehat-rehat.. makan-makan.. dan tido-tido... kami pun jalan-jalan kat Pantai.. Dekat jer Pantai ngan Chalet cuma pantai dia agak kotor la... xde apa pun yang bole dibuat kat situ..kejap jer kitaorang kat situ...


Aku ambik gambar guna monopod... hubby pulak curi-curi ambik gambar aku..hihihi...


Buat ucapan untuk hubby....


Tara.. siap ada tapak kaki aku ngan hubby... Cer teka yang mana satu tapak kaki aku? :)

Pastu.. balik bilik.. mandi, solat dan siap-siap nak pergi Dinner plak... Aku tanya guard kat Chalet kat mana nak makan ikan bakar sedap.. dia kata jauh sikit dari situ... erm..malas la nak pergi jauh2..kami pun makan kat area Pantai Morib tu jugak..

Memula ok kat situ.. Rasa romantik.. duduk tepi pantai..cahaya lampu samar-samar siap ada orang basking lagi.. Tapi kan..bila time nak order.. dah la order Ikan bakar kedai lain, air kedai lain, nasi putih n lauk pauk panas kedai lain.. kat situ dah spoil sebab bila dah order ikan.. kena tunggu orang lain pulak ambik order yang lain.. last-last..ikan dah lama sampai..nasi tak jugak sampai... Dah la aku order lain hantar lain.. order untuk sorang dia buat 2 orang..pastu, makanan pulak tak sedap.. nasib baik ikan bakar ngan jus buah sedap.. terubat jugak la bengang aku ni.. kalau ikutkan aku nak jer komplen..tapi, hubby tak bagi..dia kata tempat orang..jangan nak buat hal..OK, Fine... aku sempat beli kepak ayam madu..nasib baik sedap.. buat bekalan makan dalam bilik nanti..

Sebelum balik, aku ajak hubby gi jalan-jalan dulu.. sempat la snap gambar kat depan Gold Coast Morib ni.. InsyaAllah, nanti kalau datang aku nak duduk sini pulak...


Esoknya, dalam pukul 11 pagi.. kami pun siap-siap nak check out..




Ok la.. percutian singkat jer pun... walaupun ada pengalaman tak best.. takpe la..janji aku dapat gembirakan hubby.. Maybe pasni, kena pilih tempat yang betul-betul best.. baru la tak rasa frust sangat...

2 comments:

  1. wahh bestnyaa x pernah rasa tokayaki... dah lme gak x bercuti huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sheda... k.eyza selalu kalau teringin nak makan Takoyaki, akak cari je kat AEON @ Jaya Jusco.. sedap jugak..

      Delete