30.6.14

"Giveaway Ramadhan Raya by Syira Lokman"

30.6.14,Monday, June 30, 2014

Jom join Giveaway Ramadhan Raya By Syira Lokman ni... Banyak hadiah menarik tau.. senang jer.. Nak join jugak? Klik Syira Lokman atau Banner kat atas tu yer.. Selamat Mencuba..

Citer 1 Ramadan

,Monday, June 30, 2014
Salam...
Macam mana puasa hari ni? Mesti la ok kan? dah masuk hari kedua pun kita berpuasa...

Semalam kan hari pertama puasa... berkobar-kobar aku nak masak untuk berbuka.. Pukul 2 petang, aku dah sibuk... kletang kletung kletang kletuk kat dapur... haip..haip.. sape tu yang cakap aku tak pose? aku pose la.. cuma aku masak awal sebab aku nak rebus tulang.. aku masak Sup tulang.. sebab tu la aku masak awal... ingat senang ke nak bagi daging tu empuk..makan masa tau... almaklumla.. aku ni mana ada periuk Tekanan.. kena la masak lama atas dapur sebab pakai periuk biasa jer.. kalau tak, aku yang tekanan nanti sebab daging tu liat.. hihihi... sambil2 tulang tu atas dapur, aku siang lauk pauk yang aku beli kat NSK tu.. siap beli lauk stok seminggu.. senang.. balik kerja, tak payah singgah kedai dah.. balik rumah.. terus masak.. asingkan ikut bekas dan hari apa aku nak masak.. senang... nnt bila sampai waktu nak masak.. bawak keluar la satu bekas... tak payah keluarkan semua...

Dah siap tu, tutup api dapur.. aku perap pulak sotong sebab nak buat sotong bakar... dah siap perap, simpan dalam peti ais dulu... pastu, sambung tgk tv.. Pkl 5.30, adik aku call suruh ambik dia kat LRT.. ok, fine... ajak hubby teman... Hubby siap2.. aku jengok ikut tingkap rumah.. nampak banyak sangat kereta kat jalan.. Jammed.. Mak ai.. apehal jammed teruk ni.. La.. pastu baru aku teringat yang kereta tu semua sangkut jammed sebab nak pergi Bazar Ramadan kat Tasik Permaisuri... MasyaAllah... nak tak nak..keluar jugak la..kalau x, kesian adik aku tu... keluar je dari rumah, dah terkandas jugak dalam jammed.. Redha je la.. selalunya dari rumah aku ke LRT dalam 15 minit jer.. ni dah jadi setengah jam...

Balik ambik adik aku, hubby nak singgah Bazar... Nasib baik senang gak dapat parking...Tapi bila aku tengok ke arah bazar.. Mak Ai.. ramai giler orang... Aku ni kalau tempat yang sesak camtu, mula la rasa macam.. erm.. x payah masuk la..jom balik... tapi... kesian plak kat hubby.. dia nak minum jus tembikai.. aku pulak macam terngin je nak minum Jus Mangga... masuk jugak la... bersesak-sesak kat dalam tu.. sampai ada orang yang hilang anak.. nasib baik, polis bantuan kat situ jumpa..kalau x, menangis tak berlagu la jawabnya...

Aku dapat beli Jus Tembikai ngan mangga, hubby beli cucur cempedak ngan tauhu sumbat, adik aku pulak beli gulai kawah ngan tepung pelita.. aku nak beli roti john... tapi semua gerai roti John punyala ramai orang.. beratur punya la panjang... malas ar nak tunggu.. tu pun, kitaorang sampai rumah dalam pukul 7.20... kelam kabut hidang makanan.. aku panaskan balik sup tulang tu... Jiran plak hantar Mee Rebus... Mula2 ingatkan sikit je makanan.. tapi bila dah hidang..penuh jugak la...

Menu berbuka aku semalam ada Sup Tulang, Sambal Kicap,Sotong Bakar,Gulai Kawah,Tepung Pelita,Cucur Cempedak,tauhu sumbat, air tembikai, air mangga dan Mee Rebus.. Bayangkan, betapa penuhnya meja makan aku semalam.. Nafsu sungguh.. so, hari ni.. no more bazar... masak sendiri jer.. tak payah membazir.. tak elok..amalan syaitan tu... :)

Zara Pretzels Perisa Almond Chocolate

,Monday, June 30, 2014
Alhamdulillah.. hari ni dah masuk hari kedua Ramadan.. dan belum kantoi lagi.. harap2 la 'bendera merah' tu x datang bulan ni... lepas 9 bulan baru dtg balik yer.. :)

Dah lama aku x update kan? bukan ape, internet aku slow sgt.. tak tau la apa masalahnya.. aku ni pun bukannya jenis yang sabar...bila slow, aku pun terus shut down.. hahaha.. tu la sebabnya blog ni tak berhapdet...

Aku sebenarnya nak citer tentang Pretzels (apakehalnya bulan2 posa ko citer tentang makanan ni eyza oii) hahaha.. sori2... bukan niat aku nak kantoikan posa korang...tapi.. aku nak citer tentang kesedapan pretzels ni... mana la tau kut2 korang nak buat sebagai salah satu kuih raya nanti...


Aku beli sebalang.. nak try dulu.... sebalang ni cuma RM 20.. dalam ni ada lebih kurang 50 keping kut.. banyak gak la....aku ambik perisa Almond Chocolate..Rasa? sedap... lebih kurang rasa Pepero.. tak la sebijik.. cuma ala-ala rasa Pepero tu...



Aku beli dengan EMI ... kalau korang nak order gak.. contact jer no kat atas tu... Emi jugak ada buat COD.. nanti tanya je la dia.. kawasan mana yang dia COD...senang kan?...

Ok, Selamat Berpuasa yer.. :)

24.6.14

CPUV dari Nuffnang

24.6.14,Tuesday, June 24, 2014

Alhamdulillah.. walaupun blog aku ni biasa-biasa jer... tapi tetap dapat CPUV dari Nuffnang.. TQ Nuffnang.. kalau korang nampak iklan-iklan ni menari-nari kat blog aku.. tolong la klik yer.. :)

23.6.14

Makan-makan di Restoran Murni Bandar Sri Permaisuri

23.6.14,Monday, June 23, 2014
Korang pernah dengar nama Restoran Murni? Membe aku kata kat sini famous dengan Mee Raja... Hari tu, aku tengok kat blog Eida.. Dia ada tulis tentang makanan kat sana.. nampak sedap jer.. Teringin gak nak cuba... Kedai ni dekat giler kut dengan rumah aku... tapi, tak pernah aku singgah...

Bila dah asyik dok lalu jer..pastu, tgk kalau malam..ramai giler orang kat situ...mesti la aku tertarik..tambah-tambah pulak bila baca review dari Eida.. lagi la aku rasa nak try...

First time aku try masa aku balik dari Yoga bersama Whisper..  lepas senaman kan lapar... otw adik ipar aku nak hantar aku balik.. aku ajak la dia makan kat situ..masa tu aku order Chicken Chop n adik Ipar aku order Spagethi Carbonara.. not bad.. sedap jugak la...

So, semalam hubby nak blanja aku n adik-adik aku makan kat luar.. dia srh decide nak makan kat mana.. tetiba, aku teringat yang hubby blom pernah makan kat situ... terus aku ajak hubby makan situ... Ya Ampun.. sampai je sana... punyala ramai orang..padahal masa tu dah pukul 10 malam...mula-mula ingat nak duduk kat bawah pokok... free air.. tapi, meja semua penuh...terpaksa menunggu lama gak la utk dapat meja..last2 adik aku masuk cari dalam kedai..nasib baik dapat...x pe la.. dalam kedai pun dalam kedai la... janji dapat makan...

Aku order 3 layer Tea, hubby order Barli Ais, Achik order Pink Panther dan Adik order I Miss u... Unik kan nama air kat sini...rasa pun sedap..




Untuk makanan pulak.. aku order Roti Hawai..malas nak makan nasi sebab dah lewat.. sedap.. ala-ala murtabak.. tapi ada daging cincang, hotdog dan cheese... Acik order Nasi Goreng Ayam Pandan...mula2 sampai tgk nasi dia macam x menarik.. tapi bila dah makan.. sedap jugak.. ayam pandan dia yang paling best... Adik pulak order Lamb Chop.. dia mmg penggemar kambing... Lamb Chop kat sini mmg sedap..daging lembut dan tak bau kambing....Dalam banyak2 order ni..paling kesian kat hubby.. sebab dia order Nasi Putih, TomYam dan Telur Dadar... Lambat sangat sampai... kitaorang dah habis makan baru sampai.. redha je la.. order dari Thailand kut.. sebab tu la lambat... hihihi..

Roti Hawai

Lamb Chop

Nasi Goreng Ayam Pandan

TomYam Campur
Banyak jugak kan yang kami makan... nak tau harga? jap ek... cuba tgk kat bawah ni..


Okla untuk makan 4 orang... Berbaloi sebab portion kat sini pun besar... lain kali aku nak datang makan lagi kat sini.. kali ni nak try yang lain pulak.. nak ambik western...

Untuk tahu detail tentang Restoran Murni ni bolehla masuk Facebook Restoran Murni...


Sifat Kemanusiaan Semakin Lama Semakin Hilang..

,Monday, June 23, 2014
Ya Allah... Tergamam.. Terkedu.... Sebak... bila tengok berita tentang Muhammad Firdaus Dullah, Remaja OKU yang dikurung sehingga kurus kering... MasyaAllah.. sebelum ni aku selalu tengok kat luar negara jer..Negara yang ada krisis kebuluran macam Somalia.. tak sangka sekarang ni kat Malaysia pun dah ada...


Aku macam pelik jugak bila mak dia bagi alasan KESEMPITAN HIDUP yang buat dia tak boleh nak jaga budak tu dengan sempurna... tapi... kalau korang tgk gambar ni.. korang rasa betul ke?
O.. aku tau... maybe sebab dia Kesempitan Hidup sampai dia bole beli Mekap..beli tudung Bling Bling.... Erm... hanya orang yang Kesempitan Hidup jer yang mampu tu... Aku malas nak cakap banyak.. kang ada yang kata "Ko tak duduk kat tempat dia, bole la ko cakap macam tu"... Ok Fine.. Memang aku tak duduk kat tempat dia.. tapi, aku rasa Ibu kucing pun pandai sayang anak.. dia cukup makan pakai..kalau tak cukup, takkan la sihat macam tu dak? tapi anak? sanggup biarkan macam tu.. kucing kurap tepi jalan tu pun rasanya lagi bertuah dari dia...kenapa la sekarang ni rasa perikemanusiaan tu dah hilang? Bukannya anak orang lain..anak sendiri kut.. darah daging.. lahir dari rahim sendiri.. walaupun aku blom ada rezeki jadi ibu... tapi aku selalu dengar.. Seorang Ibu sanggup lakukan apa saja untuk anaknya walaupun nyawa sendiri jadi galang gantinya.. Tapi Dia? Ntah la.. Korang nilailah sendiri.... Nak tau lebih detail tentang cerita ni.. klik sini..


Ni pulak, ada 1 status dari budak baru nak "up"... Langsung tak fikir perasaan orang lain.. perasaan sendiri jer... Takpe la.. awak tu SEMPURNA.. tapi, jangan sampai menghina kejadian Allah... sekarang ni awak sempurna.. cantik..muda.. satu hari nanti.. tak mustahil awak pun bole jadi OKU jugak... sekarang ni setiap pembalasan Allah dibayar CASH jer.. kat dunia pun kita bole dapat.. Fikir-fikirkanla... dan Selamat Beramal...

21.6.14

Pesta Floria Putrajaya 2014

21.6.14,Saturday, June 21, 2014



Korang dah gi Floria Putrajaya? Hari Isnin hari tu aku dah gi.. tapi... sebab panas sangat time tu.... aku tak masuk la... ye la, macam mana x panas, aku sampai sana pukul 12 tengahari... mmg tgh panas terik la time tu...

So, semalam aku repeat balik... bawak adik2 aku pergi..hubby baru balik kerja.. penat.. dia x nak join.. kitaorang je la pergi.. xpe.. putrajaya je kut.. InsyaAllah, tak sesat...

Mula-mula sampai..kami lepak kat jambatan dulu.. tengok kapal berhias...


 Pastu, baru gerak pergi Tapak Pesta Floria...

bergambar dulu sementara tunggu adik aku beli tiket...

6 tiket = RM 18

Jemput masuk....

Selfie dulu.. masa kitaorang bergambar ni.. rupa2nya ada gak orang lain yang ambik gambar kami.. cuak kejap aku..pastu, dia tau kut yang aku cuak, dia pun bgtau yg dia jurugambar rasmi untuk Floria ni...

hahahah... lawak gambar ni.. dua-dua tido...

selfie lagi...
 Malas la nak citer banyak2.. layan gambar je la...



















Ok.. kalau korang pun teringin nak pergi jugak.. cepat tau sebab esok last day.. bagi penggemar bunga, mesti syok sbb bole beli bunga dgn harga yang lebih murah....berbaloi-baloi..

Nak tau lebih lanjut tentang Pesta Floria ni?... klik jer  floriaputrajaya

20.6.14

Diana Danielle cemburu kat Nora Danish?

20.6.14,Friday, June 20, 2014


Diana Danielle meluahkan rasa CEMBURU dengan Nora  Danish - Terkejut juga kami membaca kenyataan terbaru Diana Danielle yang ditulis melalui Instagram beliau malam ini. 
Ada nada kurang berpuas hati dengan satu tindakan Nora Danish memuat naik gambar untuk promosi filem terbaru Pengantin Malam.
Menerusi nota dalam Instagram itu, Diana Danielle mempersoal kenapa dalam banyak banyak gambar untuk promosi filem tersebut yang ada tetapi gambar Nora Danish memegang tangan suaminya, Farid Kamil yang dimuat naik ke laman sosial.
“Banyak lagi gambar yang lebih elok boleh di’upload untuk promosi filem kamu, gambar pegang tangan suami saya juga nak dikongsi. Oh faham, mungkin itu akan membuat orang teruja untuk tengok filem kamu. Hati of hati, sabarlah,” luah Diana Danielle.
kredit: sini
Pendapat aku: 
Diana tu pelakon.. bukan tak biasa benda-benda macam ni... Memang la tu hak Diana sebagai isteri.. tapi Farid tu pelakon jugak.. kan dah biasa pegang2 camtu.. kalau tak nak pegang.. tak payah jadi pelakon.. berenti jer.. senang... Tapi... pelakon kita ni pun satu.. sikit2 nak pegang... mungkin juga publisiti dan kontroversi kena ada untuk sesuatu filem untuk lariskan lagi filem tu...Ntah la.. aku tak sokong sapa2 dalam hal ni.. masing2 dah besar..masing2 dah matang...tak payah cipta kontroversi.. dunia filem kita ni kecik jer..pusing-pusing jumpa muka yang sama gak nanti..tak payah la nak update rasa cemburu tu kat laman sosial.. suami balik rumah, bincang je dari hati ke hati.. lagi senang.. FULL STOP!

19.6.14

Teaser Cuti-Cuti Cinta

19.6.14,Thursday, June 19, 2014