10.10.14

3 Hijab Fashion Untuk Muslimah Moden

10.10.14,Friday, October 10, 2014
Alhamdulillah.. Sekarang ni dah ramai orang yang berhijab…sape kata berhijab tak boleh tampil moden dan menarik?.. macam-macam style dan gaya yang kita boleh pakai.. asalkan menutup aurat..


Hijab fashion kini semakin mendapat perhatian oleh semua penggemar fesyen Muslimah khususnya wanita yang berhijab. Jika dahulu, cara pemakaian hijab adalah cukup ringkas dan kelihatan common.  Namun kini, sejak kemunculan ikon-ikon fesyen Muslimah seperti Hana Tajima, Dian Pelangi dan Yuna, dunia fesyen Muslimah semakin meriah dengan kewujudan fesyen-fesyen hijab yang amat kreatif!

Ada pelbagai jenis hijab di Pasaran… dari yang murah hingga la yang mencecah ratusan ringgit.. malahan ada yang ribuan ribu ringgit.. mahal atau murah, bukanlah kayu pengukur untuk kita berhijab.. yang penting.. fesyen itu sesuai dan memenuhi tuntutan untuk menutup aurat… Antara fesyen hijab yang tetap menjadi pilihan adalah Shawl, Tudung bawal dan turban.


#Shawl
Hana Tajima adalah ikon hijab yang selalu memuat naik video tutorial pemakaian hijab yang cukup unik dengan menggunakan shawl. Fesyen shawl Hana Tajima juga menjadi ikutan semua orang termasuklah artis-artis seperti Najwa Latif dan Dato’ Siti Nurhaliza.


#Tudung Bawal
Berbeza dengan Dian Pelangi, gadis yang berasal dari Indonesia ini lebih gemar tampil dengan rona pakaian dan hijab yang colorful. Selain bijak mengenakan shawl, Dian juga sering menggayakan tudung bawal dengan cara penggayaan yang amat kreatif.


#Turban
Bagi penyanyi terkemuka ini pula, Yuna lebih selesa mengenakan turban yang bersuaian dengan gaya pemakaiannya yang lebih laid-back. Penyanyi yang sedang sibuk membina kerjaya seni di Amerika Syarikat ini sering tampil dengan gaya turban yang menarik.

Menarik kan? Siapa cakap gadis berhijab tidak boleh berfesyen? Anda hanya perlu kreatif dan berani mencuba. Tapi ingat, jangan sampai jadi mangsa fesyen! Untuk koleksi hijab yang berkualiti dan trendi, layari laman web ZALORA Malaysia hari ini juga dan nikmati perkhidmatan penghantaran percuma terus ke rumah anda. Korang dapat membeli belah tanpa perlu beratur panjang.. Semuanya dihujung jari saja..  mudah je kan? Selamat ber’shopping’.. 

6 comments:

  1. shawl adalah selalu yang menjadi pilihan hati iolss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la.. eyza pun suka pakai shawl.. lilit lilit jer siap.. senang.. ;)

      Delete
  2. Salam jumaat... Moden tapi biar ikut syariat...bukan sekadar tutup aurat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. sebenarnya pilihan ditangan kita.. kalau pandai kita menggayakan sesuatu, yang biasa2 tu akan nampak cantik dan mengikut syariat..

      Delete
  3. bhahaha shawl senang. lilit lilit aje.. kalau kedut pun orang tak heran dah. katanya trend padahal tak sempat gosok kekeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2.. eyza pun kalau malas mmg lilit jer shawl.. skrg ni dh mmg trend pakai shawl kedut-kedut..

      Delete