25.9.14

ABC Shah Alam.. Mengiurkan..

25.9.14,Thursday, September 25, 2014
Kredit : Blog ni

Ha.. ada sesapa terliur tak tengok gambar ABC ni? Sedap tau.. aku suka sangat sangat makan ABC.. kena plak makan waktu panas.. Pergh.. heaven rasanya..

Setakat yang aku makan..ini la ABC terbaik kat KL/Selangor.. sebab apa aku cakap terbaik? sebab.. korang tengok la isipadu dia.. mampat.. siap ada kacang besar-besar, buah , wafer stick ngan coklat cair.. erm.. memang menggoda.. cair di mulut.. aku ni dah la penggemar coklat, ABC ni memang menepati selera dan citarasa aku..

Dulu, kedai ABC ni kat depan akuarium Shah Alam tu.. tapi, sekarang dah pindah.. masa kat sana harga RM 2.50 semangkuk.. sekarang kat tempat baru RM 3.50.. bagi aku berbaloi kita bayar 3 ringgit lebih untuk ABC yang best macam ni.. Besar..boleh kongsi 2 orang..


Hari tu masa ayah aku datang KL.. aku pun bawak la dia gi makan ABC ni.. tapi kan.. ABC ni dah tak cantik macam dulu.. Dia dah tak letak dalam cawan.. letak dalam tuppaware lutsinar tu.. setahu aku, sebelum ni kalau kita tapau baru dia akan letak kat dalam bekas tu.. tapi, kali ni aku order makan kat situ pun dalam bekas ni.. tak tau la, kalau memang dah tukar dalam tu atau masa aku pergi bekas dah habis langsung sebab orang terlampau ramai.. 

Pendapat aku la kan, aku lebih suka ABC dalam cawan tu berbanding bekas macam ni.. walaupun rasa nya tetap sama.. tapi, aku suka tengok ABC dulu sebab dia cantik.. nampak coklat tu meleleh kat tepi-tepi..bila dah letak dalam bekas yang dalam..tak nampak menarik..

Kalau korang teringin jugak nak rasa ABC ni.. Korang terjah je food court kat Seksyen 2.. dekat ngan KFC n kedai fotostat bebudak UiTM.. kat situ, banyak gerai jual ABC macam ni.. tapi, aku selalu makan ABC ni kat Fraddo ABC atau Pegaga ABC.. Bukan setakat ABC, macam-macam ada kat sini..ABC kedai lain pun sedap gak.. sama jer rasanya.. 


kredit : sini 

So, ikut korang la nak try kedai mana.. Selamat Ber 'ABC' .. Bye

5 comments:

  1. wahhhh....teringat dulu2 masa zaman belajar dkt itm...selalu pekena abc dkt kedai ni...mmg superb!!!

    ReplyDelete
  2. sedapnya ABC, makin lama tengok makin meleleh air liur dibuatnya hahahah

    ReplyDelete
  3. freedo abc..dah lama mengidam abc ni.. mmg terbaik la sebb tinggi sangat..! hehe..rasanya berbaloi la rm 3.50 tu

    ReplyDelete