22.9.14

Aku Suka Makan SUBWAY!

22.9.14,Monday, September 22, 2014
Sape kat sini suka makan SUBWAY? Cuba angkat tangan... hihihi..

Mesti ramai yang suka kan? aku pun suka.. sedap.. aku berani nak try SUBWAY ni pun sebab adik aku achik.. dia kata sedap.. harus la aku cuba kan..

Dulu-dulu masa nak beli agak lawak la.. aku tolak dia suruh order.. dia tolak aku.. hahaha.. nampak sangat jakun disitu.. maklumla.. saya hanya anak kampung yang sebelum ni cuma pernah makan KFC,Mc'Donalds ngan Pizza Hut saja..Eh? aptb ... ;) Bila jumpa sesuatu yang lain, mula la gelabah... pastu bila orang SUBWAY tanya nak order yang mana.. aku pun dengan penuh confident..gi tanya dia..yang mana satu yang sedap yer? mesti la dia kata semua sedap.. dah aku confius kat situ.. aku pun tunjuk je la sama ngan orang depan..padahal, aku tak kenal pun orang depan aku tu... tu la pengalaman pertama aku beli SUBWAY ni..

Tapi kan.. sekarang ni aku dah terer.. bole kata, kalau malas dan tak tau nak makan apa.. aku pun gi la AEON Maluri sebab nak beli SUBWAY.. senang.. Makanan sihat la katakan.. tapi, kalau ngan aku jadi tak berapa nak sihat.. sebab.. sayur mesti nak semua.. sos pun bercampur-campur banyak jenis.. sebab aku ni jenis suka makan sos banyak.. kalau sikit tak feel katanya.. kalau aku ngan achik tapau SUBWAY, hubby mesti tetap akan setia ngan KFC.. tak tau la. apa yang bestnya.. suruh curang sikit pun tak nak.. takpe.. jenis setia orangnya.. harap2 berpanjangan setianya abg yer..

Sekarang ni kan SUBWAY tengah buat promo tau... ni la antara promo yang ada..





Antara ketiga-tiga promo ni kan.. aku paling suka promo SUBWAY Every day Value.. Yeay.. sebab apa aku suka? Sebab murah la uolls.. akak kalau benda murah ni memang suka saje..

Hari tu, aku ngan achik gi SUBWAY.. kami pun order la SUBWAY Every day Value.. ingatkan kalau murah ni portion dia kecik.. rupa2nya tak.. sama jer.. berbaloi.. ada 4 perisa jer untuk promo ni.. Kalau tak silap aku ada Seafood & Crab, Chicken, Meatball dan lagi 1 perisa aku tak ingat la..





Aku kalau beli, memang akan mintak semua sayur kecuali bawang.. sebab tu la roti aku gemuk macam tuannya.. achik plak tak makan sayur, roti dia akan jadi sama kurus macam dia gak..

Ok, untuk korang yang tak pernah makan SUBWAY dan teringin nak makan gak.. ni aku bagitau cara-cara nak order..bukannya apa, takut jadi macam aku dulu..terpinga-pinga depan tu tak tau nak order apa.. :)


Mula-mula.. kita boleh pilih nak jenis macam mana.. bagitau jer kat pekerja SUBWAY.. diaorang memang cekap dan cepat buat kerja..


Dah pilih yang berkenan di hati.. pastu pilih plak jenis roti.. aku suka Parmesan Oregano.. selalu kalau makan SUBWAY roti tu aku order.. yang lain blom pernah try..


Settle pilih roti.. diaorang bakar.. dan bagitau inti apa yang kita nak.. kalau tanya aku apa yang sedap.. aku mesti akan jawab, semua sedap.. hihihi..


Langkah keempat.... kita boleh pilih sayur apa yang kita nak.. aku selalu pilih semua sayur kecuali bawang.... pilih jer.. diaorang tak marah pun..


Yang kelima.. kita pilih sos.. aku suka Sos Thousand island, Mayonis, Sos Cili ngan Sos BBQ..


Langkah yang terakhir.. kita boleh pilih nak tambah air atau tak.. kalau nak tambah air, bayar seringgit jer.. berbaloi kan.. aku selalu memang akan add-onn air.. Ais Lemon Tea.. sedap...

Ok? ada ke yang balik kerja ni terus nak gi SUBWAY? Aku la tu.. sambil menulis, sambil telan ailio.. lapaq.. :)

Nak tau outlet SUBWAY yang terdekat? Klik jer sini.. 
Page : SUBWAY ..
FB : SUBWAY




9 comments:

  1. ida suka makan.... pandai pilih subway ni leh jadik makanan diet ku! hehehhee ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ieda.. Subway memang sesuai kalau nak diet.. tapi eyza ni diet selalu ke laut.. cheat je lebih.. :)

      Delete
  2. wah sempat lagi promot SUBWAY... apapun subway memang best.. bila balik kLang memeng tak salah klau tak pekena Subway sbb kat tganu nie tade. sobsobbb...

    #done follow eyza..
    jemput singgah sini plak ye..http://aienlieyrusli.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi.. harus la promot benda sedap.. ok..ok.. jap lagi saya bw kat blog awak yer.. tq follow eyza..

      Delete
  3. kite memang suka parmesan oregano but hari tuh tak de plak so cubalah italian bread ni sedap gak.. ranggup

    ReplyDelete
    Replies
    1. eyza plak smlm try Honey Oat.. ok gak.. cuma manis sikit kut sbb ada honey... nnt nak try Italian Bread plak la..

      Delete
  4. nasib baik dia dah tulis choose ur ordr kat situ..,sy tak pernah cuba lagi subway.. jarang sangat makan fastfood..hoho

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. ini makanan bukan nk diet, tapi fast food yang akan mengemukkan anda!

    ReplyDelete