4.9.14

Asid Folik Appeton untuk yang merancang nak hamil macam Aku!

4.9.14,Thursday, September 04, 2014
Sesapa yang dah lama follow blog aku mesti tau yang aku ni seorang dah lama TTC (Trying To Conceive)... Cuma aku jarang sangat-sangat citer kat blog... Dah lama sebenarnya.. Lebih 7 tahun aku usaha untuk pregnant.. Tapi... belum sampai waktunya.. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku... Memandangkan aku baru jer dapat anak buah, bolehla aku tumpang kasih sayang ngan dia.. Tetiba plak rindu kat dia.. Nurin Izzara Addreana.. kelass nama..hihihi..

Tahun lepas, aku memang tak serius langsung untuk TTC.. biar je.. malas nak fikir.. lagipun masa tu hubby PJJ ngan aku.. sorang kat KL, sorang kat Mersing.. kami fikir, biarlah.. kalau ada rezeki adalah.. tapi.. sampai tahun ni still takde rezeki...

Tetiba, bulan ni.. aku rasa macam.. OMG.. umur dah makin meningkat.. sorang anak pun xde.. nak TTC balik la.. mana la tau berkat dah duduk sekali ngan hubby ni.. So, langkah pertama.. untuk persediaan untuk mengandung ni aku beli Asid Folik...


Dulu aku makan Asid Folik yang ambik kat hospital tu jer.. tapi, bila aku dok search n baca dari blog-blog lain.. Ramai yang suggest beli Asid Folik jenama Appeton sebab dos yang dibagi memang sesuai untuk orang yang TTC ni....

Pentingnya Asid Folik untuk Kesuburan & Kehamilan

Wanita yang merancang untuk mengandung atau hamil akan mula mengambil asid folic sebagai langkah persediaan untuk hamil. Tetapi tahukah anda akan kepentingan asid folic ini? Jom saya kongsikan sedikit info tentang kepentingan asid folik ini untuk pengetahuan kita semua. Semoga ia memberi manfaat buat kita bersama.

Apa itu ASID FOLIK?
Folic Asid (atau folate), juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel. Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Jika si ibu kekurangan folic acid, kesihatan bayi dalam rahim mungkin juga akan terjejas.

Mengapa ia PENTING?
  1. Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)
  1. Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah(anemia). 
  1. Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.
  1. Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:
  •     Sumbing lelangit (cleft palate)
  •     Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
  •     Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
  •     Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

Bila ASID FOLIK perlu diambil?
Bagi wanita yang merancang untuk hamil, ambillah asid folik sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Bagi wanita yang telah hamil pula, mereka dinasihatkan agar mengamalkan pengambilan folic acid setiap hari sejak awal kehamilan dan harus diteruskan sekurang-kurangnya untuk 12 minggu pertamaIni kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.

SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?
  • Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandung.
  • Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
  • Merawat kesuburan pada lelaki

Dos Asid Folik yang DIPERLUKAN?
  • Wanita biasa - 400 microgram (0.4 mg) sehari
  • Wanita hamil - 600–800 micrograms sehari

SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK?
  • Hati ayam
  • Daging, ayam, telur
  • Kekacang
  • Beras perang, barli, oat
  • Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain

Pentingkah Asid folik untuk KESUBURAN LELAKI & WANITA?
Folic acid juga dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.
Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesisBagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di’tanam’ke dalam rahim.
sumber: sini


Oleh itu tidak salah jika anda ingin mengambil asid folic sebagai langkah persediaan untuk hamil dan juga sebagai usaha untuk meningkatkan tahap kesuburan anda. Kita berusaha ALLAH menentukan.  


Aku beli kat Watson je.. Sekotak ada 90 biji... sepatutnya stok untuk 3 bulan... tapi.. disebabkan aku ngan hubby sama-sama makan.. akan jadi stok sebulan setengah je la.. 1 pil tu 400 mcg.. jumlah yang dah sedia untuk kita yang TTC ni.. kalau ambik kat klinik kalau tak salah aku 1 pil 5mg.. kalau ambik yang 5mg.. korang jangan la risau plak.. sama je ngan appeton.. cuma kalau terlebih, takpe.. nanti akan keluar sekali ngan air kencing... Don't Worry... ops lupa plak.. masa aku beli ni ada diskaun.. aku dapat RM 37.00 sekotak.. Harga asal RM 39.00.. ok la kan..less 2 ringgit.. walaupun Asid Folik brand Appeton ni agak mahal berbanding yang biasa.. tapi.. demi untuk anak.. apa la yang kita nak berkira kan? Bye..

61 comments:

  1. semoga alla permudahkan segalanya ;)

    http://www.mommylizz.com/

    ReplyDelete
  2. Yes folic acid nie mmg bagus utk wanita yg tgh TTC...tapi kena maintain la..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak maintain tu yg susah.. :) sebab eyza ni jenis suka skip... InsyaAllah, pasni mmg kena maintan..

      Delete
    2. Timer period boleh makan ke

      Delete
  3. samala dengan nad..tengah berusaha dengan husband...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. mudah2an nad berjaya.. Chaiyok..chaiyok.. kita usaha sama2..

      Delete
  4. amin. moga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki

    :)

    ReplyDelete
  5. dah berjaya ke belum. saya dah habis sekotak tapi belum lagi nampak tanda.mgkin sebab makan bila ingat sahaja.anywhere gdluck

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blom berjaya.. eyza pun sama gak.. kkdg lupa makan.. :)

      Delete
    2. Info yg berguna...tq puan empunya blog...nk p beli la...usaha tangga kejayaan...rzki driNya...

      Delete
    3. Info yg berguna...tq puan empunya blog...nk p beli la...usaha tangga kejayaan...rzki driNya...

      Delete
  6. Assalammualaikum sis. Nice sharing :)
    Saya ada juga menulis tentang info-info kesuburan dan kesihatan di blog saya http://www.caramudahhamil.com . Jemput singgah :)

    ReplyDelete
  7. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Tips Kesuburan

    ReplyDelete
  8. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Tips Kesuburan

    ReplyDelete
  9. Salam,, tq atas sharing sis,, cume nk tye,, time period boley ke teruskn mkn asid folic ni,, tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam...

      Masa period pun saya teruskan jugak asid folik ni..

      Delete
  10. TTC tu apa awk... Saya nak try beli asid folik appeton ni tengah usaha nak mengandung gak ni... Setahun lebih kahwin belum ada rezeki lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TTC tu Trying To Conceive... InsyaAllah.. ada rezeki utk awak nnt.. Amin..

      Delete
  11. assalamualaikum.. saya pn baru beli asic folic appeton ni.. baru consume smingu je..
    tp tu la kan..kite akan buat apa saja demi untuk nakkan cahaya mata.. saya pn sma cam awak pjj dgn suami ..dah nk masuk 3 taon dah pjj.. sobsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. kita sanggup je beli itu ini.. makan macam2 demi anak.. tu yg geram bila baca kes org buang anak.. kita nak anak..diaorang buang anak.. huhuhu..

      Delete
  12. Salam sis, makan time bile? Pagi ke petang? And, sebelum makan ke selepas?

    Thank you for sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam... eyza selalu makan time nak tido..

      Delete
    2. Makan waktu pagi boleh ke...sebelum sarapan

      Delete
  13. salam sis.. nk tanya lelaki pun boleh makan eh folic acid tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole.. membe saya berjaya hamil bila husband n wife ambik asid folik...

      Delete
  14. Salam sis..yang klinik dengan appeton sme jeke kandungan dia?..ke appeton bgus lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.. rasanya yang klinik... eyza pernah baca yg appeton sukatan mmg dh sesuai utk TTC.. sbb tu eyza try yng ni.. tapi yg klinik pun ok.. ikut kesesuaian badan..

      Delete
  15. Salam sis..antara yg klinik dengan appeton yang mane besar kandungan dia???

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang Appeton sukatan dia memang dah ngam untuk yang TTC.

      Delete
  16. salam sis...if makan asid folic ni waktu haid boleh ke? hehe sebab baru cube makan appeton punye...

    ReplyDelete
  17. Salam sis.. sy pun baru amalkan folic acid appeton ni. Dh nk habis sekotak pun.. hihi.. folic acid boleh dimakan waktu haid. Semoga kite semua berjaya. InsyaAllah

    ReplyDelete
  18. Salam sis.. sy pun baru amalkan folic acid appeton ni. Dh nk habis sekotak pun.. hihi.. folic acid boleh dimakan waktu haid. Semoga kite semua berjaya. InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank's Nisha tlg jawabkan untuk pertanyaan Putri. eyza lambat respon. ;) Amin.. mudah2an kita semua berjaya nnt.

      Delete
  19. slam sis...hai..sy nisa..bagus entri sis.. sy pun sedang TTC.. pjj dgn hubby..xtau pun seblm ni yorg lelaki pun boleh mkn folic acid untk ksuburan... sis...adkh seblm mnganbil folic acid untk suami...suami perlu jumpa doc dlu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Saya tak jumpa Dr pun. Ni pun sbb membe yang jumpa DR dan Dr suggest husband dia ambik FA.

      Delete
  20. saya pun br je amalkan. in shaa Allah, selain amalkan pemakain korset premium beautiful yg ada fungsi memberi kesuburan rahim + makan asid folic ni, in shaa Allah boleh mmbantu dengan izinNYA..
    jemput singgh blog saya utk ketahui tentang korset premium beautiful ;)

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum...nk tnye..blh makn ke lau dlm tempoh waktu subur?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.. Saya tak sure tapi saya makan je.

      Delete
  22. salam sis.. nk tye pndpt blh x? sbb cnfse sgt.. saye dah sbln lbh x dtg priod n then cek kt upt ngtve.. ker tllu awal sye cek.. n ade drah sikit ker dah gugur? blh x trus mkn acid folic.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.

      Dah delay berapa lama? Try tggu 2 minggu baru check. Asid Folik bolhe je makan.pasal gugur tu eyza tak sure. kalau untuk kepastian boleh jumpa dr.

      Delete
  23. Assalamualaikum. .tq for sharing

    ReplyDelete
  24. Sy dgn suami pn bru try mkn asic folic brand ni. harap de la rezeki kami.

    ReplyDelete
  25. Sy dgn suami pn bru try mkn asic folic brand ni. harap de la rezeki kami.

    ReplyDelete
  26. Kepada sis²..yg tengah TTC..jom join group whtapps TTC,mna tahu di situ kita bole kongsikan bermacam² pengalaman,pengetahuan kan..btw sis yg dh try mkn asid folic...dh ada bby blom sye baru strt mkn awal bulan nie

    ReplyDelete
  27. Kalau consume yg 5mg tu takpe kn untuk TCC,, sbb dh terlanjur beli sayang nk buang sbb masa kat watson tu doc suggest,so sy ambik je la.
    Hmm kalau istri je consume suami x camne? Sbb suami dh berumur sikit,, kekadang degil pulak

    ReplyDelete
  28. Kalau consume yg 5mg tu takpe kn untuk TCC,, sbb dh terlanjur beli sayang nk buang sbb masa kat watson tu doc suggest,so sy ambik je la.
    Hmm kalau istri je consume suami x camne? Sbb suami dh berumur sikit,, kekadang degil pulak

    ReplyDelete
  29. Salam semua.. saya dah makan 2 kotak folic acid tp belum ada rezeki lg mybe sb suami sy duduk sabah, saya duduk semenanjung kot so waktu kami jumpa selalu x ngam. Dlu sy penah makan FA on off tengok2 keguguran pula dalam 4 ke 5 minggu kehamilan. Skrg tgh cuba TTC lg, patot sy teruskan FA ke stop dulu?risau pula sy dah 120 biji da sy telan nih =.="

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruskan je.. sy pon keguguran jugak, dokte suruh teruskan makan FA sampai pregnant.. jangan skip..

      Delete
  30. Assalam sis, nk tnya...kalo mkn asid folic appeton @ klinik boley naik badan dak, mksudnya selera makan btambah dak, sbb saya ni gemok, kalo mkn jd gemok nt sukar hamil kata sesetengah org..t.kasih

    ReplyDelete
  31. Tengah period boleh makan kah?

    ReplyDelete
  32. Hi nama sy Usha...
    I tengh mkn folic acid dah 1 setengh bln.tapi i dah keluar period so mcm mane bole ke i sambung balk or nak stop mkn

    ReplyDelete
  33. Tq share info, saya baru 6 bulan kawin tp klu boleh x nak tunggu lama2 sbb kawin pun dah lewat, nak cuba amalkan

    ReplyDelete
  34. Assalamulaikum sis nak tanya boleh tak amalkan folic appeton ni dengan jamu... just bertanya..

    ReplyDelete
  35. asalamualaikum....sy dah berumur 38....bru kahwin bulan dec lps...parut makan tak

    ReplyDelete
  36. Nk tnya folic acid ni mkn wktu bila ye..sebelum atau selepas makan?

    ReplyDelete