19.9.14

20 fakta tentang aku!

19.9.14,Friday, September 19, 2014
Ramai Blogger dok buat Cabaran 30 hari.. Mula-mula aku pun nak buat gak.. tapi, mengenangkan takut ada penyakit "M" datang.. dan aku tak terbuat.. aku pun tukar la.. aku ambik yang senang-senang jer... hihihi.. So, aku pun pilih la nak buat '20 fakta tentang Eyzamiel'.. Suka hati ko je eyza nak pilih-pilih..hihihi..

Ok, 20 Fakta tentang aku.. Erm.. apa ek..


1. Anak sulung dari 5 orang adik beradik satu mak satu bapak. Ada sorang kakak... lain mak sebab ayah aku duda anak sorang masa kawen ngan mak aku.. diaorang kawen pilihan keluarga, tapi kekal bahagia sampai sekarang.. harap-harap aku pun mcm tu jugak..kekal hingga Jannah.. Amin..

2. Dah 12 tahun 11 bulan 2 minggu 5 hari aku bercinta ngan hubby dan  7 tahun 1 bulan 4 minggu 2 hari kami menjadi kekasih yang halal.. Syok o.. Boleh pegang-pegang dan dating-dating tanpa batasan bila dah halal ni.. :)

3. Lahir di Sungai Petani, Kedah.. Membesar dan bersekolah di Butterworth, Pulau Pinang.. dapat plak jodoh orang Sarawak  dan sekarang menetap di KL.

4. Pernah bercinta dengan lelaki Iban, Sarawak.. tapi tak ada jodoh.. putus.. dan jumpa pulak dengan lelaki Melayu Sarawak..Kahwin.. Memang dah ditakdirkan utk kawen ngan orang Sarawak gak.. ;)

5. Badan aku start 'mencomel' masa aku darjah 3.. lepas tu masa tingkatan 3 sampai kolej.. kurus jap (tapi xde la kurus sangat, chubby sikit).. dan sekarang.. aku kembali menternak lemak di Badan gara-gara banyak telan ubat kesuburan dan hubby asyik suruh makan jer.. erk..hubby plak yang salah..

6. Dah lebih 7 tahun aku TTC (Trying to Conceive) .. sampai sekarang blom ada rezeki nak ada anak sendiri.. InsyaAllah.. Satu hari nanti akan sampai jugak rezeki aku.. Amin.

7. Baru sebulan jadi maklong sebab dapat anak buah (anak adik aku) dan Bulan 1 ni dapat lagi sorang..Bestnya..dapat gak aku tumpang kasih sayang diaorang..

8. Masa zaman sekolah dulu, suka sangat ngan kumpulan RAP Nico sebab minat kat Dino.


9.  Selain dari kumpulan Nico.. aku suka sangat kalau sambil study sambil dengar lagu jiwang-jiwang dari kumpulan Exist, Budak Kaca Mata, Spoon, Ukay's , Spring dan Slam. Tangkap leleh tu.. nak-nak kalau time tu tengah gaduh ngan pakwe.. bole nangis dengar lagu2 syahdu macam tu..hahahah.. lawak jer time tu..

10. Sekolah yang mengajar aku menjadi 'orang' - Sekolah Kebangsaan Sungai Puyu dan Sekolah Menengah Kebangsaan St. Mark, Butterworth.

11. Masa zaman aku dulu, orang tua-tua tak berapa 'open minded'.. bagi diaorang, kalau sekolah kat sekolah Inggeris, nanti jadi Kristian.. Tapi, aku memang tabik la ngan mak aku.. dia tak kisah apa yang orang nak kata.. dia tetap gak suruh aku blajar kat situ.. walaupun masa tu cuma ada 10 orang je budak melayu yang daftar sama ngan aku.. 4 perempuan, 6 lelaki... Sekarang ni dah ramai dah budak melayu kat sekolah ST. Mark tu.

12. Walaupun aku bersekolah kat sekolah Inggeris, bila pelajaran Agama Islam aku selalu skor.. tiap kali periksa markah aku paling tinggi.. PMR aku dapat A.. pastu SPM dapat A1.. Alhamdulillah..

13. Masa aku tingkatan 1, aku gi sekolah tak pakai tudung.. ada akak senior kat sekolah aku tu.. akan datang awal tiap2 hari untuk buat tocang kat aku.. sekarang ni kami dua-dua dah bertudung.. Alhamdulillah..

14. Masa sekolah aku memang aktif.. Walaupun budak melayu hanya minoriti kat sekolah ni.. tapi, kami tetap tak terpinggir.. aku satu-satunya Ketua Tingkatan berbangsa Melayu... tiga tahun berturut-turut plak tu (tingkatan 3,4 dan 5) dan aku pernah wakil sekolah untuk Perbahasan, Syarahan dan Debat.Kenangan paling manis bila kumpulan debat kami dapat jadi wakil daerah dan berdebat di Peringkat negeri.. kami dapat no. 3.. Ya Allah.. happy sangat time tu sebab aku satu-satunya anak melayu yang mewakili sekolah aku..

15. Masa sekolah dulu aku pernah gak couple ngan budak sekolah Tunas Bakti.. tapi tak lama sebab mak aku tak suka.. sekolah tu kan sekolah untuk bebudak bermasalah.. terpaksa la putus.. masa tu frust giler rasanya.. bagi alasan kat budak tu putus sebab nak tumpu pada PMR... padahal.. mak tak suka..kira cinta terhalang la masa tu.. 

16. Aku suka sangat dengan aktiviti seni.. dulu selalu gak masuk tarian atau lakonan kalau ada event sekolah atau event luar.. pernah menari kat shopping complex sebab ada karnival Tradisional.. sekarang dah tak aktif tarian.. menari pun dah keras..cuma aktif koir plak bila dah kerja gomen ni..

17. Genap jer 16 tahun terus gi ambik lesen motor sebab dah tak sabar nak bawak motor gi sekolah..pastu elok habis SPM terus ambik lesen kereta plak.. Hari kedua dapat lesen terus berani-berani bawak kereta, dan langgar kereta orang.. hahaha..

18. Suka pergi melancong.. tapi hubby cuma suka kalau tempat tu tepi laut.. tu yang kekadang kalau nak pergi tempat yang bukan ada pantai ngan laut.. suka pergi trip bujang ngan kawan2.. nasib baik hubby memahami..

19. Dapat kerja ngan gomen masa umur 23 tahun.. habis jer Diploma, susah sangat dapat kerja.. aku pun kerja la kat  kedai jual barang kecantikan berasaskan Aloe Vera.. aku la kerani..aku la perunding kecantikan kat situ.. blah dari situ sebab stress bila bos tak bayar gaji.. padahal gaji RM 600 jer masa tu.. bole plak dia mintak bayar ansur-ansur.. ish.. last2 blah sebab dapat kerja kat 'Lawyer Firm'..  masa ni mewah sebab gaji banyak la jugak.. kerja pun best.. tapi, terpaksa berenti sebab bila dapat gomen, mak aku suruh gi.. kalau ikutkan hati nak stay kat 'Lawyer Firm' tu jer.. masa memula masuk kerja gomen mmg duit x cukup jer sebab basik gaji masa tu cuma RM 656 berapa sen ntah dah lupa.. tapi, lama2 dah pandai bajet duit gaji.. baru la rasa bernafas sikit..

20. Suka membebel kalau bawak kereta.. ada jer orang bawak tak kena.. aku sorang jer yang betul kat jalanraya.. hahaha..

21. Sangat sayangkan family.. kalau ada orang yang sakitkan family aku, aku terus jer gi tanya.. apa yang orang tu tak puas hati.. takde nak simpan-simpan.. hahaha..

22. Agak Baran. Tapi sekarang ni dah kurang sebab hubby selalu tegur.. cuma bila kkdg ada yang tak puas hati jer baru baran tu datang balik..

23. Kalau balik Penang, mesti nak makan rojak tonggek.. ntah apa yang best sangat pun tak tau la.. maybe, ianya buat aku mengimbau kenangan lalu kut.. cewah..

Alamak.. seronok sangat dok citer tentang aku ni sampai tak sedar dah terlebih 3.. takpela yer..kira cincai la..

Ada sesapa lagi nak buat? Jom la.. reramai dedahkan 20 Fakta tentang diri sendiri yang kkdg kita sendiri pun tak sedar.. bila dah start menaip.. eh banyaknya nak tulis.. hahaha.. ok, bye..

6 comments:

  1. fakta yg jujur...akak doakan awak akan dikurniakan cahayamata soon..tp mmg kan mkn ubat kesuburan tu bdn naik..same as me..utk percubaan ank yg kedua memandangkan anak akak skrg dah pun 11 tahun lebih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Kak.. Amin.. Mudah2an doa akak termakbul..

      Betul kan kak? eyza ni dh banyak sgt makan ubat hormon.. badan mengembang bagai juara .. hihihi.. Eyza pun doakan agar akak pun berjaya dapat anak kedua.. :)

      Delete
  2. Ehhhh sama la husband akak pun Sarawakian jugak...=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. La.. ye ke? sama la plak kita ni.. eyza ingatkan husband akak orang Kedah gak.. Sarawak kat area mana? Husband eyza kat Kuching..

      Delete