31.10.14

Cara-cara nak ke KLIA2

31.10.14,Friday, October 31, 2014
Tadi aku baca kat blog Eida tentang parking mahal kat KLIA2. memang pun. cekik darah... kalau pg sekejap takpe la..kalau lama.. masak la nak membayar parking nanti...


Sebenarnya ada banyak cara untuk korang ke KLIA2..  Antaranya, korang boleh :-

Memandu sendiri ke KLIA2

~ Kalau korang pergi ramai dan ada warga emas, lebih baik la memandu sendiri ke sana.. tapi, perlu diingatkan yang kadar parking di Klia2 agak hazab jugak la nak membayarnya..

1-3 jam   RM 4.00 /jam
4-5 jam   RM 3.00 / jam
6-9 jam   RM 3.00 / jam
> 10 jam   RM 2.00 / jam

kadar sehari maksima RM 46.00
Kalau tiket hilang pulak kena bayar RM 50.00 sehari

Klia Transit / Klia Ekspress

~ Untuk sesiapa yang nak cepat dan mengejar masa, memang sesuai sangat naik Klia Ekspres.. aku pernah naik.. memang laju.. sekejap jer dah sampai airport.. tapi, harga agak mahal la..

Kl Sentral ke Klia2 :- 
harga sehala RM 35.00 (dewasa)
harga sehala RM 15.00 (kanak-kanak 2-12 tahun sahaja)

~ dan kalau nak naik Klia Transit pun boleh.. cuma tren ni ada berenti-renti la.. tapi yang bestnya, korang bole naik kat mana-mana stesen yang terdekat dengan rumah.. ada 4 stesen yang akan dilalui sebelum sampai ke Klia2..
KL Sentral-Bandar Tasik Selatan-Putrajaya/Cyberjaya-salak Tinggi-KLIA-KLIA2

Kl Sentral ke Klia2 :-
harga sehala RM 35.00 (dewasa)
harga sehala RM 15.00 (kanak-kanak)

Bandar Tasik Selatan ke Klia2:-
harga sehala RM 26.50 (dewasa)
harga sehala RM 13.00 (kanak-kanak)

Putrajaya / Cyberjaya ke Klia2 :-
harga sehala RM 6.20 (dewasa)
harga sehala RM 3.00 (kanak-kanak)

Salak Tinggi ke Klia2 :-
harga sehala RM 3.20 (dewasa)
harga sehala RM 1.60 (kanak-kanak)

Klia ke Klia2 :-
harga sehala RM 2.00 (dewasa)
harga sehala RM 1.00 (kanak-kanak)

Teksi

Kalau korang ada bajet lebih dan kejar masa, bolehla naik teksi.. untuk teksi aku tak berapa sure plak berapa tambangnya.. maybe dalam harga RM 70.00  hingga RM 100.00 sehala.

Bas

Dan cara yang paling jimat dan menjadi pilihan aku... adalah dengan menaiki bas..

Aku ni kalau boleh jimat mmg akan jimat...Kalau korang nak jimat macam aku.. boleh la ikut cara aku ngan hubby ni... tapi, kalau korang ada anak kecik.. macam leceh sikit la.. sebab kena transit dulu kat TBS... Masa kitaorang balik raya hari tu.. kitaorang naik AirAsia.. masa tu pulak, AirAsia baru lagi pindah ke KLIA2.. mula-mula ingat nak parking kat Airport.. pastu..fikir punya fikir.. tak jadi la.. sayang duit jer utk bayar parking.. baik duit tu aku buat belanja kat kampung...

Korang boleh naik bas dari KL Sentral atau Terminal Bersepadu Selatan (TBS)... tapi bas ni hanya untuk orang yang masih banyak masa.. kalau korang nak naik bas, kena la keluar awal.. sebab ianya makan masa lebih kurang sejam macam tu la..

Sebelum ni.. kalau gi LCCT, aku naik bas jer kat KL Sentral.. tapi, KL Sentral pun parking dia mahal gak.. tak berbaloi.. dah la jauh gak dari umah aku...  dan kebetulan plak, sebelum balik raya hari tu aku ada nampak Banner kat TBS.. Yeay ni yang aku tunggu-tunggu.. ada perkhidmatan JETBUS.. dr TBS ke KLIA2...


Aku parking je kat TBS (Terminal Bersepadu Selatan).. 


Kat TBS ni mengamalkan semua kaunter kita boleh beli tiket.. tak kisah la kita nak pergi destinasi mana pun.. tapi make sure la destinasi ke Selatan jer.. jangan pulak korang mintak tiket nak ke Pantai Timur plak..mmg tak bole nak tolong la.. 

So, pergi je kat kaunter.. cakap nak pergi KLIA2.. penjual tiket tu akan mintak ic untuk key in nama kat tiket... Tiket cuma RM 9.00 je sehala.. Bas pulak ada setiap setengah jam.. So, korang tak payah risau...



TBS to KLIA2
KLIA2 to TBS
Departures
Arrivals
Departures
Arrivals
TBS
KLIA2
KLIA2
TBS
3:00 am
4:15 am
4:30 am
5:45 am
4:00 am
5:15 am
5:30 am
6:45 am
5:00 am
6:15 am
6:30 am
7:45 am
6:00 am
7:15 am
7:30 am
8:45 am
7:00 am
8:15 am
9:00 am
10:15 am
8:30 am
9:45 am
10:30 am
11:45 am
10:00 am
11:15 am
11:30 am
12:45 pm
11:00 am
12:15 am
12:30 pm
1:45 pm
12:00 pm
1:15 pm
1:30 pm
2:45 pm
1:00 pm
2:15 pm
2:30 pm
3:45 pm
2:00 pm
3:15 pm
3:30 pm
4:45 pm
3:00 pm
4:15 pm
4:30 pm
5:45 pm
4:00 pm
5:15 pm
5:30 pm
6:45 pm
5:00 pm
6:15 pm
7:00 pm
8:15 pm
6:30 pm
7:45 pm
8:30 pm
9:45 pm
8:00 pm
9:15 pm
9:30 pm
10:45 pm
9:00 pm
10:15 pm
10:30 pm
11:45 pm
10:30 pm
11:45 pm
12:00 am
1:15 am




Dah dapat tiket.. turun je bawah.. kat tiket tu ada tulis gate berapa.. kat bawah nanti ada banyak tempat duduk.. korang duduk la tunggu ikut no gate yang tertera kat tiket tu...  Jetbus ni setakat ni tak pernah kecewakan aku.. dia akan sampai 15 minit awal dan akan gerak ikut waktu yang kita beli.. penuh ke tak penuh ke.. bas tetap jalan..


Sampai kat KLIA2, bas akan berhenti kat bahagian bawah.. jalan sikit.. naik lift untuk sampai dalam Mall Klia2... dari mall tu, korang jalan la lagi untuk ke Balai berlepas... tapi kan, KLIA2 ni korang kena berjalan agak jauh la.. kalau dapat gate yang hujung sekali, masak gak la.. boleh pitam dibuatnya...

Kalau rumah korang lebih dekat ngan TBS, aku cadangkan korang buat macam aku jer...senang kan.. jimat pun jimat... 

kadar parking TBS : sehari (24 jam)  RM 3.00 .. korang kali la sendiri berapa hari korang nak tinggalkan kat situ..
Tambang Jetbus : RM 9.00 sehala seorang

Kalau korang nak tau lebih lanjut, klik bawah ni :

30.10.14

Karnival Lan Berambeh Anak Sarawak

30.10.14,Thursday, October 30, 2014
Pada semua anak-anak Sarawak.. Jom ramai-ramai bagi sokongan untuk Karnival Lan Berambeh Anak Sarawak....


Karnival akan berlangsung pada 31 Oktober hingga 2 November 2014 di Perkarangan Stadium Bukit Jalil... Sebelum ni aku tak pernah pun pergi, tahun ni nak ajak hubby pergi la..Best jugak.. walaupun aku bukan anak Sarawak, tapi aku kawin ngan orang Sarawak.. maknanya bole la aku join kan? :)


Ala.. bukan anak Sarawak? takpe... untuk korang yang bukan anak Sarawak pun bole join Karnival ni sebab tahun ni objektif perlaksanaan program ni dah diperluaskan..  Orang ramai boleh tengok barangan, budaya dan makanan Sarawak kat sana nanti.



Untuk keterangan lanjut.. korang bole jer tengok kat :


Jom ramai-ramai kita gi.. Rindu plak nak makan Mee Kolok ngan Laksa Sarawak.

24.10.14

Cendol Sedap!

24.10.14,Friday, October 24, 2014
Sape kat sini penggemar Cendol? Aku memang suka sangat-sangat makan cendol.. tapi kan, nak cari cendol yang sedap memang susah... kalau kat Penang ada la.. kalau kat KL? ada jugak. tapi tak banyak.. 

Hari tu, aku bawak adik-adik aku gi makan cendol best kat KL.Best kat tekak aku la.. setakat ni, cuma dua tempat jer yang aku rasa cendol dia sedap.. satu Cendol santan sawit kat Masjid Negara dan satu lagi cendol ni...



Kami order 4 mangkuk.. padahal pergi bertiga jer... Kat situ, kalau order cendol biasa , dia letak jagung ngan kacang merah. Apa yang buat cendol ni best? sebab kacang merah tu, dia tak pakai kacang besar yang dalam tin tu.. yang ni dia pakai kacang merah yang direbus sendiri.. bila masuk dalam santan, akan rasa lemak-lemak gitu...


Kat tepi gerai cendol tu, ada banyak jugak gerai lain... hari tu, aku order kebab... gu kan ngan cendol.. sedap..


Angah suka betul ngan cendol ni.. dia saja order 2 mangkuk..


Acik tak bole makan banyak.. jaga badan katanya.. hihihi...


Aku mula-mula pun nak order 2 mangkuk jugak.. tapi bila dah makan kebab, macam kenyang plak.. satu cukup la..


Cendol ni dijual atas lori jer.. tepi jalan.. tapi ramai.. kkdg kalau lambat jer, mesti dah habis...


Lokasinya pulak kat depan Masjid Al-Azim, Pandan Indah. Kalau sesiapa yang biasa kat kawasan Pandan Indah ni memang tahu la Masjid ni.. dari jauh dah nampak masjid warna mint tu.. Cantik.. Cuba la rasa. Memang sedap.

23.10.14

Awas! Pencuri ada dimana-mana!

23.10.14,Thursday, October 23, 2014
Semalam petang.. masuk 1 whatsapp kat group ofis aku.. bgtau yang salah sorang membe kami hilang handbag.. Membe tu hilang handbag masa solat kat surau RNR SEREMBAN.. Ya Allah.. dalam surau pun dah tak selamat.. macam mana nak beribadat dengan kusyuk, kalau hati dok risau takut handbag kena curi.. erm.. sian membe aku tu.. dah la baru beli Iphone 5S.. lama dia menyimpan nak beli, alih-alih pencuri tu senang-senang je angkut.. dalam handbag tu, ada benda penting macam purse (dah tentu semua dokumen penting ada dalam tu macam ic, kad bank ngan lesen) , duit RM 200.00 ngan Iphone 5S dia.. Menangis dia.. kalau aku kat tempat dia pun...mesti la menangis.. bukan senang nak dapat sesuatu benda.. bila dah dapat, kena curi plak.


Pagi tadi plak.. Timbalan Pengarah aku plak kena.. Dia citer, Semalam Purse dia kena copet (erkk.. betul ke ayat aku).. semalam dia gi Jakel KL.. Jakel kan skrg ni tengah sale giler-giler murah.. ramai la orang.. Bos aku kata, dia naik beli kain kat tingkat atas.. bayar dan simpan balik purse dalam bag.. siap handbag dia dah tutup zip.. pastu, dia naik lift nak turun ke tingkat bawah plak.. beli kain kat bawah dan masa nak bayar, tengok-tengok.. purse dah takde.. nasib baik dia gi ngan anak dia.. anak dia tolong bayarkan.. pastu, dia gi pejabat pengurusan Jakel.. tengok CCTV.. memang nampak dia simpan balik purse tu.. pihak jakel cakap, maybe pencurik tu curik masa dalam lift sebab dalam lift ramai.. dah la xde cctv dalam tu.. Erm.. takde rezeki.. nasib baik xde banyak cash dalam purse.. tapi, agak ralat jugak la sebab nak kena gi buat balik MyKad, Lesen ngan Kad Bank..


Tak pasal-pasal.. kena uruskan semua tu pulak..macam-macam pencuri sekarang ni.. tak kira kat mana.. dah rasa tak selamat nak bawak handbag pergi mana-mana.. Pasni, kena lebih hati-hati sebab pencuri sekarang dah makin licik.. sampai kita tak sedar kehadirannya..

21.10.14

Shopping di Zalora.com.my

21.10.14,Tuesday, October 21, 2014




Minggu lepas aku dapat baucer Zalora 50 ringgit.. aku dapat sebab entry aku yang ni .. mula-mula ingat nak beli jam.. tapi, bila masuk web Zalora, rasa macam nak beli kasut la, beg la.....pastu tetiba macam nak beli shawl pulak.. adoi.. banyak yang aku berkenan kat Zalora ni.. Semuanya nampak cantik..


Aku ni tak pernah beli kat Zalora.. untuk pembeli yang blom pernah beli kat Zalora, kena daftar dulu la..

Pastu isi data-data semua kat form macam kat atas ni.. Ikut step by step yang Zalora mintak.. Tunggu jer.. Esoknya..




Yeay.. Parcel sampai... 

cepat betul servis Zalora ni.. memang puas hati.. dan yang paling best.. kalau ada yang kita tak puas hati..kita boleh pulangkan balik secara percuma dalam tempoh 30 hari...


dan... Taraaa.... akhirnya aku beli kasut dan shawls.. tapi, aku dah tersalah saiz plak kasut tu.. nak tukar.. nasib baik, Zalora ada buat polisi 30 hari pemulangan percuma tu.. jimat duit aku.. hihihi...

Kempen 'I Want To Touch A Dog".

,Tuesday, October 21, 2014
Semalam.. sana sini orang dok bercerita tentang Kempen "I Want To Touch A Dog".. Macam-macam reaksi.. ada yang sokong.. dan ada yang bantah.. 


Aku pun tak faham.. Untuk apa Kempen ni dibuat?... Tak ada sebab pun untuk kita saja-saja sentuh anjing.. Kalau orang nak kata aku KOLOT pun.. kata la.. Ya.. aku memang KOLOT dalam bab-bab agama ni.. walaupun aku ni bukan ustazah.. tak bertudung labuh.. sekurang-kurangnya aku masih tahu hukum hakam dalam bab menyentuh anjing ni..

Memang anjing jugak makhluk Allah.. Anjing tak bersalah... yang bersalahnya adalah orang-orang yang terlibat dalam kempen ni.. kempen ni jugak memberikan impak yang negatif kepada umat Islam.. ramai yang akan salah sangka... tak mustahil lepas ni, makin ramai umat Islam yang akan menjadikan anjing sebagai binatang peliharaan..


Kempen ini jugak menjemput Ustaz Abu Zulfaqar untuk perkongsian ilmu. Aku ingatkan memang ustaz ni menyokong jugak kempen ni, tapi.. hari ni.. ustaz tersebut dah keluarkan kenyataan..


Berikut adalah kenyataan Ustaz Abu Zulfaqar:-






Banyak lagi kempen yang kita boleh anjurkan.. banyak lagi isu yang perlu kita perjuangkan.. erm..fikir-fikirkanlah ye..

sumber : sini

14.10.14

Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan?

14.10.14,Tuesday, October 14, 2014

Yeay.. akhirnya task kedua dah datang... Tajuk entry kali ni ialah Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan?... Nak tau tak kenapa aku nak sangat-sangat pergi Busan? 


Dari kecik lagi.. aku selalu berangan-angan nak main Salji.. tak tahu la kenapa.. masa kecik, kalau orang tanya.. apa cita-cita aku.. Korang nak tau tak apa aku jawab? Aku jawab cita-cita aku nak Main ngan makan Salji kat Luar Negara.. hahaha.. lawak jer.. tapi, masa tu, aku tak fikir pun benda tu sesuatu yang lawak.. aku fikir, ianya sesuatu yang perlu aku dapat dan kejar... bila dah besar sikit, aku masih simpan angan-angan tu.. tapi kali ni lebih besar.. aku nak belajar bersungguh-sungguh dan nak belajar kat Luar Negara.. ni semua pun sebab aku nak main salji.. Bila orang gelakkan aku dan kata sama jer ngan ais dalam peti ais.. aku tetap tak mengalah..ye la, dulu family aku susah.. peti ais pun tak ada.. mana la aku tau macam mana rasanya main ais dalam peti ais..hihihi.. bila dah masuk sekolah menengah, baru aku pindah rumah.. masa ni senang sikit.. rumah aku dah ada peti ais.. tapi tetap tak sama.. aku nak jugak pegang salji yang betul punya...

Habis sekolah, cita-cita aku nak sambung belajar kat luar negara tak kesampaian.. Masa tu, aku dah berangan nak pergi Korea.. sebab, Korea pun ada 4 musim.. dan salah satunya mestilah musim salji..musim yang aku tunggu-tunggu.. aku tak nak la target nak pergi negara omputih tu semua sebab aku tau aku tak mampu.. Aku memang target nak main salji ngan melawat tempat best kat Korea... Sekarang ni, bila aku tengok Running Man, lagi la semangat aku nak ke Korea tu berkobar-kobar... 

Aku nak sangat bercuti ke Busan sebab... Dari apa yang aku baca, antara Seoul dan Busan.. Busan lebih sejuk ketika Winter.. Mungkin sebab Busan lebih dekat dengan laut dan tiupan angin jugak mempengaruhi cuaca sejuk kat sana.


Kalau kita tengok Peta Korea, Busan terletak kat hujung Tenggara Korea. Agak jauh jugak dari Seoul.Kalau diberi pilihan antara Seoul dan Busan, aku memang tetap akan pilih Busan sebab Busan masih lagi mengekalkan alam semulajadi dan kebanyakan daerah dipisahkan dengan gunung ganang yang tersergam indah dan pantai yang memutih.. Aku ni memang seorang yang sangat sukakan alam semulajadi.. Busan adalah tempat yang sangat-sangat sesuai untuk aku..

Selain dari tu, antara sebab jugak aku nak bercuti ke Busan adalah sebab aku sukakan budaya masyarakat kat sana.Masyarakat di sana bercakap lemah lembut dan comel jer aku rasa.. dan diaorang jugak mementingkan pemberian hadiah dengan tujuan untuk menghargai seseorang dan dapat memupuk silaturrahim sesama mereka.

Tarikan lain yang buat aku teruja sangat nak ke Busan.. dah semestinya.. tempat-tempat menarik yang memang tak ada kat tempat kita.. seperti yang aku dah bagitau kat dalam Task 1 hari tu.. Aku teringin sangat-sangat nak melawat Haeundae Beach, Busan Aquarium, Busan Tower, Kuil Haedong Yonggungsa, Pasar Ikan Jagalchi, Taejongdae Park dan Gamcheon Cultural Village. Sebenarnya, ada banyak lagi tempat menarik di Busan.. tak larat aku nak senaraikan semuanya.. aku senaraikan sebahagian je la yer..

Aku jugak teringin sangat nak tengok persembahan tradisional Korea dan mengenali budaya masyarakat setempat. Aku ni jenis yang suka mencuba sesuatu makanan.. aku teringin sangat nak rasa makanan Korea yang popular macam Bulgogi, Kimchi , Tteokbokki Rice Cake dan pelbagai makanan Korea yang lain..yang penting halal.. dari pembacaan aku, kat Korea ni ada jer Restoran Halal.. so, aku tak risau pasal makanan ni. tambahan pulak, kat Busan ni memang terkenal dengan seafood yang segar-segar.. sedapnya.. aku ni dah la hantu seafood.. memang mabeles la..



Dan yang last sekali.. aku nak sangat bercuti ke Busan sebab.. aku ni memang suka bercuti.. tambah-tambah lagi kalau ianya free.. dan lagi best.. kalau aku dapat pergi bercuti dengan Pelawak Terkenal macam Man Raja Lawak.. Happy kuasa dua aku.. banyak lagi yang aku nak tulis, tapi nanti nampak macam over sangat pulak.. takpe, kalau ada rezeki aku ke Busan ni.. aku akan catat setiap pengalaman pahit manis kat sana dan aku akan tulis kat blog aku ni yer..

Doa-doakan aku berjaya dan terima kasih pada pihak Libur dan Blooggers.com kerana menganjurkan contest macam ni.. kalau ada rezeki, dapat la aku capai cita-cita aku masa kecik.. main salji.. dan paling best.. dapat main salji ngan Man Raja Lawak lagi. K, Bye.


Visit Korea!

13.10.14

Resepi Puding Jagung Kastard Lemak Berkrim

13.10.14,Monday, October 13, 2014
Hari tu kan.. kat opis aku ada buat makan-makan sempena ngan perpisahan membe aku Noly... Mula-mula aku ingat nak bawak Triffle je untuk makan-makan tu... Tapi... masa nak buat tu, tengok-tengok.. barang tak cukup.. ada yang aku terlupa beli.. hihihi.. Nak tak nak, tukar plan... Buat Puding Jagung Kastard.. Aku tgk resepi kat Blog Filla .. Nasib baik, resepi Filla ni senang.. bahan pun tak banyak... dan semua bahan ada.. Yeay.. bila bahan dah cukup.. Misi pun bermula.. Tq Filla sebab memudahkan saya.. hihihi... Nak resepi jugak? K, aku share yer..





















Bahan-bahannya simple jer :

1 1/2 cawan tepung kastard
1 tin susu cair
1 tin jagung (yang cream yer)
Gula (yang ni aku tak ikut sukatan, main agak-agak manis sendiri jer sebab aku tak suka manis sangat)
3 cawan air (aku guna balik cawan tepung kastard tadi)

Cara-caranya pulak :

- Masukkan tepung kastard dalam bekas.
- Pastu, masukkan air. Kacau sampai larut dan tak ada tepung kastard yang berketul.
- Masukkan susu cair, gula dan jagung.
- Letak atas dapur, dan kacau dengan api yang kecik sampai likat dan berkilat.
- Pastu, boleh masukkan dalam bekas (macam gambar aku kat bawah ni)


Dah masukkan dalam bekas, sejukkan sikit dan simpan dalam peti ais.

Aku hari tu buat malam.. pagi tu, baru aku keluarkan dari peti ais dan potong kecik-kecik untuk bawak pergi opis...

Ha.. ni la hasilnya.. walaupun rupa tak berapa cantik.. tapi sedap tau...  kalau nak tgk step by step cara buat Puding kastard ni.. bole tgk kat blog Filla yer..  Bye.. Selamat Mencuba.

10.10.14

3 Hijab Fashion Untuk Muslimah Moden

10.10.14,Friday, October 10, 2014
Alhamdulillah.. Sekarang ni dah ramai orang yang berhijab…sape kata berhijab tak boleh tampil moden dan menarik?.. macam-macam style dan gaya yang kita boleh pakai.. asalkan menutup aurat..


Hijab fashion kini semakin mendapat perhatian oleh semua penggemar fesyen Muslimah khususnya wanita yang berhijab. Jika dahulu, cara pemakaian hijab adalah cukup ringkas dan kelihatan common.  Namun kini, sejak kemunculan ikon-ikon fesyen Muslimah seperti Hana Tajima, Dian Pelangi dan Yuna, dunia fesyen Muslimah semakin meriah dengan kewujudan fesyen-fesyen hijab yang amat kreatif!

Ada pelbagai jenis hijab di Pasaran… dari yang murah hingga la yang mencecah ratusan ringgit.. malahan ada yang ribuan ribu ringgit.. mahal atau murah, bukanlah kayu pengukur untuk kita berhijab.. yang penting.. fesyen itu sesuai dan memenuhi tuntutan untuk menutup aurat… Antara fesyen hijab yang tetap menjadi pilihan adalah Shawl, Tudung bawal dan turban.


#Shawl
Hana Tajima adalah ikon hijab yang selalu memuat naik video tutorial pemakaian hijab yang cukup unik dengan menggunakan shawl. Fesyen shawl Hana Tajima juga menjadi ikutan semua orang termasuklah artis-artis seperti Najwa Latif dan Dato’ Siti Nurhaliza.


#Tudung Bawal
Berbeza dengan Dian Pelangi, gadis yang berasal dari Indonesia ini lebih gemar tampil dengan rona pakaian dan hijab yang colorful. Selain bijak mengenakan shawl, Dian juga sering menggayakan tudung bawal dengan cara penggayaan yang amat kreatif.


#Turban
Bagi penyanyi terkemuka ini pula, Yuna lebih selesa mengenakan turban yang bersuaian dengan gaya pemakaiannya yang lebih laid-back. Penyanyi yang sedang sibuk membina kerjaya seni di Amerika Syarikat ini sering tampil dengan gaya turban yang menarik.

Menarik kan? Siapa cakap gadis berhijab tidak boleh berfesyen? Anda hanya perlu kreatif dan berani mencuba. Tapi ingat, jangan sampai jadi mangsa fesyen! Untuk koleksi hijab yang berkualiti dan trendi, layari laman web ZALORA Malaysia hari ini juga dan nikmati perkhidmatan penghantaran percuma terus ke rumah anda. Korang dapat membeli belah tanpa perlu beratur panjang.. Semuanya dihujung jari saja..  mudah je kan? Selamat ber’shopping’.. 

9.10.14

Review : Sabun Seri Emas

9.10.14,Thursday, October 09, 2014
Amaran : Korang kena baca sampai habis entry ni.. sebab ada sesuatu yang best untuk Pembaca Blog Aku..

Semenjak dua menjak ni.. muka aku asyik rasa gatal jer.. maybe sebab resdung aku dah makin kronik kut.. pastu, aku pun pergi la buang resdung kat Downtown Cheras.. (pasal buang resdung tu, nanti aku citer yer)..Lepas buang resdung tu, muka aku naik jerawat.. tak tau la naper.. effect kut... aku dah mula risau.. Nasib baik la, pihak Seri Emas berbesar hati nak bagi aku try Sabun Seri Emas.. 


Aku ni kan jenis yang takut nak tukar-tukar produk kulit ni.. tapi.. bila baca tentang produk Seri Emas ni.. aku pun macam teringin nak try...


Nak tahu tak nape aku macam rasa confident jer nak guna sabun Seri Emas ni? sebab.. sabun muka Seri Emas ni dibuat dari 50% madu dan selebihnya adalah kombinasi herba semulajadi iaitu bunga tanjung, kulit kayu manis, minyak kelapa, kunyit dan ekstrak buah delima. Yang paling best sebab ianya 100% halal, keluaran dan hak milik penuh Bumiputra.


Sebenarnya, Sabun ni telah diuji dan digunapakai hampir 10 tahun dan kini pemilik formulasi ini ingin berkongsi dengan Orang lain dengan niat untuk sama-sama mendapat faedah dan manfaat dari Sabun ini.


Untuk jimatkan penggunaan Sabun Seri Emas ni, aku belah 4. Lambat sikit habisnya... seketul kecik tu, aku pakai dah dekat seminggu lebih, masih ada banyak lagi... sebab sabun ni tak mencair dengan cepat.. aku rasa seketul sabun Seri Emas ni, kalau potong macam aku, boleh tahan dekat 2 bulan kut...


Hanya dengan penggunaan 2 hingga 3 kali sehari, InsyaAllah.. Sabun Seri Emas dapat membantu melegakan simptom resdung dan masalah muka.. Kesan Sabun Seri Emas ni dapat kita rasa dalam masa 7 hari saja jika kita menggunakannya secara berterusan.


Muka aku rasa segar dan jerawat yang naik pun dah mula mengecut.. So, kepada sesiapa yang masih tercari-cari produk untuk Resdung dan jerawat.. korang Bolehla layari ke website ni:

Page : Seri Emas
FB    : Seri Emas

atau 

sms BB60 ke 0132298329
Harga : RM60 Sem & RM65 Sabah & Sarawak termasuk pos 
Duta produk : Raisyyah Rania Yeap / Felixia Yeap

SAMPEL PERCUMA
Ha.. macam yang aku war-warkan kat atas tadi... ni ada berita baik untuk pembaca blog aku.. Pihak Seri Emas telah berbesar hati ingin memberi sampel percuma..

cuma perlu klik kat sini... : http://eepurl.com/2wPmD

dan korang boleh cuba sabun Seri Emas ni...Jangan lepaskan peluang ni.. free tau!