29.1.14

Jadikan kisah ini iktibar, jangan putus asa dalam TTC...

29.1.14,Wednesday, January 29, 2014
Kisah ni betul-betul bagi inspirasi dan kekuatan... Kalau nak baca jugak..klik je sini....  http://nurulbadiah.blogspot.com .... TQ pada Puan blog yang sudi share usaha beliau.. dan TQ jugak pada kawan TTC, Cahaya Perjuangan sbb sudi share link ni...

P/s: Suka baca citer orang yang berjaya pregnant.. harap satu hari nanti eyza jugak akan berjaya..Amin..

Sering Diasak Soalan Sensitif Mengenai Kehamilan, Lisa Surihani Akui Kecil Hati

,Wednesday, January 29, 2014
By:

Baru-baru ini, rakan baik Lisa Surihani,Scha Al Yahya telah pun mengumumkan kehamilannya . Selaku seorang isteri, Lisa juga kini sedang berharap agar gilirannya akan tiba jua untuk bergelar seorang ibu. Namun sehingga ke hari ini, masih belum ada rezeki buat dirinya dan suami, Yusry. Untuk makluman, Lisa dan Yusry sudah pun berkahwin kira-kira 2 tahun.
lisa surihani hamil

Adat pasangan yang dah berkahwin, pastinya sering diasak dengan soalan mengenai kehamilan. Lisa Surihani juga tidak terkecuali. Tidak kisah dengan soalan-soalan biasa seperti “bila lagi?”, Lisa mengakui yang dirinya kecil hati apabila ada pihak yang bertanyakan soalan-soalan sensitif. Kata Lisa kepadaMalaysianDigest :-
Saya tak kisah kalau orang kerap bertanya, bila lagi, bila lagi…? Ini semua kuasa Allah. Mungkin belum rezeki kami. Tapi saya tak boleh terima bila ada soalan-soalan daripada orang sekeliling yang sampaikan menyentuh hal yang terlalu peribadi.

 Saya tak faham kenapa mereka tak sensitif dan tak menjaga perasaan orang lain. Cubalah mereka letakkan diri mereka dalam situasi saya. Bukan kami tak berusaha, tapi tidaklah sampai kami perlu berkongsi tentang perkara itu pada umum.
Disebabkan soalan-soalan yang sensitif itu, membuatkan saya asyik terfikir walhal saya dan suami, kami okay saja. Sebab itu saya luahkan rasa kesal dengan sikap beberapa pihak itu di Instagram baru-baru ni, mujur ramai yang menyokong saya dan saya rasa lega.

lisa surihani hamil

Betul kata Lisa Surihani itu. Takkanlah hal dalam kelambu pun nak kena beritahu orang ramai. Abang Nara pasti Lisa dan Yusry adalah orang yang paling teruja dan berusaha keras untuk mendapatkan cahaya mata. Selaku peminat, kita boleh “concern” tapi janganlah sampai menyinggung perasaan orang lain. Insya Allah kalau kita doakan, mana tahu ada berita baik untuk pasangan ini. Buat Lisa dan Yusry, bersabarlah. Insya Allah akan ada rezeki anda suatu hari nanti.

kredit : Abang Nara

Nota kaki : x paham kenapa ramai sangat yang busy body.... kalau yang ambik berat takpe, ni kkdg ada yang bertanya lepas tu siap cakap benda yang bukan2 sampai kita stress..
Harap Lisa sabar..pedulikanlah cakap orang... hanya kita yang alami je yg tahu macam mana perasaan tu...
Moga kita semua akan mendapat perkhabaran yang gembira untuk tahun 2014 ni... Sayang Lisa.

28.1.14

TTC : Period selepas 4 bulan tak didatangi lampu merah itu...

28.1.14,Tuesday, January 28, 2014
Alhamdulillah.... 24 Jan 2014 hr tu aku dah period... hepi sangat... walaupun aku x pregnant, tapi sekurang-kurangnya aku period..lepas ni bole cuba lagi.... bila x period, aku risau sangat..ye la, macam mana nak kira waktu subur macam tu...

Bila dah period, aku pun makan clomid start dari hari kedua.. x habis lg makan..ada lg  sehari nak habiskan.. mudah2an cycle kali ni berjaya... Amin...

Nak tau aku minum apa utk period? tungguuuu.....

24.1.14

Culik anak orang...

24.1.14,Friday, January 24, 2014
Ha..ha..ha.. tajuk cam kontroversi je kan? Kisahnya macam ni... Semalam dalam pukul 6.45 ptg masa aku ngan hubby balik kerja... Keluar je dari lif.. nampak ada sorang budak kecik.. dalam setahun lebih camtu..kecik lagi.. baru2 pandai jalan kut dok kat depan pintu rumah aku... pakai pampers jer.. togel..baju semua xde. aku dah mula la saspen.. dah la depan rumah aku tu gelap gelita sbb lampu koridor blom bukak... Hai.. adakah mistik..hihihi... Kitaorang pun terus la pg kat budak tu.. toleh kiri kanan, sepanjang koridor xde pulak org dewasa.. pintu rumah semua tutup... Ha.. sudah... anak sapa pulak ni....mula2 dia pandang kami.... pstu, maybe dia tgk muka yang dia x kenal kut.. terus dia menangis kuat giler...aku, adik aku ngan hubby dah panik gak la... kalau tanya umah kat mana pun..mesti la dia x bole jawab sbb kecik la... kitaorang siap tanya jiran depan rumah kut2 dia tahu.. rupanya dia pun x sedar ada budak kat depan tu... tengah2 budak tu menangis, dengar orang berlari-lari turun tangga... La.. rupanya, bapak budak tu.. dia kata anak dia main lif. turun sendiri... Ya Allah... macammana budak besar tu boleh lepas macam tu... nasib baik pg tingkat umah aku..kalau dia terus turun bawah.. kena langgar ke apa ke...x ke naya... Isk..kkdg pelik jugak aku dengan diaorang ni... macam mana la anak besar tu boleh keluar sorang2.. saper pun x sedar.. nasib baik x jadi apa2...

Yang bestnya, bila dah masuk dalam rumah..Hubby siap cakap.. Nape awak bising2 tadi.. kalau x, kita senyap2 je culik budak tu bawak masuk dalam rumah.. bolehla jadi anak kita... hihihi... La.. macam tu pulak.. kang x pasal2 je aku,hubby ngan adik aku masuk berita malam tu sebab culik anak orang...

Aku tahu hubby sunyi... dia nak anak.. cuma dia x pernah cakap ngan aku macam tu..maybe nak jaga hati aku....

.
Ya Allah., berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”


23.1.14

Pharmacy Night~Glitz & Glamour

23.1.14,Thursday, January 23, 2014
Hui lamanya aku x update kan? maunya tak lama, kat opis dah agak susah nak bukak. kat rumah pulak xde internet. tu yang blog aku agak terbengkalai sekarang ni. Sebelum aku citer tentang trip Hatyai aku yg memang dah basi tu, aku nak citer dulu tentang Pharmacy Night. Alhamdulillah. Semuanya sukses. Kalau ada silap sikit-sikit tu biasala, mana ada manusia yang perfect kan?

Dinner ni melibatkan semua Jabatan Farmasi dibawah Jab, Kesihatan KL. Memandangkan aku kat HQ, kami la banyak kena uruskan.Dari Cawangan lain pun ada jugak, tapi semua meeting dibuat kat opis aku.Aku kena jadi AJK hadiah. Mula2 aku sorang jer, bawah AJK hadiah. kiranya aku ketua merangkap kuli sekali la.hahaha... ye la, mula2 hadiah cabutan bertuah cuma 10. aku x kisah la kalau sorang, tetiba last minit hadiah jd 30..ha.. x ke berpinar biji mata nak buat sorang. dengan nak beli door gift lagi untuk 200 tetamu..Pening...

Lepas bincang ngan bos, aku boleh lantik lg orang utk tolong aku... lega sangat... baru la best macam ni.. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing..ceh.... Dengan penuh semangat berkobar-kobar, kami semua pun pg la AEON AU2 sebab nak pg beli hadiah cabutan bertuah.Mula2 kami decide nak beli barangan elektrik 20 dan hamper 10. Bila dah sampai sana terus x jadi, sebab hamper semua dah dipack untuk Tahun Baru Cina.Diaorang mmg dah xkan wrapping yang baru.Nak x nak, terpaksa la beli 30 barang elektrik. Takpe la.Best sikit.kalau hamper, sekejap je dh habis makan.Dah settle hadiah Cabutan Bertuah, kitaorang gi Bukit Jalil pulak... Uruskan Door Gift... Alhamdulillah.. dapat yg menepati tema dan bajet harga kami.

Ops, lupa pulak nak bagitau... Event ni buat kat VIVATEL Hotel.memang dekat sangat ngan rumah aku..Alhamdulillah la...sempat aku balik rumah mandi ngan siap2 semua dulu... Event ni kami buat 10 Januari hari tu sebab nak buat sekali dengan Majlis Persaraan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi). tu yang jatuh hari Jumaat. Agak kelam kabut jugak la sebab buat hari bekerja. kami yang AJK kena ada kat hotel pukul 3 petang untuk setting semua benda.

Pihak hotel dah setting meja. Cantik kan?

Tema untuk Dinner ni... Ni AJK untuk perhiasan yang buat.Kreatif gak diaorang ni.

Belon yang memang melimpah ruah.

Deco

Luar Dewan..

Tengah menghias pentas utama

Rehearsal MC

PA TPKN tengah rehearsal tolak kek besday...

Budak2 ni tengah praktis utk persembahan malam ni...
 Dalam pukul 5.30 aku balik rumah. Membe2 aku pun nak tumpang mandi ngan siap kat rumah. kalau balik rumah diaorang mmg x sempat la nak kena pg balik dalam pukul 8. Nasib baik hubby balik lambat.Boleh la semua bergumbira di rumah aku.

Pukul 8, baru semua gerak. Naik 2 kereta je. Share kereta. senang. yang lain park je kat rumah aku.Sampai sana, daftar n terus je ke PhotoBooth.Pastu masuk dewan. Tempat duduk aku betul2 tepi pentas n dekat hadiah sebab aku kena uruskan hadiah untuk cabutan bertuah nnt.

Door Gift

Pendaftaran....


Guest Board yang simple je... Hasil contengan kami semua...

Candy Buffet.. pilih jangan x pilih.. jajan semua aku beli kat kedai borong chow kit....

Bos-Bos yang very sporting.

Kami pulak yang ambik alih...

VIP Table..



Malam tu, ada jugak buat untuk Prince & Princess.. ala-ala prom night gitu...


Calon-calonnya...

Ekin.. wakil dari Opis aku...

Yeay.. akhirnya dia menang untuk Princess Of The Night...

Prince N Princess..

Mantan TPKN(Farmasi)...

Props yang memang banyak...

Tetamu...

Hadiah Grand Prize utk cabutan Bertuah.. Microwave Oven... Aku dapat gak..tapi dapat Pembakar Roti je.. jadi la kan...

Di akhir majlis, ada surprise.. Mantan Bos kitaorang dapat Queen Of The Night... Baju Puan pun cantik jugak..ala2 jubah tapi versi moden...


Last but not least... Mestila kena bergambar dengan Princess kan..hihihi...



Event ni memang best.. harap dapat buat tiap2 tahun sebab masa ni la kami semua dapat berkenalan dengan geng2 farmasi dari tempat lain... 

Peace.. Bye..

3.1.14

Shopping baju Plus Size

3.1.14,Friday, January 03, 2014
Dulu-dulu..kalau nak cari baju untuk aku.. susah sangat-sangat,, maklumla Plus Size... alih2 aku asyik beli kat Jaya Juso (sekarang Aeon)... kat situ pun kena cari kat area Plus size jer... fesyen pun terhad.. alih2 lebih kurang je bajunya...

Tapi, sekarang ni Alhamdulillah la.. dah banyak blogshop yang jual Plus Size.. sesuai sangat la untuk kitaorang yang comel2 ni...

Sekarang ni aku dah gila beli baju on9... Banyak gak la baju2 aku beli kat on9.. senang... klik ajer.. settle.... Ni Antara blog yang aku suka shopping...

jessabellapluzsizestealz .. banyak gak aku beli kat sini... baju dia pun ok la.. harga memang murah... nak berurusan dengan diaorang pun senang....



kredit : jessabellapluzsizestealz
Ni antara baju yang ada kat blogshop tu... selain dari tu ada gak yang lain....

Kat aishop ni pun banyak jugak...



kredit : aishop

kalau kat fb.. bole tengok page ElegantPlusSize dengan Aneka Koleksi.. aku x bole nak letak link kat sini sbb kat opis aku fb kena block.. kat situ pun aku suka beli.. baju dia pun cantik2 gak...

Tapi blogshop yang paling latest aku suka shopping adalah..... E Queen Plus Size... baju2 dia up to date.. dulu aku selalu berangan pakai dress cantik2 macam orang kurus pakai... sekarang ni.. aku dah bole pakai walaupun x kurus.. sebab kat sini ada jual dress yang design macam orang kurus pakai tapi Plus Size.. tu yang aku hepi tu....




kredit : eleisurefashionhouse
See.. cantikkan.... macam mana la aku x jatuh cinta.... memang cantik... tadi pun dress aku dah sampai... hihihi...

TQ la pada semua Blogshop yang jual baju Plus Size ni.. anda memudahkan hidup saya....Muah.. Hahaha...

Post pertama Tahun 2014

,Friday, January 03, 2014
Alhamdulillah.. hari ni dah 3 Jan 2014.. means dah 3 hari kita di tahun baru ni.. umur pun dah makin meningkat... tak lama lagi aku akan jadi maklong.. terasa tuanya saya.. hahaha...

Rasanya banyak jugak aktiviti tahun lepas yang aku belum tulis kat sini... mood dah ke laut sikit.. tambah2 sekarang ni aku agak busy dok uruskan pasal majlis kawen adik aku.. maklumla lelaki sorang.. semua nak along dia ni uruskan.. macam2.. dah tu cerewet bukan main... lagi teruk adik aku yg ni dari adik pompuan aku kawen...

Bila baca blog Eida.. baru aku perasan yang aku belum citer lagi tentang cuti2 aku ke Hatyai hari tu.. dah masuk tahun baru pun... erm.. ok..ok.. aku tau.. aku memang malas tahap gaban sekarang... InsyaAllah.. later2 kalau aku dah rasa ada mood aku update k.. hihihi..

Seronok sebab sempena tahun baru ni.. ramai kawan2 aku yang dulunya free hair.. sekarang berhijab... dulunya berdua.. sekarang bertiga.... dulunya kaki clubbing.. sekarang dah mula berjinak-jinak ke masjid... Alhamdulillah.. teruskan perubahan itu kawanku... semoga berkekalan...Buat kawan2 TTC, moga tahun 2014 ni memberi sinar yang baru untuk kita.. mudah2an kita mendapat apa yg kita hajatkan tahun ni.....