28.5.14

Cerita tentang Ephyra!

28.5.14,Wednesday, May 28, 2014
Ha.. kan hari tu aku dah janji nak cerita tentang Ephyra.. ok..ok.. aku nak tulis la ni.. tapi..korang baca tau... :)
Apa Itu EPHYRA ?
EPHYRA adalah lebih daripada kolagen biasa, sangat berkesan untuk memutihkan , menganjalkan dan melembapkan kulit. Selain itu, ia dapat memulihkan kesihatan dalaman. Iadirumuskan dari kolagen ikan laut dalam terhidrolisis dengan 8 antioksida yang kuat iaitu Acai Beri, Gam Akasia, L-glutathione, Astaxanthin, Acerolla Ceri, Serbuk Tomato, Ekstrak Bunga Marigold dan Superberry.
EPHYRA dirumus khas untuk kecantikan dan kesihatan yang bermula dari dalam. Ia mengandungi kolagen ikan laut dalam yang dihidrolisis secara semulajadi,yang sangat membantu kuasa penyerapan ke dalam kulit lebih pantas dan effektif untuk kesan yang lebih optimum. Digabung dengan 8 agen antioksida yang berkesan untuk melindungi dan memperbaharui, memberikan apa yang diperlukan oleh kulit anda,Lindungi kulit anda dari masalah kulit dan penuaan, seterusnya serlahkan keserian dan kesihatan dalaman dan luaran. Hasilnya – kulit lebih bersih,lebih berseri, lebih halus dan lebih muda!


EPHYRA SESUAI UNTUK
Lelaki dan wanita, kanak-kanak (4 tahunkeatas)
Ibu menyusu dan hamil (6 bulankeatas)
Mereka yang pentingkan kecantikan, kesihatan luar dan dalam
Mereka yang mempunyai masalah-masalah berikut :
Kulit berjerawat
Kulit Berjeragat dan Berparut
Eczema / Penyakit Kulit
Gastrik / Masalah Usus
Menurunkan Kolestrol
Stress / Kemurungan / Ceria
Sembelit / Cirit-Birit / Buasir
Asthma / Lelah / Penat / Semput
Gout / Arthritis Sendi
Menopause
Ketidakseimbangan Hormon
Alergi Makanan Laut
Resdung
Penyakit Gusi / Demam
Masalah Tidur / Kelesuan
Jangkitan Pundi Kencing
Masalah Buah Pinggang
Kanser / PertumbuhanTumor
Sakit Sendi & Sengal Badan
Jantung / Saluran Darah
Migraine / Sakit Kepala
Strok / Parkinson
Penyakit Alzheimer (Nyanyuk)
Masalah Senggugut / PMS
Jangkitan Virus / Bakteria
Darah Tinggi
Masalah Saraf
Kencing Manis
Thyroid



KANDUNGAN BAHAN-BAHAN :
1. Kolagen Ikan Laut Dalam
Kolagen tulen yang dihasilkan daripada spesis ikan putihlaut dalam dari PERANCIS
Mengembalikan keremajaan kulit anda
Mengandungi agen antioksida semulajadi yang melindungi sel-sel daripada radikal bebas.
Menyokong penambahan lapisan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit yang sihat dan dan tegang.

2. Buah Acai
Buah Keajaiban dengan manfaat yang besar, seperti anti-penuaan, anti-bakteria, anti-kanser, anti-radang dan menguatkan sistem kardiovaskular
Kaya antioksida, mampu untuk mengurangkan risiko mempunyai kanser dan membantu melambatkan proses penuaan.
Kaya dengan sumber vitamin dan mineral, termasuk kandungan tinggi omega 6 dan omega 9
Kaya dengan serat pemakanan, membantu untuk meningkatkan kesihatan sistem kardio vaskular, saluran penghadaman dan membantu mengawal paras kolesterol.

3. Gam Akasia
Membantu meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) dalam badan
Membantu menyingkirkan toksin berbahaya yang terkumpul dalam sistem pencernaan
Kaya dengan Serat yang menyerap toksin yang kemudiannya dikeluarkan melalui proses penghadaman

4. L-glutathione
Memperbaiki kulit untuk menjadi lebih lembut,halus dan dan lebih muda
Satu agen yang kaya antioksida yang melindungi kulit terhadap kerosakan sel hasil proses pengoksidaan sekaligus melambatkan proses penuaan.
Mengurangkan proses pembentukan pigmen , memberikan kulit anda penampilan yang lebih cerah dan berseri
Membuang toksin dari dalam badan untuk meningkatkan sistem imunisasi
Ha.. yang ni aku Boldkan sebab... kan ni nama group aku masa Treasure Hunt tempohari.. bawak tuah tau nama ni.. :)

5. Astaxanthin
6000 X lebih kuat dari Vitamin C
500 hingga 1000 X lebih kuat dari Vitamin E
800 X lebih kuat dari Co Q10
550 X lebih kuat dari EGCG Green Tea
75 X lebih kuat dari Alpha Lipoic Acid (ALA)
40 X lebih kuat dari Beta Karoten
17 X lebih kuat dari Grape Seed
Memulihkan kesakitan sendi,sakit otot dan arthritis.
Sangat bagus untuk mengurangkan kedutan dan garis halus, meningkatkan tahap kelembapan dan keanjalan kulit, menjadikan kulit lebih halus dan cerah berseri
Meningkatkan daya tenaga dan stamina dalam badan.

6. Serbuk tomato
Mengandungi banyak vitamin A dan C
Berkhasiat tinggi untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya dalam aliran darah
Membantu pesakit kencing manis untuk menjaga tahap gula darah mereka di bawah kawalan
Vitamin A dalam tomato akan membuat rambut anda kuat dan berkilat,juga bagus untuk mata, gigi dan tulang.

7. Acerolla ceri
Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan , menguatkan hati, memperbaiki keadaan kulit dan meningkatkan keupayaan badan untuk memulihkan dan memperbaharui tisu dengan cepat
kandungan vitamin C yang tinggi dapat meransangkan pembentukan kolagen dalam badan, yang dapat menggantikan sel kulit menjadi sihat, halus dan lebih anjal.
Membantu menguatkan sistem imunisasi dalam badan dan melindungi daripada penyakit kardiovaskular dan masalah mata

8. Marigold bunga ekstrak
Mengandungi pelbagai karotenoid antioksida membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, atau molekul berbahaya.
Berkesan dalam merawat pelbagai masalah kulit radang, kulit berjerawat dan eczema
Menstabilkan kelembapan pada kulit anda, sekali gus ini bermanfaat bagi mereka yang mempunyai kulit yang sangat kering dan sensitif

9. Superberry
Diketahui mengandungi kandungan antioksida yang sangat tinggi.
Melindungi sel dari pengoksidaan dan meneutralkan radikal bebas.
Sumber terbaik untuk Vitamin C, Zat Besi, dan Potassium.


Apakah kelebihan menggunakan EPHYRA?
Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
Melancarkan sistem pencernaan dalam badan
Mengurangkan kadar kolesterol
Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan
Mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolism
Melegakan kesakitan sendi dan arthritis



Sejak akhir-akhir ni banyak sangat isu tentang TAK HALAL! TAPI... korang jangan risau dan jangan was-was...

Produk Ephyra telah memperoleh jaminan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan dianugerahkan Amalan Pengilang Baik (GMP).

 Kat bawah ni ada testimonial dari pelanggan..Memang berkesan...


Tak tahu nak beli kat mana? Jangan Risau... korang beli jer kat sini :


Ocean Marketing Sdn Bhd,
73A-3, 3rd Floor, Block J, Plantinum Walk,
No 2 Jalan Langkawi, Danau Kota Setapak,
53300 Kuala Lumpur
ataupun beli jer ngan Emi..
kalau korang nak beli kat Booth pun bole gak.... 
Good News! Sesiapa yang berada disekitar KL, bole la serbu @klstreetfest pada 7-8 Jun ni kat Dataran Merdeka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.....
Aku pun ingat nak pegi situ jugak.. nak beli lagi Ephyra.. sedap sangat... Nak tau apa perubahan kat aku lepas minum Ephyra? Jeng..jeng..jeng.. kita tunggu entry berikutnya yer... 
K, Bai...




27.5.14

Kenangan manis bila dapat join Treasure Hunt Bersama Ephyra..

27.5.14,Tuesday, May 27, 2014

Sabtu lepas aku join Treasure Hunt Ephyra.. tak pernah-pernah aku join.. tetiba kali ni macam terdetik pulak hati ni nak join... sebab apa aku join? sebab... 1st sekali , aku sebenarnya dah lama tahu tentang keberkesanan serta khasiat Ephyra ni...nak sangat cuba Ephyra ni.. tapi asyik dok bertangguh-tangguh nak beli.. sebab kedua pulak...mestila dek kerana aku nak jugak kenal blogger-blogger yang otai2 ni... kalau nak dibandingkan dengan aku.. blog aku ni biasa2 je kan... so, bole la aku mintak tips berblog dari diaorang pulak.....bila dah bagi kesempatan macam ni..mesti la aku x nak lepaskan peluang.. walaupun hakikatnya aku ni malu sangat-sangat nak join....

7 kumpulan
7 kereta
27 Blogger

Kami semua kena berkumpul dekat Puspanitasari, Presint 10 Putrajaya... Aku keluar dari rumah pukul 8 pagi... singgah LRT Sg. Besi dulu sbb ambik blogger Emi... sebelum pukul 9 pagi kami dah sampai kat situ.. tengok2 dah ramai jugak la blogger yang dah sampai....

Antara blogger yang sampai awal..
Bila semua dah berkumpul..urusetia pun bagitau kumpulan... aku dapat Team 2.. satu kumpulan dengan Ujang (Ketua kumpulan) , Qaseh dan Norfa .... pastu, kami semua dapat T-shirt Ephyra dan sarapan pagi..

T-shirt untuk kami pakai sepanjang Treasure Hunt ni... 

Sarapan kami.... Mewah betul dengan makanan.. 
Task pertama, sebelum makan, kami semua kena minum Ephyra dan buat Insta Video dulu... pastu bole la makan...


Sambil makan sambil dengar taklimat dari urusetia... 

tak sangka kak Amiza Ephyra pun sanggup turun padang bagi semangat kat semua peserta...
Kak Amiza bagi taklimat dan kata-kata semangat jugak untuk kami sebelum bertolak.. ops.. lupa pulak.. Kak Amiza jugak dah tukar nama kumpulan..Nama kumpulan dipilih dari bahan-bahan dalam Ephyra.. Kumpulan aku dapat nama Gluthathione..




Kereta team Gluthathione..
 Dah settle semua kat situ.. kami pun mula buat task kedua yang lebih mencabar...


Ha.. kalau korang baca soalan ni korang rasa kat mana? Bukan jauh pun.. kat Taman Botani Putrajaya tu jer... 


Kumpulan kami adalah kumpulan yang 1st sampai.. apa lagi.. cepat2 la kami selesaikan tugasan sebelum group lain sampai... kat sini kami kena cari pokok berdasarkan nombor pokok.. cari nama tempatan dan saintifik.. bagus game ni.. baru la kita tahu nama-nama pokok kat situ..kalau x masuk treasure hunt ni, agak2 aku akan saja2 gi tengok nama pokok?.. Non ado la rasanya...

Task seterusnya pulak... kami semua kena selfie depan Papan Iklan Ephyra.. dah la panas terik.. tepi highway pulak tu... selamba je kami semua... entah2 orang yang lalu lalang semua cakap "Apa la yang budak2 ni dok buat tepi jalan tu" ...hahaha..

semua sibuk dok selfie...
Settle task tu... kami semua gerak ke KLIA2 pulak... kalau tak kerana aku join Treasure Hunt ni..lambat la aku dapat jejakkan kaki kat sana... kat sana kami diberi beberapa Task untuk diselesaikan... Antara task yang kami kena buat mmg betul2 menguji ketahanan emosi dan fizikal.. ada jugak la yang kami kena reject ngan penumpang kat situ.. tapi, kental jer.. pergi cari yang lain...



Selfie kami bertiga...

Team Gluthathione.
salah 1 task..bergambar dengan pelancong asing...
dan yang paling best sekali masa kat sana, bila kami diberi tugasan untuk cari makanan PALINGGGG PEDASSS kat situ... mula2 ingat nak pergi Kedai Indonesia (Dapur Nusantara) tapi.. sayangnya, kedai tu blom bukak.. Ujang ajak pergi Jaya Grocer..kami beli Spagethi.. nasib baik budak-budak yang kerja kat situ sporting.. diaorang siap keluarkan serbuk cili ngan serbuk lada hitam untuk kitaorang tambah dalam spagethi tu bagi pedas...


Yeay dah dapat...
Macam2 benda pedas yang kami letak kat dalam tu.. tapi.. team urusetia cakap x pedas langsung... hihihi.. lidah diaorang mmg betul-betul kebal ni... habis task terakhir kat KLIA2 tu, kami terus pg solat Zohor dulu...





Keluar dari KLIA2, kami singgah makan tengahari dekat Petronas. area situ gak.. tak jauh pun dari Airport...Lepas makan, kami dapat Task yang seterusnya.. kami semua kena menuju ke lokasi terakhir.. iaitu di Booth Ephyra di Karnival Jom Heboh..


Kalau ikutkan task, kami kena parking dekat PICC dan naik Shuttle Bus ke Jom Heboh.. tapi.. sayangnya parking pulak tak ada.. ingat nak parking kat PICC, tapi x bole sebab malam tu ada ABPBH.... pastu, kami terus je gerak ke Jom Heboh.. jauh giler kami parking.... semput gak la nak sampai Jom Heboh tu.. :)

Muka dah keletihan sebab jauh berjalan..
Happy giler aku bila kami selamat sampai kat Booth Ephyra... ingatkan kami dah terlambat.. rupa-rupanya... kumpulan kami yang pertama sampai kat situ... Sampai je, terus minum Ephyra.. nak charge balik tenaga.. Alhamdulillah.. semua kumpulan berjaya sampai dengan selamat...

Task terakhir kami adalah Blind Soccer... kiranya game ni.. kita kena tutup mata.. pastu, group mana yang dapat jaringkan gol dulu dikira menang sebab ianya game kalah mati... Wakil Group aku adalah Qaseh dan Norfa.. Ujang pulak bagi direction bola kat mana.. aku mesti la jadi jurugambar.. kalau tak, sapa yang nak ambik gambar moment ni.. hihihi..


Alhamdulillah.. untuk game ni, group aku menang lagi... pastu, kami kena buat Team Cheer depan Norman dan Memey... Task semua settle... berdebar pulak nak tunggu keputusan...



Dup dap dup dap jantung aku selagi tak tau keputusan.... last2 bila diumumkan...


Tempat Ketiga
(RM 800 dan Goodies Dari Ephyra)
Team Tomato


Tempat Kedua
(RM 1200 dan Goodies Dari Ephyra)
Team Acai Beri

dan masa yang ditunggu-tunggu... tempat pertama...... dimenangi oleh.......



Tempat Pertama
(RM 2000 dan Goodies Dari Ephyra)
Team Gluthatione


Yeay.. Alhamdulillah.. team kami menang tempat pertama.. Tahniah jugak untuk semua blogger yang join event ni... Yang tak menang pun x balik tangan kosong.. semua dapat bawak balik Goodies dari Ephyra..






Alhamdulillah.. terlalu banyak pengalaman manis sepanjang Treasure Hunt Ephyra ni.. tak dapat nak diceritakan satu persatu kat sini... Terima kasih untuk team Denaihati dan Oceanlife.. Lain kali buat la lagi event macam ni.. korang memang best!

* Nak tau pengalaman blogger lain pulak? korang terjah je blog diaorang ... Ni antara blogger yang dah update cerita Treasure Hunt ni...


Sekarang ni Ephyra tengah buat Promosi tau.. sekotak (30 sachet) hanya berharga RM180.. berbaloi tau beli masa promo ni... Macam mana nak beli? Jap ek.. korang klik jer kat bawah ni..


Nak tau detail tentang Ephyra? Jangan risau.. next entry aku citer yer.. entry ni dah panjang sangat.. takut korang bosan pulak.. :)

*Tambahan

26.5.14

Jemputan kenduri di Kampung Pengantin, Setapak.

26.5.14,Monday, May 26, 2014
Ni citer 3 minggu lepas kalau x silap aku... sori yer dah lupa... banyak sangat yang nak ingat..hahaha.. bukan faktor umur tau!

Aku n my BFF merangkap Adik Ipar aku dapat jemputan kenduri kahwin kat Kg. Pengantin, Setapak...ni kali kedua aku pg kat situ.. sebelum ni Dinner opis aku pun buat kat situ jugak...tapi sampai skrg aku lom update.. :)

Mula2 janji ngan geng2 kewangan pukul 1 ... tapi, elok je kitaorang sampai... x nampak lagi muka diaorang... kitaorang pun bergambar je la dulu kat luar dewan..

Pergi berdua jer...

Cak!
 Dah habis bergambar..tunggu punya tunggu.. still x nampak batang hidung diaorang... kitaorang decide nak masuk dulu.. makan pelan2 sambil tunggu yang lain2... Masuk dalam..salam ngan tuan rumah... terus makcik pengantin bawak kami dan tunjuk meja... terkejut gak la kami berdua ni sebab makcik tu suruh kami duduk kat meja V.I.P.. terkulat-kulat kami berdua..meja sikit punya besar..kami berdua jer... dah la meja V.I.P tu nak kena penuh dulu baru bole buka..perut dah berkeroncong dah time tu...

Meja V.I.P.. no. 23...

Sementara menunggu tu..kami selfie dulu....
 Sampai kul 1.30 pun x sampai lg.. adoi.. dah lapar ni..last-last kami berdua decide nak pg makan yang buffet punya.. layan diri jer.. mana tahan nak tunggu meja penuh.. perut dah bernyanyi-nyanyi riang ni...

ni je yang aku ambik..konon2 kan diet.. hahahah...
 Dalam pukul 2, baru pengantin masuk dalam dewan.. sama cantik sama padan..



Lama jugak kami dok lepak dalam dewan tu.. pastu, keluar tunggu diaorang kat luar pulak.. dalam 5 minit macam tu baru la diaorang sampai... Adik Ipar aku masuk balik dalam dewan untuk tangkap gambar ngan pengantin n team2 kewangan .. aku dah panas.. tunggu je kat luar sambil makan jajan kat Candy buffet.. :) Bila adik Ipar aku settle... terus gerak balik rumah... Nasib baik cuaca ok.. tapi panas jugak la..

Door Gift... Cantik bekas tu..

Dalam tu diaorang letak Coklat Cadburry (harap2 yang ni xde la unsur2 B... kat dalam tu.. :)

Tahniah Untuk Pengantin berdua...
Notakaki : Tahniah jugak untuk Angah dan Ida sebab tak lama lagi nak dapat Baby...  Nanti bole la Maklong dia ni tumpang kasih sayang yer...