23.10.14

Awas! Pencuri ada dimana-mana!

23.10.14,Thursday, October 23, 2014
Semalam petang.. masuk 1 whatsapp kat group ofis aku.. bgtau yang salah sorang membe kami hilang handbag.. Membe tu hilang handbag masa solat kat surau RNR SEREMBAN.. Ya Allah.. dalam surau pun dah tak selamat.. macam mana nak beribadat dengan kusyuk, kalau hati dok risau takut handbag kena curi.. erm.. sian membe aku tu.. dah la baru beli Iphone 5S.. lama dia menyimpan nak beli, alih-alih pencuri tu senang-senang je angkut.. dalam handbag tu, ada benda penting macam purse (dah tentu semua dokumen penting ada dalam tu macam ic, kad bank ngan lesen) , duit RM 200.00 ngan Iphone 5S dia.. Menangis dia.. kalau aku kat tempat dia pun...mesti la menangis.. bukan senang nak dapat sesuatu benda.. bila dah dapat, kena curi plak.


Pagi tadi plak.. Timbalan Pengarah aku plak kena.. Dia citer, Semalam Purse dia kena copet (erkk.. betul ke ayat aku).. semalam dia gi Jakel KL.. Jakel kan skrg ni tengah sale giler-giler murah.. ramai la orang.. Bos aku kata, dia naik beli kain kat tingkat atas.. bayar dan simpan balik purse dalam bag.. siap handbag dia dah tutup zip.. pastu, dia naik lift nak turun ke tingkat bawah plak.. beli kain kat bawah dan masa nak bayar, tengok-tengok.. purse dah takde.. nasib baik dia gi ngan anak dia.. anak dia tolong bayarkan.. pastu, dia gi pejabat pengurusan Jakel.. tengok CCTV.. memang nampak dia simpan balik purse tu.. pihak jakel cakap, maybe pencurik tu curik masa dalam lift sebab dalam lift ramai.. dah la xde cctv dalam tu.. Erm.. takde rezeki.. nasib baik xde banyak cash dalam purse.. tapi, agak ralat jugak la sebab nak kena gi buat balik MyKad, Lesen ngan Kad Bank..


Tak pasal-pasal.. kena uruskan semua tu pulak..macam-macam pencuri sekarang ni.. tak kira kat mana.. dah rasa tak selamat nak bawak handbag pergi mana-mana.. Pasni, kena lebih hati-hati sebab pencuri sekarang dah makin licik.. sampai kita tak sedar kehadirannya..

4 comments:

  1. takut plak jadi cam ni ek... ishkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Cik Lily.. bahaya sekarang ni.. ramai yang suka ambik kesempatan dan nak senang ngan cara yang mudah.. risau jugak kalau jumpa org2 mcm ni..

      Delete
  2. Macam-mana sekarang ni.. Yang dahsyat, dah tutup handbag purse boleh hilang lagi tu... Senang- senang jemput lawat www.kindhearty.blogspot.com. saya dah follow :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pencuri.. diaorang mmg dah expert.. sampai diaorang bukak bag pun kita x sedar.. nnt saya bw blog awak yer.. :)

      Delete