24.10.14

Cendol Sedap!

24.10.14,Friday, October 24, 2014
Sape kat sini penggemar Cendol? Aku memang suka sangat-sangat makan cendol.. tapi kan, nak cari cendol yang sedap memang susah... kalau kat Penang ada la.. kalau kat KL? ada jugak. tapi tak banyak.. 

Hari tu, aku bawak adik-adik aku gi makan cendol best kat KL.Best kat tekak aku la.. setakat ni, cuma dua tempat jer yang aku rasa cendol dia sedap.. satu Cendol santan sawit kat Masjid Negara dan satu lagi cendol ni...



Kami order 4 mangkuk.. padahal pergi bertiga jer... Kat situ, kalau order cendol biasa , dia letak jagung ngan kacang merah. Apa yang buat cendol ni best? sebab kacang merah tu, dia tak pakai kacang besar yang dalam tin tu.. yang ni dia pakai kacang merah yang direbus sendiri.. bila masuk dalam santan, akan rasa lemak-lemak gitu...


Kat tepi gerai cendol tu, ada banyak jugak gerai lain... hari tu, aku order kebab... gu kan ngan cendol.. sedap..


Angah suka betul ngan cendol ni.. dia saja order 2 mangkuk..


Acik tak bole makan banyak.. jaga badan katanya.. hihihi...


Aku mula-mula pun nak order 2 mangkuk jugak.. tapi bila dah makan kebab, macam kenyang plak.. satu cukup la..


Cendol ni dijual atas lori jer.. tepi jalan.. tapi ramai.. kkdg kalau lambat jer, mesti dah habis...


Lokasinya pulak kat depan Masjid Al-Azim, Pandan Indah. Kalau sesiapa yang biasa kat kawasan Pandan Indah ni memang tahu la Masjid ni.. dari jauh dah nampak masjid warna mint tu.. Cantik.. Cuba la rasa. Memang sedap.

9 comments:

  1. sedapnya makan cendol...fevret tu kalau tukang cendol tu pakai kacang merah yang dorang masak sendiri, lagi puas ati...rasa pun tak keras kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap.. rasa lemak2 santan campur dengan kacang merah, memang mabeles..

      Delete
  2. Waaaa menarik nyaaa. Hany pun suka cendol. Area hany ni cendol sedap mmbe2 ckp dkt 1mamak ni.tapi bila hany pergi hmmm nmpak bkn mcm mamak je.so memang xjadi la nk try. Nanti dah balik kl boleh la try ni.menapak cari cendol ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hani, nnt habis pantang baru bole makan. Try tau.. mmg sedap.. :) Tahniah yer dapat baby girl yg comey..

      Delete
  3. dapnya cendol makan time2 panasss weiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dap ida.. lemak berkrim disukai ramai..hihihi..

      Delete
  4. sedapnya makan cendol. singgah sini :)

    ReplyDelete
  5. www.cendol.biz klik sini kalau nak kursus , ambil ilmu berniaga sendiri

    ReplyDelete