15.8.14

Sambutan Hari Raya Bahagian Farmasi, JKWPKL&P yang ohsem!

15.8.14,Friday, August 15, 2014
Semua orang dah update citer raya.. aku jer takde citer raya... sebab.. aku tak gi beraya pun.. duduk kat rumah jer .... mak mertua aku tak sihat.. tak pergi beraya mana-mana pun.. baju raya pun aku tak pakai masa pagi raya ..so, takde la gambar raya aku... Sob..sob..sob.. sedih tau..

Tapi kan.. nasib baik kesedihan aku terubat bila opis aku buat open houseopis.. dapat gak la aku nak rasa suasana raya ramai2 n meriah ni..Kesian aku kan? hahaha..

Aku paling suka kalau opis buat sambutan macam ni..meriah..dan paling penting, takyah kerja..walaupun separuh hari..hahaha..dasar ngelat kan?

Dah kata sambutan raya..mesti la tema pun baju raya kan? Aku pakai baju yang ada jer... recycle balik baju sebab hari tu aku dah pakai pergi raya umah sedara ayah aku.. kira tak baru la sangat..dah pakai 2 kali..


 Ni la bajunya...kita selfie dulu..

Kami mula majlis pukul 11 pagi.. sebelum tu, ada Mesyuarat Pagi dulu... Banyak la isu berbangkit..Nasib baik la Meeting kali ni aku tak kena hentam.. kalau tak, habis mood nak beraya....hahaha... Dah habis meeting, kami pun gerak ke Bilik Seminar.. Yeay.. makan time.. tapi sebelum tu.. macam biasa la..kita bergambar dulu..



Aku, Maira, Syida dan Azie..


Tengah-tengah selfie.. tetiba tengok, terselit pulak kumbang kat situ...

 Aku ngan Maira.. kat opis jiran.. kat rumah pun jiran.. pusing-pusing tang tu jugak..


 Kali ni kami tak guna set karaoke.. terus je guna Band.. Diaorang ni semua team Farmasi..memang terbaik la...



Pengacara Majlis.. sedondon warna purple.. memang ceria la  diaorang ni..


Ucapan dari TPKN Farmasi


Majlis ni jugak sempena dengan pertukaran Penolong Pegawai Farmasi (yang baju hijau dalam gambar atas ni) kat tempat aku..dia dapat tukar ke Hospital Kuala Lipis... sedih plak time ni..nanti dah kurang sorang ahli band farmasi..

 Selain dari Majlis Perpisahan, kami jugak raikan Hari Lahir untuk mereka-mereka yang lahir Bulan Mei, Jun, Julai dan Ogos... Ramai sangat sampai ada yang tak masuk dalam gambar...


Ni la cenderahati untuk Birthday Gurl'z n Boy'z.. Fridge Magnet..

Lepas dah potong kek semua bagai.. tiba la masa untuk makan... Aku awai-awai ambik sate dulu.. sedap sangat.. beli kat Selayang..memang tiap-tiap tahun pun kami beli sate kat situ..


Hari tu kan.. aku ada la cakap yang aku nak makan ketupat palas..ye la, kalau raya kat penang..memang sah-sah la ada..tapi, sebab tahun ni aku raya kat Sarawak.. x de.. cuma ada lemang jer.. Tapi kan.. nasib baik.. untuk jamuan kali ni ada ketupat palas.. terubat sikit rindu aku nak makan ketupat palas mak aku..

Korang cuba tengok betul-betul gambar kat atas tu.. korang rasa-rasa aku tengah buat apa? Hahaha..yang ni lawak..membe aku ajak gi nyanyi.. mula-mula aku malu-malu..pastu, ntah macam mana aku bole ikut diaorang nyanyi sekali.. Menggigil-gigil tangan aku pegang microphone.. tak pernah-pernah aku menyanyi depan orang ramai-ramai camtu.. selalu nyanyi kat karaoke jer.. tu pun ngan membe rapat atau family jer.. Dah habis nyanyi, aku siap fikir.. Ya Allah.. malunya..apa yang aku buat ni..hahaha..























Walau apapun.. sambutan ni tetap meriah...kenyang betul makan... Harap-harap tahun depan lebih meriahla yer.. :)




8 comments:

  1. Cantik baju akk.. tergoda sekejap.. heheh meriah sungguh sambutan hari raya kat opis akk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simple jer baju tu Aina.. Sebenarnya akak nak beli kaler lain.. tapi sebab itu je yang tinggal..ambik je la.. :)

      Delete
  2. Seronoknya bila ada makan2 macam ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Kakcik.. dapat escape jap dari kerja..hahahah..

      Delete
  3. yerlaaa cantik baju awakk... jeless plak hehehe

    bestnya da makan2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi.. tq.. simple jer..nnt eyza review yer kat mana beli..

      Delete
  4. cantiknya baju ohoiiii !!! ehh nampak sate.. ah sedappp lapaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. baju jer cantik? orangnya? hahaha.. sedap sate tu eida.. secucuk 60 sen jer.. beli kat selayang.. tetiba rasa mcm nak makn sate jugakkk..

      Delete