17.11.14

Percutian Bajet ke Pulau Langkawi ~ Hari Kedua (Beras Terbakar)

17.11.14,Monday, November 17, 2014

Alhamdulillah... malam tu tidoq nyenyak sangat.. sedar-sedar dah pukul 6.30 pagi.. bangun solat subuh... pastu baring-baring sambil tengok tv dulu...Pukul 7.30 baru la kami siap-siap sebab nak pergi mulakan jelajah.. cewah..

Pagi ni aku yang kena drive sebab aku lebih arif bab jalan katanya.. ok.. bole jer... Destinasi pertama.. dah tentu la kedai makan dulu... kami singgah sarapan kat satu gerai ni.. kat simpang antara Pantai Cenang dan Pantai Tengah.. kat sini ada Nasi Lemak Kuning.. Nasi campur pun dah ada....ok la..  murah pun murah...

Dah selesai isi minyak perut.. kami terus ke Beras Terbakar dulu.. saja jer pergi sana pagi-pagi sebab sana bukak awal.. kitaorang kan tak nak buang masa... masa terhad.. Sampai sana dalam pukul 9 camtu...


Beras terbakar ni terletak kat area Padang Matsirat... Kat sini banyak parking.... luas.. so, jangan risau tentang parking yer... Dah parking.. nampak signboard macam kat atas tu.. jalan jer masuk dalam tu.. ada banyak kedai cenderamata sepanjang perjalanan.. ramai yang suggest beli kain batik kat sini..murah katanya..


Korang jalan jer terus sepanjang kedai-kedai tu sampai la nampak Pintu Gerbang ni pulak... Tapak Beras terbakar tu terletak dalam kawasan rumah ni...


Aku suka sangat rumah kayu macam ni... cantik dan klasik.. dulu, rumah tok aku kat Sungai Petani pun lebih kurang macam ni jugak.. tapi sekarang ni dah tak ada.. kerajaan dah ambik dan gantikan dengan rumah teres... dah tak best..


Korang perasan tak dalam bekas tu kosong? tak ada apa.. memang kosong pun.. beras sebutir pun takde.. kami tanya la kat penjual kat situ.. diaorang kata.. hari tu, ada India mabuk masuk situ..pastu dia gi hentak balang kaca tu dengan tangan dia.. habis darah meleleh kat situ.. kena beras2 tu.. terus dioarang cuci bekas tu.. tu yang tak ada beras lagi tu.. owner rumah tu masih tak sempat nak letakkan beras lain dalam tu...


Bagi sesiapa yang tak tahu tentang sejarah beras terbakar ni.. bole baca kat bawah ni:

Mitos Cerita Beras Terbakar Langkawi 
Oleh : Dato Wan Ibrahim bin Wan Soloh
 Beras Terbakar

Satu cerita sejarah Pulau Langkawi yang termasyhur ialah cerita "Beras Terbakar". Tempat yang dikata beras terbakar itu ialah di Kampong Raja, Mukim Padang Matsirat. Luas kawasan tempat yang didapati beras terbakar itu ialah kira-kira tiga puluh kaki persegi. Dalam yang didapati tertanam dalam tanah lebih tiga kaki. Apabila hujan lebat beras itu timbul.

Mengikut cerita orang tua-tua, Pemerintahan Pulau Langkawi 200 tahun dahulu sampai kurun sembilan belas bertempat di Kampong Raja yang tersebut. Ini boleh dibuktikan iaitu seorang daripada Pegawai Daerah, Pulau Langkawi, yang telah meninggal dunia 80 tahun dahulu telah dikuburkan di kampung ini dan kubur itu ada sampai sekarang.

Berbalik kepada cerita beras terbakar itu, selepas beberapa bulan pembunuhan Mahsuri dengan perintah Datuk Seri Kerma Jaya, datuk yang memerintah Langkawi pada masa itu, pulau ini telah diserang dengan hebatnya oleh orang-orang Siam. Tempat pertempuran yang dahsyat dan di mana Datuk Seri Kerma Jaya dan panglima-panglimanya yang gagah telah terkorban ialah di Selat Berhala Balik iaitu selat jalan masuk ke Pelabuhan Kuah sekarang.

Sebelum pertempuran yang tersebut itu berlaku, Datuk Kerma Jaya berasa Pulau Langkawi akan tewas, oleh itu ia beri hukum kepada orang-orangnya sekalian beras simpanan hendaklah di tanam supaya tiada terlepas ke tangan musuh.

Ketewasan Datuk Kerma Jaya bagi mempertahankan Pulau Langkawi, mengikut kepercayaan orang-orang pada masa itu dan sampai sekarang pun, ialah dengan kerana sumpahan Mahsuri yang berbunyi "Dengan kerana kezaliman yang dijatuhkan ke atasnya, Pulau Langkawi tidak akan aman dan makmur sehingga tujuh keturunan".

Satu daripada bukti sumpahan itu ialah beras simpanan terbakar. Beras terbakar itu sampai sekarang digunakan oleh sesetengah orang sebagai penawar bagi orang-orang demam panas dan kepialu dan ubat sakit perut.

kredit : sini

Keluar dari Tapak Beras terbakar tu.. kami terus ke kedai-kedai berhampiran.. Shopping time.. hihihi.. kat sini.. mula-mula kami pilih satu kedai ni untuk beli minyak gamat, bam ngan souvenir.. aku lupa plak nak ambik ambik gambar kedai tu.. tapi kalau dari rumah beras terbakar kedai tu belah kanan.. besar kedai akak ni...  macam-macam ada.. siap duit jer... akak ni best sebab kita bole nego harga lagi..




Kat kedai akak ni aku cuma beli Bam serai ngam minyak gamat.. mak aku pesan minyak gamat sampai 100 botol.. ada projek katanya.. hihihi...



Dah penat berjalan.. aku pun beli la Aiskrim.. unik gak.. bole letak topping macam-macam...


Selain dari kedai tu, akak tu pun ada gak buat motel dan homestay..  kalau korang nak penginapan bajet yang murah dan berbaloi.. try la contact.. mana la tau, dapat diskaun nanti...



Settle shopping kat situ.. kami terjah plak kedai satu lagi.. kat sini ada banyak kain batik, kain pelikat ngan T-Shirt Langkawi.. Harga berbaloi dan boleh nego lagi.. abg tu pun peramah.. puas hati la.. Mama yang paling banyak shopping kat sini.. mama habis dekat 400 ringgit jugak la... aku tak la shopping sangat.. dah la nama percutian bajet.. dengan kargo x beli bagai.. macam mana aku nak usung semua naik atas flight kalau shopping macam-macam..


Ni la kedai tu... aku boleh dapat kain batik bidang besar dah siap jahit sehelai 11 ringgit jer.. harga asal dia letak 18 ringgit... ni semua sebab mama la pandai nego.. hihihi..


So, kalau korang pergi Langkawi.. aku memang suggest korang shopping kain batik kat sini.. tapi kalau bam n minyak gamat.. ada tempat yang lagi murah.. nanti aku citer yer...

Bajet :
Sarapan pagi ~ Free (disponsor oleh Sha)
Beli Minyak Gamat ~ RM 63.00 (105 botol )
Bam Serai ~ RM 10.00 (4 botol)
Aiskrim ~ RM 4.00
Kain Batik ~ RM 22.00 (2 helai)
Kain Pelikat ~ RM 28.00 (2 helai) - Cap Gajah Duduk
baju untuk anak buah aku ~ RM 25.00 (2 helai)

Total di Beras Terbakar : RM 152.00

8 comments:

  1. best nyee... dah lama tak ke Langkawi....

    ReplyDelete
  2. Best.. eyza pun tunggu tiket murah.. baru pergi.. :)

    ReplyDelete
  3. dugaan bila sampai beras terbakar ni, bukan beras je yang terbakar. duit dalam poket ni pun terbakar sekali tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal.. kalau tgk.. rasa macam semua nk beli.. nasib baik fikir bawak bag sandang jer.. :)

      Delete
  4. seronoknyaaa dapat bercuti-cuti...ha ha ha, akak ni tertangguh-tangguh cuti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eyza pun kkdg plan jer lebih.. pergi blom tentu lagi..nasib baik gak kali ni jadi.. :)

      Delete
  5. x kira pasni p trip bujang lain plk...nk shoping kena bw mama..hehehe ~ida~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tu la.. hari tu x nak ikut... nnt kita pi lagi ek.. mama mesti nak ikut.. banyak yang dia x sempat beli lagi tu..

      Delete