13.8.14

Pelawak Veteran Maidin Ibrahim Meninggal Dunia

13.8.14,Wednesday, August 13, 2014

ALOR SETAR: Pelawak veteran, Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Kampung Pokok Tai, Gurun, jam 2 petang tadi. Allahyarham yang juga dikenali sebagai Pak Tam atau mesra dipanggil Mamu,meninggalkan seorang isteri, Habira Ibrahim dan lima anak serta tiga orang cucu. Maidin yang dilahirkan di Pokok Keras,Bagan Lalang, Butterworth, mula menceburi bidang seni sejak 1950 bersama kumpulan boria di kampungnya.

Sebenarnya. arwah Maidin ni kira sedara gak la ngan aku.. Raya hari tu baru ayah aku dok sebut-sebut pasal dah lama tak jumpa arwah.. Ayah aku tak dapat jumpa sebab arwah tak balik Butterworth masa raya tu.. dia raya kat Kedah kalau tak silap aku.. tu yang ayah aku tak dapat jumpa... Kiranya ayah aku ngan maidin ni kawan dari bujang dulu lagi.. lagipun diaorang ni sekampung.. aku kalau balik kampung selalu gak la lalu depan rumah dia.. tapi asal aku lalu jer, dia xde..shooting kat KL..Tak ada rezeki ayah aku nak jumpa dengan arwah.. Allah lebih sayangkan dia.. Marilah kita semua sama-sama doakan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Amin..

Sumber : Berita Harian

2 comments: