24.7.14

Shopping di Jalan TAR

24.7.14,Thursday, July 24, 2014

Sekejap jer rasanya Ramadan dah nak tinggalkan kita.. cuma tinggal lebih kurang 3 hari lagi kita dah nak sambut Raya...Alhamdulillah... tapi dalam masa yang sama agak sedih sebab terpaksa berpisah dengan Ramadan.. tapi, nak buat macam mana.. Syawal pulak yang nak ambik alih.. :)

Macam entry aku yang ni.. aku balik Umah FIL tahun ni.. Orang lain semua dah gerak balik kampung.. aku jer dok steady lagi kerja... Hari Sabtu baru aku ngan hubby nak gi shopping kat Sogo.. harap-harap la KL dah lengang sikit masa tu...

Ni aku nak citer pasal semalam.. Semalam kan.. Aku, Achik ngan adik ipar aku, Ida pergi shopping kat Jalan TAR.. Disebabkan opis aku ngan Jalan TAR tu dekat jer.. kami decide nak gerak lepas opis.. aku tinggal kereta kat opis, pergi naik keta Ida jer.. senang.. 1 keta sudah.. tak payah nak bawak sorang satu...

Kuar jer kat depan Dataran dah start jammed.. Adoi.. ingatkan kitaorang jer nak shopping pas kerja..hihihi.. lama gak la sangkut jammed.. kami parking kat Semua House jer.. senang...

Meriah betul Jalan TAR kalau dekat-dekat nak raya ni..barang pun banyak dah turun harga..malam raya nanti mesti murah lagi..Mula-mula sampai..jalan-jalan dulu..cuci mata.. survey apa yang patut.. pastu gi cop tempat dulu kat kedai makan sebelah Mydin tu.. Masa tu dah dekat pukul 7..memang sedang elok la.. nasib baik kami dapat tempat sebab ramai jugak la yang terpaksa berbuka berdiri sebab tempat makan dah penuh...

Alhamdulillah.. selesai berbuka, baru la ada tenaga nak tawaf satu Jalan TAR ni..masa ni orang masih tak berapa ramai.. selesa lagi la nak beli barang... Macam-macam yang kami beli.. beratus gak la sorang habis.. tu baru kat Jalan TAR.. semua rasa nak beli.. tudung banyak yang cantik-cantik..rambang mata tengoknya.. Makin malam, makin ramai orang.. sesak nafas dibuatnya.. rasa nak pitam..berhimpit-himpit.. aku risau kat Ida jer..diakan tengah pregnant.. takut gak la kalau orang langgar dia ke apa.. Masa tengah jalan tu, nampak Norfa, tak sempat borak sangat pun.. orang dah makin ramai.. sampai ada yang tolak-tolak.. kalau ikutkan, ada lagi barang yang aku nak beli.. tapi, sebab aku dah rimas dan lemas..kitaorang pun gerak balik jer la..

Masa sampai kat Semua House, aku dah cuak gak.. Dah tutup..Adoi..macam mana nak ambik kereta ni.. tanya guard kat situ.. nasib baik kalau untuk parking, bole masuk dalam Semua House.. dan.. masa nak pergi parking tu... tetiba jer.. KAKI AKU CRAMP atau kalau orang Penang kata TARIK MENGKARUNG.. Adoi.. terus aku tak boleh jalan... lama gak la dok bertapa tepi jalan tu.. lama-lama aku gagahkan jugak diri untuk jalan... Kesian Ida..mula-mula aku cakap kat dia, aku nak drive..tapi, bila jadi macam tu..terpaksa la dia drive jugak... Time-time orang nak shopping raya ni, parking kat sana memang mencekik sikit.. kitaorang kena bayar parking RM 13.00. Mahal benau.

Sampai jer kat area Maluri.. alamak jalan pulak jammed.. semua orang pakat parking tepi jalan sebab nak pergi shopping kat Downtown.. aku rasa dekat sejam gak la kami terkandas jammed tu..padahal umah aku dah dekat sangat kat Downtown.. kesian lagi kat Mak Buyung tu... dahla keta manual..sakit kaki dia..

Sampai jer rumah, tengok hubby dah tido..kesian dia.. Bini dia asyik dok shopping sangat.. sampai balik lewat..nasib baik hubby faham.. hihihi...

Notakaki : Sepanjang aku Jalan TAR, aku tengok makin ramai pulak peminta sedekah yang suka letak Yasin kat tangan tu... Tengok muka macam Myanmar.. ramai kut.. kalau bagi sorang..selang 10 ke 15 minit.. datang pulak yang lain..parah la macam tu.. dah la kalau kita dah pegang Yasin tu, kena bayar.. Aku tengok ada sorang brader ni kesian gak la.. Dia dah bagi duit kat budak tu, pastu budak tu siap mintak lagi.. Takkan la 1 Yasin kecik tu 10 hinggit... ada jugak yang aku tengok, diaorang pakai sari, nampak perut..pastu pakai tudung dok mintak sedekah..tak tau la memang Islam, atau Bulan puasa ni aje yang mengaku Islam... kalau tak silap aku, tahun lepas pun dah ada yang kena tangkap pasal berpura-pura jadi Islam bulan Ramadan untuk minta sedekah.. tahun ni makin ramai plak..siap pergi kat setiap orang.. bila aku tak bagi, dia bole sepak kerusi kat meja makan tu.. Adoi.. dah rasa macam, aku kat negara dia ke dia kat negara aku ni?... Aku kalau nak bagi, aku tengok jugak..kalau orang tu memang cacat aku bagi..tapi, kalau badan sihat walafiat..memang tak la..sendiri mau ingat la..

4 comments:

  1. akak pun malam tadi ke Jalan TAR..parking rm15 per entry..fuhh..punya la ramai orng even masa tu dah 1.30am..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan.. dah la parking mahal.. makin malam makin ramai orang la kak.. sesak napas bila ramai2 camtu..

      Delete
  2. ermm belum ade kesempatan nak ke sini lagi.. tunggu malam ni ke malam esok ke kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Lily.. yang best sebab murah..yang tak best.. sesak sangat.. kalau nk pergi, jangan pergi lewat sangat sebab makin lewat makin ramai.. tapi, tak tau la kut2 ramai yang dah balik kg.. eyza pun esok baru nak gi shopping kat SOGO.harap2 takde la ramai sangat.

      Delete